Saturday, 8 August 2015

Pencak Silat UPSI meraih kejayaan kali ketiga MASUM 2015




Baru-baru ni MASUM 2015 telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), macam biasa, antara acara yang dipertandingkan dah tentulah kategori sukan kegemaran CP iaitu Pencak Silat.


Pencak Silat merupakan antara sukan individu yang dipertandingkan sama macam Taekwando dan Karate, ada banyak kategori dipertandingkan, secara kasarnya CP bahagikan kategori kepada dua bahagian, iaitu:
  • Silat Seni
  • Silat Olahraga



Dalam setiap bahagian di atas ada lagi pembahagian kategori lagi tapi tak reti CP nak explain panjang-panjang, nanti kalau CP rajin, CP buat entry baru cerita pasal tu jer...



 Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, setelah pelbagai cabaran dan dugaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi berjaya mempertahan kejuaraan sebagai Juara Keseluruhan dalam acara Pencak Silat MASUM 2015 dengan meraih:



8 EMAS
3 PERAK
3 GANGSA



Berbaloi dengan hasil usaha rakan-rakan yang training tanpa mengira waktu, berkorban masa dan tenaga untuk berjuang dalam acara Pencak Silat. Tak kira bulan puasa, syawal pun sempat raya 2 hari jer, cuti semester pun tak dapat nak cuti lama. Alhamdulillah, tahniah, ALLAH SWT takkan sia-siakan mereka yang dah ikhlas berusaha.



CP pun sempat bersama-sama pasukan masa final game, masa tu, ada 8 orang rakan CP dapat melangkah ke final dalam Silat Olahraga, masa tu UPSI dah dapat 3 pingat emas dalam acara silat seni.



CP juga turut merasai kegembiraan kejayaan ni, cuma rasa janggalnya CP hanya bersama pasukan sebagai penyokong bukan sebagai atlet..mungkin agak ralat di situ, kegembiraan tu mesti lagi terasa kalau CP turut berjuang dengan diorang.



Tipulah kalau CP tak rasa terkilan kat situ, hehe, tapi takpelah, CP dah sampai limit dah untuk terus berjuang, biarlah orang baru yang ganti.....ayat macam star, hahaha....tapi serius CP tak kuat mental nak teruskan.... T_T **maaf**


Alhamdulillah, tahniah.....semoga kejayaan ini terus kekal di masa-masa hadapan, CP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Pencak Silat UPSI. Semangat korang dalam Kelab Pencak Silat UPSI memang terbaik. Tak ada dalam mana-mana team, harap semuanya akan kekal selama yang mungkin. Sebab kelab kita bangkit dari kejatuhan dan keruntuhan, harap kejatuhan tu hanya jadi kenangan dan pengajaran yang tak akan berulang. :)


terima kasih pada tukang edit Adi Azuan



Sorotan @ throwback juara keseluruhan UPSI 3 tahun berturut-turut..


MASUM 2013 DI UIA (6 Emas)


MASUM 2014 DI UPSI (10 Emas


MASUM 2015 DI UTM (8 Emas)

MASUM 2016 ?? amanat buat junior-junior, jangan takut berkorban demi kejayaan. Kuatkan mental dan fizikal in shaa ALLAH...terus maju tanpa menoleh...pelihara kejayaan ni, nak kekalkan kejuaraan lebih susah untuk mengejar kejuaraan...


psst : panas baran semakin menjadi-jadi CP nih, antara sebab jugak CP tinggalkan team silat awal, hati tak berapa nak kering dah....


cerita pasal MASUM 2013 boleh baca di sini:

UPSI jaguh silat MASUM







1 komen budak kiut !:

Aisy said...

Whoaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! hebat! tahniah UPSI !!!!! bangga sangat