Showing posts with label upsi. Show all posts
Showing posts with label upsi. Show all posts

Monday, 17 August 2015

Sebab Tak Suka UPSI

hasil COPY dari blog beliau! haha~


Hai, CP dapat idea dari hasil keramahan CP dengan blogger bernama Aisyah Sukor yang juga seorang pelajar UPSI~ Si manis kita student Biology ni ada update beberapa perkara yang menggambarkan UPSI dalam entry dia yang bertajuk:
"Tentang UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)"


**boleh klik tajuk entri untuk baca**


Jadi, entry CP ni lebih kurang kesinambungan dari entri dia lah, entri CP ni pulak adalah sebab kenapa ada antara mereka-mereka yang tak setuju apa yang di
suarakan oleh cik Aisyah kita nih :D


Tentang UPSI: (20 item)

1. Nature enough and out of busy traffic

2. Get enough oxygen supply from banjaran

3. Jimat duit. No shopping mall. No Jusco. No Aeon Big. Duit ptptn boleh simpan

4. Dekat dengan Tasik Proton City. Tempat tu sangat cantik. Setiap petang ramai orang

5. Setiap petang dapat tengok view Sunset

6. Hutan belakang UPSI ada air terjun

7. Kalau nak jugak pergi mall, ada Aeon Rawang. Nak lagi best, KL tu satu jam je dari Tg Malim.

8. KTM ada. Tak jauh dari UPSI kampus lama. Jalan kaki pun boleh

9. Sini ada Domino, Pizza Hut, KFC, Secret Recipe. Burger tepi jalan pun ada delivery.

10. Pelajar UPSI busy dan penuh dengan aktiviti. Tak akan bosan.

11. Kolej kediaman yang sangat selesa macam apartmen. We have 3 rooms in a house. Each room consist of two beds siap almari dan meja belaja. Then kita ada dua toilet dalam satu rumah dengan 3 sinki. Kolej Kediaman kami antara kolej kediaman yang terbaik kalau nak banding dengan U lain.

12. No worries about the transport. Perkhidmatan bas kiffah kami adalah antara yang terbaik juga. On time setiap 30 minit. Setiap kolej ada.

13. Masjid besar yang dekat dengan kolej kediaman.

14. Kampus baru juga dekat dengan kolej kediaman. Boleh jalan kaki. Tak perlu transport.

15. Ada perkidmatan sewa basikal, sewa motor dan kereta. Harga berpatutan.

16. Kakitangan UPSI sangat berdedikasi especially Pak Guard.

17. Lecturers terbaik dari ladang. Kebanyakannya kelulusan master PhD dari oversea.

18. Wifi yang membuatkan korang tak study.

19. Hujung-hunjung minggu boleh pergi mandi sungai. Sungai Kalumpang, best. RM2 untuk berjam-jam dari pagi sampai petang

20. Setiap petang, courts dan padang tak pernah lengang. Ramai cikgu-cikgu sado dan cikgu-cikgu cantek beriadah di sekitar UPSI kampus baru.



Sebab Tak Suka UPSI (20 item)

1.    Dia tak suka alam semula jadi, dia suka suasana yang bising dan kereta berlambak-lambak atas jalan 24 jam, kalau boleh, biar sampai tersagat badan dia dengan badan kereta baru FEEL


2    Dia tak bernafas pakai oxygen tapi pakai udara Nitrogen 



3.   Dia ni jenis boros keje nak bershopping 24 jam, kalau boleh rumah pun nak bina dalam shopping 

mall


4    Dia lebih suka melepak dekat Sg Klang, hahahaha !


5.   Dia tatau pun maksud sunset tu apa


6.   Dia tak minat mandi air terjun, jenis layan tub mandi jer..


7.   Kalau boleh mall kena bina depan rumah dia, pastu upah orang angkat dia bawak masuk mall



8.   KTM kalau boleh bina railway yang lalu rumah dia



9.   Ni budak jenis layan MCD jer...


10.   Bukan UPSI tak ada aktiviti untuk join, dia sendiri sebenarnya budak yang membosankan, takde life


11.   Mungkin dia nak kalau boleh tiap bilik ada bilik air sendiri, pastu nak siap letak aircond **banyak cantek muka kau



12.    Kalau pasal bas pulak, bukan bas tak on time tapi dia yang tak reti tengok jam, jam gerak kul8, tapi kul8 baru nak keluar rumah



13.   Dia tak tau pun jalan ke masjid kat mana, atau mungkin dia belum dapat Hidayah....atau dia memang tak ambik tau la pasal masjid nih



14.   Dia sejenis insan yang sayang lemaknya terbazir akibat jalan kaki ke kelas



15.   Kalau boleh kena sediakan kereta, motor, basikal free untuk digunakan



16.   Siapa yang tak suka pak gad tu mesti dalam kalangan malas beli sticker, hahaha, termasuklah CP



17.   Pasal lecturer lak, up to lecturer jugak nak kata terbaik ker tak, ade jugak yang hampeh....buat masa ni CP tak dapat lagi lecturer hampeh



18.   Siapa kata wifi UPSI slow, CP budak paling tegar tengok citer lam laptop online, jarang buffering, siapa yang slow tu mungkin dia ada saka yang bawak nasib malang kot



19.   Dah CP cakap dah budak ni tak suka air terjun, jenis layan air dalam tub je, kalau tak pun pengunjung tegar Sunway Lagoon




20.   Kalau jenis gamer tegar heran ke dia dengan court-court ni sume, duk bilik jer mengadap lappy, hahaha ~ spesis takde life jugak ni



DONE !




20 item yang CP sediakan ni menjawab kepada 20 item yang disenaraikan oleh cik Aisyah kita, number item mengikut turutan yang disenaraikan cik Aisyah....



CP kat atas tu banyak merapu daripada fakta, hahaha~ maaf yer....



Tapi kesimpulannya, wajib untuk kita bersangka baik kat tempat kita belajar, buat apa kita nak bersusah payah carik keburukannya, kalau ada keburukan biasalah, mana ada benda yang sempurna kat dunia ni, just bare with it, kalau kita nak selesa kat tempat kita belajar, haruslah kita berfikir yang positif barulah kita tak mudah down...



K, itu saja,


Adios !




Saturday, 8 August 2015

Pencak Silat UPSI meraih kejayaan kali ketiga MASUM 2015




Baru-baru ni MASUM 2015 telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), macam biasa, antara acara yang dipertandingkan dah tentulah kategori sukan kegemaran CP iaitu Pencak Silat.


Pencak Silat merupakan antara sukan individu yang dipertandingkan sama macam Taekwando dan Karate, ada banyak kategori dipertandingkan, secara kasarnya CP bahagikan kategori kepada dua bahagian, iaitu:
  • Silat Seni
  • Silat Olahraga



Dalam setiap bahagian di atas ada lagi pembahagian kategori lagi tapi tak reti CP nak explain panjang-panjang, nanti kalau CP rajin, CP buat entry baru cerita pasal tu jer...



 Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, setelah pelbagai cabaran dan dugaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi berjaya mempertahan kejuaraan sebagai Juara Keseluruhan dalam acara Pencak Silat MASUM 2015 dengan meraih:



8 EMAS
3 PERAK
3 GANGSA



Berbaloi dengan hasil usaha rakan-rakan yang training tanpa mengira waktu, berkorban masa dan tenaga untuk berjuang dalam acara Pencak Silat. Tak kira bulan puasa, syawal pun sempat raya 2 hari jer, cuti semester pun tak dapat nak cuti lama. Alhamdulillah, tahniah, ALLAH SWT takkan sia-siakan mereka yang dah ikhlas berusaha.



CP pun sempat bersama-sama pasukan masa final game, masa tu, ada 8 orang rakan CP dapat melangkah ke final dalam Silat Olahraga, masa tu UPSI dah dapat 3 pingat emas dalam acara silat seni.



CP juga turut merasai kegembiraan kejayaan ni, cuma rasa janggalnya CP hanya bersama pasukan sebagai penyokong bukan sebagai atlet..mungkin agak ralat di situ, kegembiraan tu mesti lagi terasa kalau CP turut berjuang dengan diorang.



Tipulah kalau CP tak rasa terkilan kat situ, hehe, tapi takpelah, CP dah sampai limit dah untuk terus berjuang, biarlah orang baru yang ganti.....ayat macam star, hahaha....tapi serius CP tak kuat mental nak teruskan.... T_T **maaf**


Alhamdulillah, tahniah.....semoga kejayaan ini terus kekal di masa-masa hadapan, CP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Pencak Silat UPSI. Semangat korang dalam Kelab Pencak Silat UPSI memang terbaik. Tak ada dalam mana-mana team, harap semuanya akan kekal selama yang mungkin. Sebab kelab kita bangkit dari kejatuhan dan keruntuhan, harap kejatuhan tu hanya jadi kenangan dan pengajaran yang tak akan berulang. :)


terima kasih pada tukang edit Adi Azuan



Sorotan @ throwback juara keseluruhan UPSI 3 tahun berturut-turut..


MASUM 2013 DI UIA (6 Emas)


MASUM 2014 DI UPSI (10 Emas


MASUM 2015 DI UTM (8 Emas)

MASUM 2016 ?? amanat buat junior-junior, jangan takut berkorban demi kejayaan. Kuatkan mental dan fizikal in shaa ALLAH...terus maju tanpa menoleh...pelihara kejayaan ni, nak kekalkan kejuaraan lebih susah untuk mengejar kejuaraan...


psst : panas baran semakin menjadi-jadi CP nih, antara sebab jugak CP tinggalkan team silat awal, hati tak berapa nak kering dah....


cerita pasal MASUM 2013 boleh baca di sini:

UPSI jaguh silat MASUM







Sunday, 2 August 2015

i'm here again


apa khabar pada semua? now i'm here again selepas berkurun mendiamkan diri tanpa sebarang coretan, for your information, CP sebenarnya tak berapa nak ada mood nak hupdate blog nih, entahlah, mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk menghabiskan pengajian di UPSI


sekarang nih CP dah bebas daripada 'penjara CINTA' untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan pendidikan di UPSI

result untuk pengajian selama 4 tahun ni pun CP dah dapat, bagi CP result untuk 4 tahun nih sangat hambar dan agak mengusik jiwa, timbul juga perasaan kesal kerana lambat sedar untuk tekun dalam pengajian dan tak letakkan matlamat yang jelas sepanjang CP bergelar mahasiswi...


seronok dan agak cemburu tengok sahabat yang berjaya mem 'biasiswa' kan pinjaman PTPTN diorang, tahniah...

walau bagaimanapun life must be go on..mungkin bukan di sini rezeki CP, in shaa ALLAH, pasti ada rezeki yang lebih baik di bumi ALLAH SWT yang luas nih..selesai pengajian, biasalah, misi memburu pekerjaan, tapi CP masih belum mula lagi mencari kerja, CP bercadang nak bantu mak berniaga sambil nak tolong jaga anak buah kat rumah nih..

anak buah nih, anak kepada arwah kakak CP, ada 4 orang kesemuanya, CP pernah ceritakan dalam blog CP nih, entry yang mana 1 CP dah tak ingat, mak ngan abah dah tua sangat nak jaga budak-budak nih, nakal pulak tu, yelah, biasalah budak-budak kan..

sambil tu CP ingat nak belajar sikit selok-belok mak berniaga tuh, ada cita-cita nak meniaga, sunnah kan ??

besar cita-cita, harapnya dipermudahkan, walau bagaimanapun, CP jugak harap jalan CP untuk menjadi seorang guru turut dipermudahkan, amin.....

in shaa ALLAH

Friday, 23 May 2014

masih berlarutan.....

warahmatullah
nampaknya macam ada yang tak kena jer suasana dalam bilik CP nih, macam dingin jer, CP pulak memang sengaja malas nak tegur roommate CP tuh, CP nak tunggu dye tegur dulu tapi dye pun tak tegur2....
malam nih dah masuk 3 malam dye tak tidur kat bilik nih, ke mana agaknya, at least bagitaw la kan....pelik la, dye tak puas hati ngan CP ker....
semalam CP ade cerita sedikit sebanyak ketidakpuasan hati CP kat entri nih , entri semalam tuh sebab CP sangat la tak berkenan dengan cara dye tegur CP semalam.....
entri semalam CP tak tulis full kenapa CP terasa hati.....
macam nih ceritanya, semalam, sebelum CP bergerak ke library...CP iron tudung dekat katil roomate CP nih, siap2, CP terlupa nak angkat iron tuh letak kat tempat asal....
nak dijadikan cerita, CP nih bukan rajin iron2 baju ker tudung nih, dan CP sangat jarang guna iron..dalam seminggu tuh belum tentu CP guna, CP lebih selesa pakai tudung or baju yang tak perlu gosok macam tudung sarung, t'shirt, tracksuit, 
CP memang malas bab2 iron nih.....
then semalam tuh masa CP kat library, CP dapat mcg dari roomate CP nih....
"nape tinggalkan iron macam ni? nape tak simpan balik lepas guna, Xkn nak suruh aku tegur hari2, ak tak suka buat kerja macam ni...."
dapat mcg tuh terus CP sentap, kalaw ikutkan perasaan CP yang tersentap tuh, nak jer CP tanya, 
"aku guna hari2 ker iron tuh?"
tapi malas nak melanjutkan cerita.....CP balas,
"sori, aku terlupa"
just admit, yeah, i'm done wrong....
benda kecik jer, takan nak panjang2 kan, tak minat nak panjangkan citer nih.....
lagipun dye nih kan memang pantang tgk salah orang, layankan aje la...
CP sengaja balik lewat dari library, pukul 11 malam something2 jugakla baru CP sampai rumah, kalaw ikutkan jiwa yang sentap nih, nak balek rumah pun malas, CP nak lepak rumah member yang keje area2 CP belajar tuh, tapi tak dapat lak, so, nak taknak, CP balek jugak la ke rumah....
otak nih ligat nih , sampai bilik nih kalaw nampak roomate nak act macam mana ek, taknak la obvious cgt tunjuk kan kesentapan tuh....
tapi, 
sampai2 je rumah, roomate takde ?? 1st impresssion, "hoorey!" tapi lama-lama, terpikir lak, ke mana mek nih, terasa sangat ke pasal iron tadi, tak balik nih.....
argh...CP malas nak pikir panjang, mungkin dye gi study rumah kawan dye kowt, overnight orang kata, sok pagi, CP tengok dye dah balek, baring kat atas katil dye la, tapi CP pun mamai lagi ngantok, tidur semula, sok pagi, takde dah ??
gi kelas kowt, CP pun siap2 nak gi kelas jugak, habis kelas, CP tak balek rumah, duduk kat library....entah, perasaan nih terasa takde mud lagi nak duduk bilik.....
petang tuh CP balik rumah, tgk roomate ade duk ngadap laptop, CP masuk macam biasa, krik, krik krik....laen macam lak CP rasa suasana nih, roomate CP nih ade benda lagi ker tak puas hati nih....
takpela, malas nak kater ape, biarkan jer....suasana terasa dingin, dingin....dingin..... CP pun tidur, memandangkan CP sakit kepala teramat sangat.....
bangun2 tidur, eyh ??? hilang lagi ??? where r u going ????
sekali lagi CP malas nak pikir, tak lama lepas tuh , dye pun balek, mengadap laptop again, CP duk tunggu dye tegur nih.....
tak tegur...okei......fine.........
tak lama lepas tuh...dye keluar lagi...sampai CP dah nak siap taip entry nih dye tak balek lagi, jam dah menunjukkan pukul 1.35 am
tak balek lagi lanih....

Thursday, 21 November 2013

Ratu Spinner


entry nih kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu entri berkenaan Perlantikan Baru AJK tertinggi Kelab Pencak Silat (KPS) , dalam entri tersebut, CP ada menyentuh berkenaan kes putar belit dari seseorang...

tak baca entri tuh lagi ??

klik SINI

secara ringkasnya CP namakan minah nih sebagai Ratu Spinner(RS), secara jujurnya, CP memang dah lama dan tak pernah suka kat RS nih, RS nih senior dalam kelab tuh....kenapa CP tak suka yer....selain pemutar belit, dia nih sangat suka mengarah orang sesuka hati, cepat je amek kesempatan kat orang lain....

camne nak terang yer....budget tuh dah tentula, selama nih CP pendam je, malas nak amek port, malas nak tengok kekurangan orang sebab diri sendiri pun banyak kekurangan, cuma malam meeting tuh CP agak terkilan dengan sikap RS...

pagi pada hari yang sama dengan meeting kelab, CP baru balik dari kelas, dalam perjalanan balik tuh terserempak dengan RS, CP pun tanya la, 

CP : kak, siapa yang kena buat agenda meeting malam nih ??

RS : dayah la kena buat.......

CP : kenapa dayah lak kena buat ?? dayah setiausaha untuk game je bukan kelab...

RS : memang dayah yang kena buat......

agak terkejut jugak, CP cuma setiausaha program untuk kejuaraan pencak silat je, rasanya kalau untuk meeting kelab, setiausaha kelab la kena buat agenda, kenapa pulak CP, tapi CP malas nak tanya banyak la, tapi dalam hati tuh berbekas jugak dengan sikap sambil lewa dan bersahaja tuh, semudah itu dia meletakkan tanggungjawab kat bahu orang lain, bukan CP taknak buat agenda tuh, tak kisah dan tak susah tapi bagi CP tugas-tugas tuh mestilah untuk orang yang memang dah rasmi untuk tugas tuh..

CP tertanya-tanya siapa agaknya setiausaha kelab...kalau CP tahu, CP nak pertikaikan la arahan nih, CP cuma ahli biasa je, kenapa perlu buat agenda meeting....

RS tuh Presiden Kelab....tak sempat nak tanya pun, time tanya tuh, dia jawab sambil kayuh basikal, terkelu kat situ ajelah CP nih,

tapi takpelah, malas nak pikir panjang, CP bukak laptop, terus buat agenda mesyuarat dan buat hebahan untuk meeting tuh....malas nak buang masa carik siapa setiausaha rasmi tuk kelab tuh.....

siap agenda, CP post kat group kelab kat Facebook....

nak dijadikan cerita, meeting malam tuh yang buat CP makin menyampah kat RS nih, peneraju kelab aka coach kitorang puji CP sebab CP buat agenda meeting walaupun tuh sepatutnya setiausaha yang buat..

coach pun tanya, kenapa CP buat agenda tuh.....

belum sempat CP nak jawab, si RS nih mencelah......

RS: pagi tadi terserempak dengan dia time nak gi kelas, dia cakap dengan saya dia nak buat agenda mesyuarat...saya kata buat je la kalau nak buat.....kan dayah kan ??? kan ?? **sambil pandang kat CP...

masa tuh CP rasa, perempuan nih penipu besar !!! apa tujuan dia nih...penipu !!! tak malu ker kater camtuh...walaupun yang lain dalam bilik meeting  tuh tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, sepatutnya dia patut malu dengan CP...

mungkin CP nampak bodoh tapi CP bukan bodoh ! tak suke bila diperbodohkan macam nih....yang setiausaha sebenar pulak bagi alasan, dia nak buat agenda, tapi tengok-tengok dah ada orang attach kat group Facebook, dia pun tak buat la...

CP taknak pertikaikan setiausaha tuh berbohong ataupun tak, sebab CP tak tahu dia bohong ker tak....tapi part RS nih memang CP rasa nak maki jer, kalau ikutkan hati limpa dan jantung nih, nak je CP tempelak dia kat dalam bilik meeting tuh, tapi disebabkan perasaan hormat, memandangkan dia presiden kelab, senior pulak tuh, CP hanya diamkan diri dan simpan dalam hati, dan coretkan kat dalam blog nih , sekian....

untuk pengetahuan reader2, setiausaha tuh bestfriend si RS tuh, berkemungkinan dia pun bersekongkol nak suruh CP buat, biasala manusia....CP marah sebab terasa macam dipergunakan, CP memang mudah nak bantu orang lain tapi bukan dengan cara nih....


notaKAKI: bergelumang dengan assignment tertangguh !



Sunday, 17 November 2013

pengalaman baru wasit juri





kita jumpa lagi di entri pagi hari ahad bersamaan 17 september 2013....hari ini akan berlaku sejarah baru dalam hidup CP , CP akan terlibat dengan Perlawanan Persahabatan Silat Olahraga Remaja antara team Pahang dan team Perak

CP dipilih untuk jadi juri untuk perlawanan nih, pergh !!! CP takut sebenarnya. Malam tadi ada buat taklimat sikit untuk jadi juri, salah cara CP bagi markah, yelah, juri lain semua pernah jalani kursus, CP langsung tak jalani kursus apa-apa...


1st test malam tadi, banyak salah jugak, makin buat CP debar lak, yela, bukan game main-main walaupun friendly, melibatkan team negeri....

mintak-mintak la urusan CP dipermudahkan, amin....








Tuesday, 12 November 2013

berkampung di UPSI

haloooo, selamat bercuti kepada pelajar-pelajar ijazah untuk cuti pertengahan semester atau secara ringkasnya cuti MIDSEM...(cuti bermula dari 1/6/13 sampai 10/6/13)

walaupun kampung CP tak sampai sejengkal , CP tetap tak balik kampung sebab terlalu banyak assignment nak kena hadap apatah lagik CP kena turun latihan di Temerloh untuk latihan intensif lak....


disebabkan latihan tuh la...CP kena siapkan assignment sebanyak yang mungkin....sebab lepas tuh nak kena bagi 100% komitmen untuk latihan....

walaupun beria berkampung kat UPSI....assignment yang siap tak sampai 50% pun sedangkan ada terbaca post kat FB ade yang dah siap sampai 95%...

hm...

apa yang CP nak cerita kat post nih pun tak tahu la...actually nih post tertangguh.. sepatutnya CP post pada 1 November 2013 hari tuh..tapi kononnya nak fokus kat assignment...sampai entry pun tak tertaip sampai habis...

hehehehe...so nak mengelakkan daripada blog nih bersawang, CP cuba jugak update walaupun idea kekeringan nih...papepun adios...

kata-kata hikmat CP:

"jika ada dua perkara penting, pentingkan yang lebih penting"



Sunday, 27 October 2013

line wifi macam biskut


halooo, bersua kita kembali di waktu tengah hari di hari ahad yang terang ini...hehehehe!

semalam CP nak hupdate entry tapi tak dapat disebabkan line wifi macam biskut....yang paling tak boleh blah, line wifi meragam dari petang jumaat (25.10.2013) sampailah malam tadi (26.10.2013).....dalam kul 1 pagi something, something....baru CP perasan ada wifi....aiyak....kul1 pagi tuh dah lewat sangat nak online...


yang merunsingkan CP ialah bukan nak hupdate entry nih tapi pasal nak test hari sabtu [semalam (26.10.2013)], jam 9.30 pagi tapi CP langsung tak bersedia sebab semua nota untuk soalan tuh....CP kena carik online......then no wifi to connect to internet....


meroyan jugak la CP.....3 dari 8 soalan CP dah study....lagi 5 soalan belum lagi.....test nih dye dah bagitaw dah soalan dye sejibik2....serupa sangat la , tinggal nak buat rangka jawapan jer.....


mudah la kiranya tapi CP tetap tak ready......


tooo many things to do, toooo busy....badan penat, otak penat.....alih-alih, siang tuh dapat line kejap....line tuh ada kul7 pagi something, something....CP study mana yang termampu then.....member CP hantar chat kat FB...

Mira: awak pergi ke test pagi nih.....
CP : nape? nak pergi sekali ker??
Mira : saya amik minggu depan....

**what?!

CP : eyh...kenapa lak nak amik minggu depan.....?
Mira : saya sepatutnya ada program pagi nih tapi batal, nak pergi test dah rasa malas lak...saya dah bagitahu encik mirul yang saya nak amik minggu depan....Chek Dah ngan Mek Ji pun amik minggu depan...
CP : Chek Dah ngan Mek Ji tuh kenapa lak , program yang sama dengan awak ker?
Mira : taklah, tak sama...diorang ada program lain nak settle....
CP : diorang bagitaw encik Mirul tak?
Mira : tak...
CP : larrrr....takpe ker?
Mira : entah......
CP : meyh sini nombor encik mirul...

CP apa lagi..dapat je nombor cik mirul, CP terus mesej...

salam encik, saya tak dapat nak pergi test pagi nih , boleh tak saya amik minggu depan...??

then encik mirul balas......


okei, jumpa minggu depan...


yeay !!! then...CP sambung tidur....ngantuk bangun awal nak study punya pasal.....hahahaha , teruk betul perangai !



Thursday, 24 October 2013

markah kuiz



halooo, pagi2 nih CP bukak FACEBOOK terus ker group FB kelas integrasi, tengok2 lect dah hupdate markah untuk kuiz hari tuh....sob3 , markah rendah, 5.5 dari 10 markah....

CP rasa CP dah jawab sehabis baik dah, terasa sedih apatah lagi tengok markah orang lain tinggi2 belaka, sebab apa ek? kurang study ker ??

mungkin...tuh la , main2 sangat, tuhlarr, orang kater confident level tuh jangan tinggi sangat, kalau tuhan nak tunjuk tuh, pejam mata jerrr...

okei larr, CP pun nak ke kelas nih , hadios , new chapter untuk e-novel CP will coming soon :)


daaaa.....

Sunday, 20 October 2013

tutorial daftar online sticker UPSI


halooo...

baru2 nih ada insan bertanya kat CP macam mana nak dapatkan borang sticker untuk kenderaan memasuki kampus UPSI ?? sebab kalau dulu, dapatkan borang kat Pejabat Keselamatan UPSI tapi sekarang kena dapatkan online pulak, kalau tanya senior2 pun kebanyakannya diorang tak tahu pun....


mula2 respon CP pun tak tahu jugak tapi entah datang dari mana naluri baik hati CP nih nak tolong carikkan pulak borang tuh kat UPSI PORTAL....

dah alang2 dah tahu nih, tiba2 nak ambil kesempatan untuk buat entry pasal nih, 

Langkah Pertama

Log In @ daftar masuk dalam MyUPSI Portal masing2, tak tahu link ???

klik sini


klik gambar untuk view yang lebih besar

Langkah Kedua

klik pada Miscellaneous.....

klik gambar untuk view yang lebih besar

pilih Vehicle Registration....

klik gambar untuk view yang lebih besar

klik Register...

klik gambar untuk view yang lebih besar

Langkah Ketiga

isi borang yang berikut:

klik gambar untuk view yang lebih besar

then Submit...

jika berjaya, ia akan keluar seperti ini Record Succesfully Added...

klik gambar untuk view yang lebih besar
klik Here untuk apply sticker...

kemudian akan keluar borang untuk kita apply sticker pulak...

klik gambar untuk view yang lebih besar

yang penting isi tempat yang ada simbol *

then SUBMIT OR UPDATE...

akan keluar seperti ini dan klik pada simbol printer untuk print borang seperti gambar di bawah...

klik gambar untuk view yang lebih besar

Okei....done !

NOTAKAKI: sebenarnya, lepas CP bagitau kat mana nak carik Vehicle Register  tuh, korang terus jer ikut step yang ada dalam tuh keyh, tanpa rujuk step dalam entry nih pun dah boleh buat...jangan terpesong step, karang tak jadik lak.... 


Friday, 11 October 2013

kuiz oh kuiz

halooo... untuk pengetahuan semua, pagi tadi jam 11 pagi tadi (10.10.2013) CP menjalani kuiz untuk subjek INTEGRASI DAN PERPADUAN
CP start study lepas solat subuh, memandangkan kuiz tuh merupakan 20 soalan objektif, so CP just pandang ringan, study last minit...wah, bila la nak berubah nih..ambik ringan je....

disebabkan kuiz, CP bertolak ke kelas awal lah **tapi kalau hari biasa pun memang CP akan bertolak awal, taknak jadi macam semester sebelum-sebelum nih, suke sangat datang lewat**

sampai sahaja, CP memang tak sabar dah nak jawab kuiz, malangnya, bila kuiz dah bermula, kertas soalan pun dah ada dalam tangan, tiba-tiba fikiran CP macam kosong atau secara ringkasnya blur.....

what ?? what happen ??

akhirnya selepas beberapa ketika, CP bagai terjaga dari lena, aiyak !!! CP pun tak pasti kenapa dengan CP sebenarnya, bila tengok soalan, semua soalan CP rasa susah, hakikatnya tak susah.....

hm....ibarat jalan CP telah disempitkan, mungkin ke disebabkan oleh sikap CP yang sambil lewa ???

atau mungkin faktor-faktor lain ???

**faktor lain tuh CP tak perlu sebut la**

mungkin ke tak cukup persediaan ?? selalunya CP tak macam ni, lewat macam mana pun persediaan, CP steady je jawab soalan berbentuk objektif nih...

sebab apa yang CP baca jika melibatkan soalan objektif, jawapannya seolah-olah terbayang dalam kepala hotak CP nih walaupun membaca soalan sekali imbas....


tapi kali nih tak ... why ??

CP ingat lagi, sebelum nih, CP mampu jawab soalan objektif sejarah dan pengajian AM yang berjumlah 60 soalan dalam masa 15 minit sahaja....


dan langsung tidak menjejaskan markah, walaupun dalam keadaan study last minit....

mungkin nih petanda CP perlu lebih serius ....


nota kaki: update pagi before ke tempat kerja , peace :D

Tuesday, 8 October 2013

new housemate



haloooo, untuk pengetahuan reader sekalian, CP dah pun memulakan semester baru (sem5) bagi tahun yang ketiga di UPSI, berbeza daripada orang lain, CP bukan jenis orang yang memilih housemate ataupun roommate, CP jenis tawakal je siapa-siapa yang jadik housemate or roommate CP


sepanjang CP menginap di kolej kediaman, CP dah jumpa pelbagai ragam housemate semenjak dari semester 1 lagi, ada yang jenis kurang kemas sikit, ada yang rajin study, ada yang pendiam, ada yang jenis kemas, peramah dan sebagainya..


tapi buat masa nih semuanya okei, tak ada yang buat perangai pelik-pelik atau terjadi perkara yang pelik-pelik yang melibatkan housemate atau roommate seperti yang di alami oleh beberapa orang sahabat CP
misalnya, ada yang jenis taknak solat bila dinasihat melenting, kurang ajar dengan tetamu yang tumpang bilik, pengotor tahap maksima, kedekut, tak tahu nak bezakan barang sendiri dengan barang orang lain, ada yang duduk rumah sewa lak, housemate bawak masuk lelaki la .....


haish ! part bawak masuk lelaki tuh la paling CP tak boleh terima, kesian kat sahabat CP, dia cuba menegur tapi dia yang dimalukan depan housemate lain, housemate lain yang selama ini bersama-sama cakap belakang, tak ada seorang pun yang tampil ke depan untuk back up, akhirnya, untuk semester ni sahabat CP tuh ambil keputusan untuk sewa di tempat lain


macam-macam dugaan dan CP sangat bersyukur CP tak jumpa lagi masalah yang macam tuh, buat masa nih semua roommate dan housemate CP okei je, semua dalam keadaan yang waras
CP bukan taknak mintak serumah atau sebilik dengan siapa-siapa tapi CP jenis yang tak boleh terlalu lama dengan orang yang sama, 1 semester tuh pun dah kira lama bagi CP, bukanlah berlagak, CP lebih suka bertukar-tukar housemate dan roommate sebab boleh jumpa orang yang berbeza, perangai yang berbeza dan dapat pengalaman yang berbeza


memang ada jugaklah negatifnya kalau kita tidak tentukan sendiri housemate kita antaranya:

-dapat housemate yang tak layak untuk jadik housemate yakni memiliki sifat-sifat negatif seperti pengotor, sombong, kedekut, kurang ajar, dan sebagainya.

-ambil masa untuk menyesuaikan diri

-dapat yang tak serasi, at the end, dari awal sem sampai habis sem, tak berapa nak bertegur sapa
-dan sebagainya **otak jem pulak nak terang banyak-banyak ni**


entry nih CP nak cerita pasal housemate baru tapi dah ke laut dah nih, ehehehe ~
okei ! back to the topic, CP sangat berpuas hati dengan housemate baru, masuk je CP dalam rumah, semua kemudahan lengkap, contohnya, seterika, papan seterika, periuk nasi, pinggan mangkuk, heater.....tambahan pulak CP baru masuk rumah tu selepas 2 minggu kuliah, ke mana CP pergi sepanjang 2 minggu tersebut ??
boleh terjah ke entry ini

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/10/kejohanan-pencak-silat-antarabangsa.html
okei, dah ??

kesimpulannya, housemate CP yang nih, tak berat mulut nak menegur, tak lokek nak berkongsi barang, yang paling best, diorang kerap memasak untuk makan satu rumah, segan jugak kalau nak makan selalu yang diorang masak, so sebagai ganti, CP pun memasak untuk diorang kadang-kadang
then, bonus lak, diorang nih pembersih dan rajin, bukanlah kemas sangat tapi masih lagi dalam rate bersih, selesa, hormat privasi orang lain, buat kerja teratur, singki dan tempat masak tak pernah dibiarkan kotor dan serabut...

yup ! CP sangat puas hati ...
good job guys !!

**akhirnya, cerita pasal new housemate sikit je, hahahaha... introduction yang panjang lebih-lebih, apa-apa pun, happy reading**


Friday, 4 October 2013

kejohanan pencak silat antarabangsa piala timbalan perdana menteri 2013 edisi ke-4


hehehe , printscreen dari u tube , jenuh carik kat google image tp tak jumpa

panjang kan tajuk entry? tajuk entry merupakan nama penuh kejohanan silat yang CP sertai baru-baru ini, yang bertempat berlangsung seperti masa dan tempat berikut:

tarikh: 15 - 20 September 2013
Tempat: Dataran Pahlawan Melaka Megamall

kejohanan ini disertai oleh 48 pasukan, 35 IPT tempatan dan 13 pasukan antarabangsa...

kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

dengan kerjasama 
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)


okei , ops ! hahahaha ~cukup sampai di situ ulasan ala-ala skema gitu kan...nih la kejohanan yang CP janji nak update hari tuh, dalam kejohanan ini lah juga CP berpeluang untuk merasa mewakili Malaysia, pengalaman yang cukup berharga buat CP, belum tentu CP dapat merasa lagi selepas ini sebab CP rasa selepas ini CP nak kurangkan aktiviti bersilat nih atau maksud lainnya kurang aktif...

kalau ikut perkiraan CP, tahun depan CP akan berpraktikum sebagai guru sekolah **nevess!!**

bermula dari bulan 9 CP akan berpraktikum dan selalunya kejohanan silat akan berlangsung atas daripada bulan 9.. **nampak tak permainannya**

Sunday, 8 September 2013

tutorial mengaktifkan UPSI JARING



hai3 , CP tengok kebanyakan budak2 ijazah senior menghadapi masalah dengan UPSI JARING diorang , so , dikesempatan yang tak berapa nak sempat nih , CP nak buat tutorial sikit **terbaek kak ! **
mula2 , mase korang daftar kolej tuh , korang kena daftar sekali wifi korang , kire pakej la , korang daftar rumah dengan wifi 


**opss !! jangan marah dulu**


benda nih dye buat untuk memastikan yang korang memang konfom duduk dalam kolej bukannya duk luar , student yang duduk dalam je boleh gune UPSI JARING 


then , lepas daftar tuh , korang tak boleh terus gune pown , ehehehe , korang kena tukar pakej dulu .. macam mane ???

macam ni ...

korang bukak dulu tempat log in ...
then klik kat TUKAR PAKEJ 

**klik gambar untuk view yang lebih besar**


then akan klua macam nih 

**klik gambar untuk view yang lebih besar**


then korang isi je form di bawah , bahagian PLEASE SELECT tuh akan keluar 2 option , student or staff , pilih la student , korang kan student lagik , ehehehe ~

then klik SUBMIT

lepas korang klik submit , dye akan keluar macam nih ..

**klik gambar untuk view yang lebih besar**

then korang klik la CONFIRM TO CHANGE PACKAGE
jeng3 .. try log in semula UPSI JARING anda ... kalaw tak bole jugak , kena setel ke pusat ICT la , ehehehe 
ADIOS !!

Friday, 30 August 2013

mewakili malaysia dalam sukan pencak silat



baru-baru nih , CP menyertai karnival sukan MASUM ...

MASUM - Majlis Sukan Universiti Malaysia


alhamdulillah , dengan izinNYA , CP berjaya merangkul pingat emas dalam karnival tuh dalam sukan pencak silat kategori REGU PUTERI ,




hasil kemenangan tuh , CP dimaklumkan oleh jurulatih yang kitorang kena mewakili MALAYSIA dalam kategori yang kitorang dah menang 


GULP !!!


nih merupakan print screen makluman tersebut ..


**klik gambar untuk tumbesaran**


start kuliah 9 September 2013 tapi disebabkan oleh latihan untuk game seterusnya nih , CP kena berada di UPSI pada 1 hb atau 2hb September 2013 sebab latihan bermula pada malam 2hb

then CP akan sertai team IPT Malaysia menjalani latihan pusat , tarikhnya CP tak ingat tapi coach dah maklumkan dah kat CP hari tuh ...


CP masih dalam keadaan terkejut , berdebar , macam2 CP fikir , mampu ker CP nak wakil Malaysia , ya ALLAH ... rasa macam berat tanggungjawab nih ...


berdebar , berdebar ....

CP sedar , kemampuan CP sebenarnya tak larrr sebaek mane , banyak saingan hebat dari negara lain Indonesia dan Vietnam misalnya ...


2 negara nih memang sangat hebat dalam sukan Pencak Silat nih ...


i need to do my very best , naluri CP nak membuktikan yang kemenangan CP sebelum nih bukan larr satu kesilapan ...


tapi , otak dan hati nih , ragu dan ragu ... ya ALLAH , kuatkan lah hati hambaMU ini ya ALLAH , berikanlah aku keyakinan dan kekuatan , berikanlah aku kejayaan dalam kejohanan yang seterusnya , permudahkanlah urusanku ...


IN SHAA ALLAH

**AMIN**

doakan CP


okei larr , sebelum CP mengakhiri entri nih , CP nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke - 56






Sunday, 25 August 2013

UPSI jaguh silat MASUM



mula2 CP promote dulu link rakaman berita sukan TV3 ,

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151559929962477&set=o.116365968405266&type=2&theater

dah tgk ??


gempak tak tajuk entry , alhamdulillah CP berjaya merangkul pingat emas dalam kategori regu puteri upsi , dan upsi berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN pencak silat MASUM ...


tahniah pada team , jutaan terima kasih pada jurulatih2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar , terima kasih ....... 


jurulatih

suzy sulaiman (mokji)

dan 

nurul hidayu (kak ayu)


macam2 dugaan ditempuh , pelbagai tohmahan diterima , ade yang kater kitorang beli emas , sogok juri , maen tipu , hehehe ..

terima kasih atas segala tohmahan , dengan tohmahan tuh , kami akan jadik lebih kuat , kekuatan yang kami ade nih pown hasil dari tohmahan larr 

tuhan itu maha mendengar , maha mengetahui , maha adil 

tapi jenuh jugak nak rawat hati bile kena penangan mulut2 longkang nih ...


sabor3 ...


dowang tataw yang kiter nih sepanjang ramadan , tak tidow malam duk training je , dah jadik macam burung hantu , malam jaga siang tidow ...

btw , macam biasala , dah citer2 nih nak tayang cket gambor mase kejohanan , ehehehe ~


our team

emas - regu putera

emas - regu puteri

emas - ganda puteri

emas - kelas F putera



emas - kelas A puteri




emas - kelas I putera

keseluruhan team silat UPSI

6 emas
9 perak
1 gangsa



pesilat kelas I putera masih lagi dalam rawatan akibat dari kecederaan semasa perlawanan , doktor mengesahkan tekak dye masih luka dan kena jaga makan ....


pada yang kate dye menipu or buat sakit , watch ur mouth , tuhan itu maha adil dan mengetahui ....

sekian dari CP , hhehehe ...


hati masih berdarah dengan mereka yang menyalak ...