Showing posts with label about ME. Show all posts
Showing posts with label about ME. Show all posts

Thursday, 5 March 2020

PENCARIAN BLOG LIST PERTAMA ELLY MATIN

hello kita bertemu kembali,
seperti yang yaya pernah maklumkan, menyertai segmen, GA dan yang sama waktu dengannya merupakan salah 1 cara nak naikkan traffic blog kita terutamanya blog yaya yang masih lagi dalam tempoh pembersihan dari sawang yang degil..
lepas berblogwalking, yaya jumpa lagi segmen menarik untuk di join.. sila klik banner untuk join k..
antara fav lipmattes yaya sekarang ialahhhhh....
SOBELLA u ollsss...
No photo description available.
ni gambar masa mula2 nak berkenalan dengan Sobella, beli code Rusty Butterfly, terjatuh cinta!
Image may contain: 1 person
maka ada la kesinambungan code yang lain and will buy more......

Monday, 24 February 2020

lagi blog dalam senarai bloglist di delete?!



setelah sekian lama tak berblogging, dah ramai rupanya kawan blogger yang juga dah tak aktif dan bersawang blognya macam yaya jugak, antaranya Athirah Zain..

yaya nampak blog dia naik dalam bloglist baru update entry 42 minutes ago, laju la yaya klik untuk lihat dan bertegur sapa,

rupanya i dont think it still her, sebab dia post pasal quotes dalam bible la pulak,

yaya dapati ramai jugak la dah jual blog memasing pada orang lain..

betul ke jual? i think jual la..

blog yang ada trafik yang baik selalunya ada orang berminat untuk beli..

really need new bloglist, takde sapa nak ajak bersegmen dan give away ke?

tengah nak aktifkan diri dulu then baru kita onz segmen untuk bloglist baru mungkin?


Sunday, 23 February 2020

dah lama berlalu tapi masih sakit



YAYA bangun subuh2 ni sebab nak buat kerja sekolah, tapi stuck bila tak dapat log in sistem, so YAYA bazirkan masa berblogging la..

tadi sengaja YAYA scroll FB, di takdirkan ALLAH, YAYA ternampak la komen seseorang mendoakan kebaikan seseorang yang lain

tapi orang yang sama ni la pernah mendoakan yang buruk-buruk dekat YAYA dekat ruangan komen FB jugak..

maybe disebabkan ketelanjuran kata YAYA sendiri, tapi takde niat buruk pun, konon nak guna reverse psikologi la konon..

tapi tak jadi reverse psikologi malah si empunya badan melenting malah mendoakan keburukan dekat kita ni..

YAYA sendiri rasa naik angin dengan doa dia, tapi YAYA cuba cool down dan mintak nasihat kawan apa yang patut YAYA buat,

dia nasihatkan YAYA untuk cool down, admit kesalahan dan minta maaf..


YAYA ambik masa beberapa hari untuk carik strenght untuk minta maaf, akhirnya YAYA berjaya mengungkapkan maaf tersebut through messenger..tapi sayangnya chat YAYA dipandang sepi tanpa sebarang reply..

kesepian tu menyebabkan YAYA mempunyai banyak sangkaan dan kebanyakannya negatif, dia maafkan ke tidak?

terkadang bila YAYA teringat balik doa dia, YAYA terdetik, "hebat sangat ke awak sampai sanggup mendoakan keburukan orang lain.."

sanggup dia doakan YAYA dan suami ber pjj sepanjang hayat, sedangkan dia juga pjj dan tahu peritnya macam mana..

selalu sangat terdetik di hati YAYA ni,

"kenapa ye mudah sangat awak mendoakan orang lain yang buruk-buruk?"
"hebat ke awak?"
"ke sebab awak seorang muslimah dan berpurdah awak ada hak untuk mendoakan seperti tu?"
"sebab saya insan biasa yang kekadang khilaf memang layak dapat doa macam tu?"
"tak terdetik langsung ke rasa bersalah dan nak betulkan balik keadaan?"
"tak tahu ke doa awak dan melukakan hati seseorang yang masih lagi terluka sampai hari ini?"
"seronok ke kehidupan awak sekarang dengan bersikap macam tu?"

ya ALLAH, semua persoalan yang bermain di minda, takde jawapan, sakitnya, sakitnya, sakitnya...

perlu ke YAYA doa semoga doa dia terpalit pada dia semula...boleh ke jadi macam tu?

kalau boleh nak macam tu, biar dia rasa..sakitnya...

tapi at the same time, ada bisikan halus memujuk untuk sabar, tenang...tak perlu balas yang buruk dengan buruk, sabar tu berat sebab ganjarannya tersangat manis..mungkin perit yang YAYA dapat ni menjadi punca, lubuk pahala YAYA..

akhirnya, YAYA pilih untuk sabar dan doa...

tapi dalam keadaan hati yang masih terluka..


Friday, 21 February 2020

mengimbau nostalgia lama



antara perkara indah berblogging ni ialah mengimbau nostalgia


YAYA saja ambik masa sikit untuk menyelak semula entri-entri lama, betapaaaa childishnya entri-entri tersebut...


jari jemari terasa dingin seram sejuk je, rasa nak delete je entri-entri yang lepas tu, tapi this is kenangan, betapa kita dulu pernah jadi terlalu keanakan..hahahaha..


geli hati nak baca balik entri-entri tu?


korang macam mana? masih simpan ke entri-entri lama tu?



Thursday, 20 February 2020

perempuan dan diet




tengah duk blogwalking tadi terbit idea untuk mengarang post baru untuk blog bersawang ni

itu la kelebihan blogwalking, dalam otak tengah blur nak tulis apa memandangkan dah lama sangat tak menaip, kaedah blogwalking boleh bantu untuk refreshkan balik kepala yang bersarang dengan sawang sebab dah lama tak dilatih untuk berblogging


asalnya terbaca entri berkaitan tips berhenti merokok, tiba-tiba otak ni terdetik tentang diet


rokok ni memang kita dah sedia maklum, bukan mudah untuk berhenti merokok, so jalan selamat, pada yang ada niat untuk merokok tu jangan teruskan niat tu, once dah start nak berhenti tu bukannya mudah


macam mana pulak perihalnya diet? apa kena mengena diet dengan rokok?

terdetik dalam hati YAYA bila terbaca entri tu...


"berhenti merokok? susah nak berhenti..macam nak kurus la...niat je, buatnya tidak.."


bukan YAYA nak kata perempuan, tapi kebanyakan perempuan ni, ramai yang berniat tapi tak semua berjaya langsaikan niat diet tu, kita kena betulkan persepsi kita jugak berkenaan diet, diet ni bukan nak kurus semata tapi diet perlu untuk dapatkan badan yang sihat.

bila dah sihat kurus tu akan datang dengan sendiri bonus kulit cantik lagi

sama seperti rokok, siapa je dapat halang diri dari makan makanan tak sihat tu..


makanan is too tasty to ignore...adodoi, bila la nak insaf ni....


kesimpulannya, selepas selesai membebel dalam entri ni, YAYA masih takde keinsafan untuk diet, hope yang baca jangan follow perangai ni eh..jom sama-sama doakan diri untuk amalkan makanan yang lebih sihat lepas ni



Wednesday, 19 February 2020

blogwalking



YAYA menggunakan masa yang terhad ni untuk berblogwalking, menjenguk balik blog2 yang selama ni menjadi lawatan wajib bagi YAYA masa aktif dulu..


ada yang masih aktif, ada yang mungkin dah jual akaunnya dengan orang lain sebab nampak style content blognya nampak sangat berbeza..


ada yang dulu kita kenal masa zaman2 remaja, anak dara, anak teruna tapi kini pakat2 dah bergelar someone mother and father..

coretan dan nukilan pun semakin matang..


dan YAYA rasa dah sampai masanya untuk YAYA update senarai bloglist YAYA..


so, alang2 pada sapa2 yang TER singgah blog ni boleh la tinggalkan link blog kat komen ye...



Tuesday, 18 February 2020

MY BEAUTIFUL SMALL FAMILY


lama dah YAYA tak bersiaran..

sebab the times fly so fast kan?

YAYA tak tahu if coretan ni masih ada reader atau tak, tapi biasalah bila dah lama tinggal kan, orang ingat kita tak aktif kan..

rindu nak berblogwalking,


serius takde masa macam dolu2 dengan bebanan kerja yang semakin bertingket dan at the same time menguruskan my lovely princess NURAISHAH HUMAIRA..

so yeah, as promised, this is my small family picture..



Image may contain: one or more people


Tuesday, 22 August 2017

Yaya menang contest BFF!

baru-baru ni yaya join contest tau, contest BFF, dalam contest ni kita kena buat satu entry tentang BFF kita, cerita je apa-apa berkenaan BFF kita....
ni la contest yang yaya join...


jom blogwalking dekat blog penganjur ni dengan tekan link di bawah !

http://ceritaaisyaismail.blogspot.my

okay, kalau ada siapa2 yang curious dengan apa yang yaya tulis dalam entry tu boleh la jenguk2 baca dengan menekan link yang tertera di bawah....

http://dariilhamkehati.blogspot.my/2017/07/contest-by-ai-bestfriend-forever.html


congratulations to yaya !! haha...

Image result for happy chibi anime




alahai new hosmet



sebenarnya cerita ni dah lama berlalu tapi saje nak cerita dalam ni supaya boleh baca lagi di masa-masa depan kan sebagai memori perkara yang pernah berlaku dalam hidup ini....

nak dijadikan cerita pada 1 Mac 2017, Yaya berjaya dipostingkan sebagai guru di Selangor iaitu di kawasan Puchong...macam2 dugaan la terjadi untuk survive di awal-awal posting, rumah sewa lagi, kenderaan lagi..

nak dijadikan cerita, setelah beberapa minggu, Yaya dapat jugak rumah sewa di kawasan sana, sebelum tu yaya duduk rumah kakak, mujur la ada kakak duduk kat area Puchong tu...

bila dah dapat rumah, dah sampai masanya untuk kita pindah barang untuk masuk rumah baru, masa ni la pelbagai benda nak kena settle....masa tu yaya pinjam kereta mak untuk ke sana sini, tapi dapat seminggu jela, lepas tu mak nak guna kereta, jadinya, pada hari yaya nak masuk rumah tu yaya kena pulangkan kereta....

daripada Selangor, balik Perak, dari Perak dengan KTM sampai KL Sentral, then naik pulak LRT untuk ke Ampang Park, tempat yaya keje taska dulu, kebetulan yaya tumpang taska tu untuk letak barang-barang yaya, yela kan sebelum tu tak dapat rumah lagi...

untuk pindahkan barang, yaya sewa pulak kereta dengan bantuan adik yaya, kebetulan dia kenal dengan orang yang boleh sewakan kereta dengan harganya yang berpatutan...

hari tu jugak, yaya sewa kereta dan angkut barang dari taska ke rumah sewa, dalam masa sehari tu yaya cuba settlekan semua sampai lupa nak makan....

dalam perjalanan yaya ke rumah baru, bakal housemate yaya mintak tolong belikan lighter beb, heran jugak, asal la tak beli sendiri, okaylah...try to bersangka baik jela, mungkin busy kot nak keluar, yaya ni dah lah rushing, singgah stesen minyak untuk beli lighter...

sampai kat rumah sewa dalam pukul 9 malam, yaya bawak adik yaya dan kak Nurul (ex rakan sekerja kat taska). sampai je kat rumah sewa tu, alangkah terkejutnya yaya, apabila takde orang pun kat rumah.....

apalagi yaya terus wasap la bakal housemate baru tu, kenapa takde orang kat rumah, kan yaya nak masukkan barang, why takde orang ???

pastu dia bagi alasan cuci kereta.....

cuci kereta ????!! dah malam2 buta ni cuci kereta???

sokaylaaaaa, yaya expect mungkin dalam 30 minit macam tu siap la dia cuci kereta....

tunggu punya tunggu tak muncul jugak, kalau nak tau yaya tunggu sampai 2 jam kat depan rumah, si housemate baru ni siap pesan jangan pergi mana-mana tunggu je depan rumah...

keadaan yaya masa tu sangat penat dan lapar, badan dah menggigil sebab satu habuk makanan tak masuk perut lagi, apabila jam dah menunjukkan jam 11 malam, adik yaya bersuara, suruh yaya pergi carik makanan dulu.....dengasn keadaan badan yang dah menggigil, gagahkan diri pergi cari makanan, singgah gerai burger berhampiran...

sebelumt tu, yaya ada gak mintak tolong housemate baru ni untuk tapaukan makanan untuk yaya sebab yaya tak makan lagi, tapi dia bagi alasan tak singgah kedai makan, yaya ni rasa curiga jugak, kalau sampai 2 jam tak balik2, tipula kalau tak singgah kedai makan.....tapi tula, still cuba bersangka baik, anyway, new housemate ni merupakan coursemate jugak kat universiti dulu, just kenal gitu-gitu je...

then masa yaya tengah beli burger dapat wasap dari new housemate tanya yaya kat mana, then yaya cakap la pergi makanan jap, lapar, then....do u know what happen next?

yaya pulak kena sound dalam wasap sebab tak tunggu depan rumah, dia marah sebab masa dia balik tengok2 yaya takde, dah jadi satu keje pulak dia nak tunggu yaya....

hello gais, hello, ive been waiting there for 2 hours already ! korang tak muncul, tu pun aku tak marah, tiba2 disebabkan aku pergi beli makanan terus kena sound ??

serious yaya tengah penat sangat waktu tu, macam tak logik nak sound2 orang, sebab siapa yang salah sebenarnya, patut ke di hari orang yang nak masuk rumah korang pergi keluar, dengan kunci pun tak tinggal....tercongok dekat depan rumah cam orang bodoh...yaya ingat dorang nak mintak maaf lah, sekali dia sound...pergh ! tak loading kepala otak ni waktu tu...

kalau kirakan darah panas ni memang dah menyirap, tapi bila fikir aku nak duduk rumah tu, sabar dulu, mungkin sebab penat, tu yang menyirap tu...

masa yaya masukkan barang dalam rumah, tolong angkat barang pun tak, duk perhati macam muka orang tak puas hati....


adik yaya masuk je bilik yaya, membebel tak puas hati dengan apa yang jadi....yaya just, redha, pasrah and let them be...

masa tu, they ruin my 1st impression....yaya terfikir, boleh ke aku bertahan duduk ngan dorang ni, awal-awal lagi dah tunjuk perangai tak guna macam tu....

actually...ada dua orang housemate baru yaya ni, sorang nama Kiki and sorang lagi Sima...

and anyway, dorang ada je pergi kedai makan malam tu just dorang tanak belikan yaya makanan....so dorang tipu yang dorang tak pergi kedai makan...bila yaya tau pasal ni? setelah berminggu yaya duduk kat rumah tu, tu pun diceritakan oleh Sima...

hm....as i expected sebenarnya, tatau la nak marah ke tak, nak kata kecik dah besar dah, cikgu pulak tu tapi akal letak kat lutut.....kalah budak darjah 1 pemikiran....

marah sangat ni...hehe... tu je, adios !

Saturday, 19 August 2017

blog and memories


blog and memories....

bila yaya ada masa lapang menjenguk blog yang kian usang, yaya pun rajin2 kan diri menilik post2 lama...

mencuit hati, nostalgia, dan rasa, wah, untungnya aku update pasal ni, boleh baca balik...

kadang-kadang bila selak2 entri lama, ada benda yang kita tulis pasal pengalaman kita, pengalaman yang kita dah lupa pun, tapi, rupanya benda tu pernah terjadi dalam hidup kita...


well, dalam entri yang serba ringkas ni, tiba-tiba yaya simpan azam untuk update dan update lagi terutamanya memori-memori penting yang bakal membuat kita tersenyum sendiri di masa-masa akan datang....

hahaha...azam jela...jadi tak jadi taktahu....hahaha....

korang pulak rasa macam mana?



Friday, 18 August 2017

#TMD60



korang faham tak tajuk di atas #TMD60?

#TMD60 ni shortform untuk Team Merdeka Dance 60...


secara sukacitanya dimaklumkan bahawa yaya secara suka (paksa) rela perlu menyertai latihan hari kemerdekaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ni sebagai guru pengiring aka Pembantu Jurulatih (PJU) untuk hari persembahan...


ia merupakan tanggungjawab yang besar dan memerlukan pengorbanan yang besar, di mana guru-guru yang terlibat tidak berpeluang bercuti pada cuti sekolah bulan 8 ni...


burn the cuti is burn....

Image result for sad chibi

tak..yaya tak sedih...tak...

walau bagaimanapun, so far, yaya dan pelajar-pelajar yang yaya bawak are having so much fun during training....


so the kesedihan are fade away slowly....anyway bukan selalu berkorban kan...kan???

so yaya belanja gambar yaya and pelajar yaya....wish us a very good luck wokeyh !!


letak sekeping je, letak banyak2 kang jadi mual...hahaha...

adios ~!



Monday, 31 July 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER


actually tatau kenapa dengan mood malam ni, sangat gloomy, jam dah menunjukkan tengah malam tapi hati ni tanak tidur...

bila duk belek2 blog ni ternampak dekat CBOX orang ajak join contests, so...join jela....


the contest is....



untuk join jugak boleh la klik banner kat atas....

dengan mood swing sambil dengar alunan piano yang meruntun hati....KISS THE RAIN...

kalau nak try dengar boleh taip tajuk tu kat u tube keyh....


before yaya cerita tentang BFF lemme tell u bout myself 1st...

yaya seorang yang ceria dan peramah tapi yaya bukanlah seorang yang mudah dapat BFF..sebab yaya terlalu prejudis untuk ada BFF, yaya terlalu takut untuk ada BFF, sebab im afraid to be left alone...afraid to be abandoned by the BFF...

cause i've once left alone by my BFF...she got new friends and boyfriend and she forgot bout me, yaya je yang tercari-cari dia dan she not care me as much i care for her...and lastly, i just look at her from distance....and till now i still care....even maybe she does'nt even remember me...

okay tutup cerita sedih....sambil mendengar alunan piano ni, yaya nak sambung pulak kisah tentang BFF yaya yang until now, masih lagi bersama yaya masa susah dan senang, yaya sayang diorang, sayang yang teramat,

yaya bukan seorang yang suka tunjuk rasa sayang, atau luah rasa sayang, i love to show my cool side then my loving side...

kalau bab percakapan diorang ni jenis kasar, lawak kasar, dah berapa kali dah terasa dengan diorang ni.....tapi selalunya yaya halalkan je lawak kasar diorang tu sebab diorang kawan yang sangat caring, dan sentiasa ada untuk each other, when u cry, they cry with u, when u laugh, they laugh with u, when u get mad, they mad with u....when u get sick or problem, they be the 1st who worried bout u and give alot of advice....and cheering u up as much as they can...

they always tell me...

"yaya, kalau kau sedih, susah, bagitau kitorang, kita kan kawan, kitorang takan biar kau susah sorang-sorang......"


even yaya pernah merajuk dengan dorang sampai delete FB, dahsyat kan, tapi, tak sampai 2 hari, sorang kawan yaya habis je keje terus menjengah tempat keje yaya untuk pujuk balik.....


padahal, dia dah penat keje and hadap jem berjam-jam, sanggup menjengah yaya kat tempat kerja untuk ajak keluar, 

because...

she said, she really worried bout me.....she cant eat well and keep thinking bout me....she ask me to tell me if they done anything wrong and ask for forgiveness...

yaya sebenarnya dah okay waktu tu, just rasa malu untuk jumpa or contact diorang sebab tindakan yaya merajuk melulu tu....


after a short conversation, kitorang okay balik...

that is my story bout my BFF, actually kitorang kenal semenjak di bangku sekolah lagi, masa umur kitorang 16 tahun, dan sekarang, kitorang dah berkawan selama 10 tahun, masing-masing dah tua...hahaha....


walaupun korang tak dapat baca entry ni, sebab memang tak la yaya nak tag, i just wanna say that, i love u guys very much and really hope our relationship last longer and forever...

XOXO...

nieza 
and 
amal


psst: kitorang tiga-tiga gadis berkaca mata

maaf untuk entry yang terlalu panjang dan poyo2 sweet ni...haha, anyway join untuk memeriahkan lagi contest, i just wanna tell the story bout my beloved BFF....not thinking much bout winning, tapi kalau dah rezeki nak buat macam mana kan....hehe...

thank for reading~







Saturday, 29 July 2017

he's change



malam ni tiba2 mood nak update blog tu membuak2...

actually, ada benda dalam hati ni membuak-buak nak diluahkan, benda yang tatau perlu diluahkan atau tidak, yang pasti luahan ni mungkin bukan luahan secara tersurat yang mudah difahami

dan yaya rasa mungkin takde siapa pun yang akan faham....


baru-baru ni, yaya rasa dia dah berubah, dari yang sedulunya manis, romantic, caring, dah berubah sepenuhnya kepada karakter yang lebih dingin dan bersahaja...

yaya...

apa perasaan yaya tentang ni....

i feel i got my freedom.....but i also feel empty.....

rasa kosong, rasa rindu dengan hubungan yang dulu.....dia yang dulu....


but at the same time, yaya rasa lega, yela, lega...lega sebab dulunya dia sangat ambik tahu setiap perbuatan yaya, apa yang yaya buat salah, semua dia tegur on the spot, apa yang yaya buat dia akan pantau setiap inci....

sekarang tak lagi, yaya rasa bebas untuk buat apa yang yaya minat tanpa batasan tapi rasa kosong....



apa yang jadi ni, kedinginan yang dia tunjukkan tu sebenarnya atas permintaan yaya sendiri disebabkan oleh perkara yang yaya tak dapat nak nyatakan kat sini....

dia setuju dan follow the flow, setuju dengan cadangan yaya untuk slow down our relationship.....

no more sweet tahap boleh potong kaki....

and till now the things are on going...and i feel.....

seriously...EMPTY

kadang-kadang yaya tertanya, adakah hubungan ni di paras yang bahaya, adakah, hubungan ni bakal berakhir....?

atau sebenarnya yaya tak perlu risaukan apa-apa...


anyway, thanks for reading, i feel relieved a lil bit, thanks to this blog, menjadi tempat untuk yaya meluah perkara yang tak dapat diungkap, tak dapat diucap....


yeah, berserahlah, jodoh di tangan tuhan, apa pun yang bakal berlaku, percayalah, apa yang ALLAH SWT dah susun untuk kita adalah yang terbaik......

psst: dah makin gemuk....tidak!!



Monday, 29 August 2016

warkah buat sahabat



macam-macam terjadi recently, yaya gagal nak kawal stress yaya sendiri sampai yaya sanggup putuskan silaturrahim dengan sahabat yaya...kira BFF la...


apa yang terjadi antara yaya dengan BFF yaya ni yaya rahsiakan jela...tapi yaya admit, salah yaya sendiri....walaupun yaya takde niat nak sakitkan hati sesiapa, tapi mungkin yaya ni main cakap lepas je sampai sahabat yaya ni terasa...


semuanya berlaku dalam group whatsapp, sahabat yaya macam terasa dengan apa yang yaya cakap, dia marah dan yaya dah cuba mintak maaf dan dia still marah...


kebetulan, yaya ada masalah dekat tempat kerja, dengan rakan sekerja, ringkasnya, yaya sedang stress sebenarnya, macam mayat hidup, tak tau apa yang yaya fikir....serabut 24 jam...


sampai terfikir la nak tukar tempat kerja, tapi sampai sekarang tak tukar, cuba bertahan selagi mampu, lagipun kat mana-mana pun mesti ada masalah dengan rakan sekerja ni, benda tu benda normal, tak kisahlah macam mana pun kita lari...



yaya akhirnya kalah dengan emosi yaya sendiri, yaya sendiri macam terasa hati....yaya frust kenapa setiap yang yaya cakap buat orang sakit hati, walaupun yaya takde niat pun nak buat macam tu...


akhirnya, ya, yaya admit, yaya salah.....

i admit im not a good friends....

yaya tatau nak jaga hati kawan-kawan yaya, thats why la masing-masing nak dingin...nak terasa hati dengan yaya...


yaya nak lari dari semua ni...penat...


actually, the same thing happen kat tempat kerja, apa-apa yang yaya cakap tak pernah betul...

mungkin betul yaya ni lembab, lambat pick up, blurrr, macam yang diorang cakap...


yaya penat, penat sebenarnya dengar orang cakap yaya macam tu, walaupun sekadar bergurau....


penat....


akhirnya yaya ambik keputusan, yaya left group whatsapp tu, yaya block number dorang dari whatsapp, dari phone, yaya deactived FB, *sekarang dah delete pun FB*

deactived IG, 


sampai tunang yaya merayu jangan buat macam tu, jangan buat kerja bodoh, jangan ikutkan perasaan, tapi yaya dah tawar hati, sangat tawar hati.....



yaya nak lari dari semua ni, yaya tau sahabat-sahabat yaya akan marah, dorang akan benci yaya, tapi takpelah, yaya sedia terima apa pun yang bakal terjadi...atas kebodohan yaya ni....


yaya nak sendiri, menyendiri....


yaya hanya mampu doa, biar masa je yang menentukan ke mana hala hubungan yaya dengan sahabat-sahabat yaya ni...


yaya sayang diorang sebenarnya....diorang sangat baik, sahabat yang ada masa susah dan senang...diorang bukan calang-calang sahabat...bukan sahabat yang mudah nak dicari...

tapi mungkin yaya yang tak dapat jadi yang terbaik...


-end-


Sunday, 28 August 2016

no longer CWEETPINKY



sebenarnya kat sini CP nak bagitahu bahawa CP nak tukar nickname dalam entry dari CP kepada YAYA...


rasanya lebih mudah CP nak taip nanti....


yaya ni nama CP dalam game online....dan ada sesetengah kawan CP panggil CP yaya...or Eiya....


so here we go...


so tu je yaya nak gitau buat masa ni, hahaha...


so, lepas ni yaya akan bahasakan diri sendiri as yaya dalam setiap entry...and di setiap komen yang yaya komen...


okay, itu sahaja...see u soon at the next entry...


-end-





Thursday, 25 August 2016

mujahidah di dunia akhir zaman




kembali lagi CP untuk entry yang lebih serius dan lebih kepada pandangan dah luahan emosi...


harap tak melampaui batas entry ni...alhamdulillah, CP menulis dalam keadaan emosi yang terkawal..


kita kalau nak meluahkan perasaan dalam blog, sebaiknya tulis dalam keadaan emosi yang terkawal, kalau marah, cool kan dulu marah tu, sebab kalau kita menulis dalam keadaan marah, apa yang kita tulis tu lebih terpengaruh dengan emosi daripada rasional...


di dunia akhir zaman ni, banyak cabaran terpaksa kita tempuh untuk terus survive...terutamanya kita nak survive sebagai seorang ISLAM yang sedang berjuang untuk berubah...


yes, exactly im talking bout me...


the old me...orang yang leka dalam kejahilan, tak tutup aurat, tudung on off...solat on off...and banyak lagi la yang CP buat sememangnya bercanggah dengan apa yang sepatutnya ORANG ISLAM patut buat...


even sekarang pun masih banyak lagi benda yang CP kena ubah...im not perfect but im trying to be one...


dijadikan cerita di suatu pagi yang hening...dalam keadaan CP ABC*

**ALLAH Bagi Cuti....




CP bangun and terus tengok suasana luar yang dah terang benderang, dalam hati CP terfikir, mujur lah CP tak boleh solat, kalau tak dah tertinggal solat Subuh...

CP pandang sekeliling....tiada siapa yang bangun solat...astaghfirullahalazim, istighfar panjang CP...

sebenarnya, apa yang terjadi pada pagi tu..bukan perkara luar biasa, itu perkara biasa, perkara yang dah berlaku acap kali tanpa CP mampu nak tegur...

berdosakah aku ??

ada yang on off...ada yang tak solat terus...




tiba-tiba, CP terkenang kawan-kawan CP yang lain...satu persatu wajah CP terbayang...

ramainya yang ambik mudah pasal solat, agaknya tak rasa bersalah ke? CP rasa sebak, sebab CP seorang kawan yang tak mampu nak tegur kawan-kawan CP, CP tahu dan CP nampak diorang tinggalkan solat...tapi CP cuma diam je...

kenapa tak tegur ? sebab CP takut, takut yang ditegur tak boleh nak terima....

dan layak ke CP tegur sedangkan CP pun macam tu dulu, secara jujurnya, CP masih lagi tak dapat apa-apa jawapan untuk itu...




pada pagi yang hening tu jugak, CP gagah menaip status di FB CP meluahkan perasaan CP pada pagi tu....




tak lama lepas tu, CP terdengar perlian-perlian dari orang rumah CP walaupun tak jelas tapi CP dapat tangkap apa yang dia cakap dan CP 100% pasti perlian-perlian tersebut ditujukan kepada CP...

**kubur masing-masing
**dosa masing-masing tanggung




sungguh tak kuat masa tu, sampai menggigil CP nak tahan marah dan cuba untuk bersabar....CP cuba fikir rasional sebab memandangkan masa tu CP tengah ABC* lak tuh...biasalah, perempuan paling lemah masa ABC* terutamanya dari segi emosi...sampai menitik air mata CP masa tu, CP tatau bahagian mana yang salah dalam status CP tu...


**CP menghinakah ??
**merendah-rendahkan sesiapakah ??




CP tak tahu nak meluahkan pada siapa masa tu, jenuh CP istighfar, tapi air mata tetap menitik....CP tahan diri dari marah, CP tanak disebabkan tindakan tak matang CP nanti menyebabkan gaduh besar dalam rumah....biarlah dia saja bersikap tak matang, kalau CP pun join sekali, apa beza CP dengan dia...

CP teringat ada satu quote...

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie.


sekarang apa yang CP mampu, CP doa dan terus doa diorang akan berubah jugak suatu hari nanti, CP tahan diri dari marah, CP ingatkan pada diri sendiri, jangan terlalu ikut emosi...sebab kau juga seperti mereka dulu....


hidup pada akhir zaman ni kita kena kuat sebab orang yang jahil semakin bertambah, lagi-lagi untuk orang-orang yang baru nak berubah macam CP, kena kuat dan terus kuat...bila-bila masa boleh terpengaruh dengan perkara-perkara yang jahil dan melalaikan




and yes, actually im not strong enough yet...tak mustahil perjuangan CP ni terhenti di tengah jalan...but ALLAH...please help me...please guide me to an end....


-end-





Monday, 15 August 2016

perihal hutang


perihal hutang, tengah blogwalking tadi tersinggah blog seorang sahabat ni bercerita tentang PTPTN, banyak isu berkenaan PTPTN ni, ada yang kata dah bayar banyak tapi tak bergerak la, riba la, dan macam2 hal lagi...

dulu, CP pun pernah terfikir tanak bayar hutang PTPTN ni dek dengar kata-kata orang sekeliling...but remember guys, 

PTPTN is hutang, hutang bukan yang small deal, yang boleh kita pandang sipi-sipi, sepi tanpa haluan...gittew..

CP setuju dengan atil dalam entry blognya, bayar PTPTN dan rajin-rajinlah update dengan pihak PTPTN, yang CP nampak rajin bergosip ada la, hahaha...

macam CP, CP masih kurang pengetahuan bab PTPTN ni, alhamdulillah lepas baca entry dari ATIL bukak mata CP untuk lebih serius membayar PTPTN...

kalau cerita pasal hutang ni, memang lumrah kot manusia ni suka berhutang tapi bab bayar, liat yang amat, kalau tak...takkan lah timbul istilah...

"masa mintak hutang dialah pengemis...masa bayar hutang, kita pulak mengemis"

yang mintak halal pun ada sedangkan orang yang dia pinjam tu sebenarnya bukan orang senang...

kiranya bila kita bicara perihal hutang, tak perlu kita lihat pasal isu besar macam PTPTN tu semata-mata, kita tengok skop yang kecik-kecik ni pun dah cukup beri iktibar, betapa manusia ni ambik ringan perihal hutang ni...

lihat sekeliling kita ambik iktibar, CP sendiri pun dah hadapi banyak pengalaman memberi hutang ni...

...ada yang mintak halal
...ada yang buat-buat lupa
...ada yang hilang jejak

disebabkan, hal-hal diatas la CP mula berhati-hati nak bagi hutang kat orang, kalau boleh elak, sebolehnya kita elak, kalau kau berhutang untuk mintak halal, kenapa tak dari awal kau mintak derma je... (ups, sabar CP)

dari iktibar-iktibar ni la CP tak makan hasutan orang pasal 'jangan bayar PTPTN' ni, sebab CP tanak tergolong dalam golongan mereka yang tak membayar hutang ni...

i hate golongan penghutang yang tak membayar hutang, dan CP tanak tergolong dalam golongan mereka...

sekian...

Saturday, 13 August 2016

hai hai hai again....


belanja hampa gambaq terbaru CP model tudung, hahaha...

aci dok CP hai hai hai ni, maaf sekalian sahabat-sahabat blogger mahupun the silent reader yang singgah di blog ni,

terima kasih pada yang masih sudi singgah, walaupun takde entry terbaru, cak and im here again guys...

entry CP paling last tahun lepas kot....

aci dok kalau CP nak aktif berblogging balik.....aci dok...

CP tatau la ratu syaitan mana yang buat CP malas sangat nak update blog ni, sedangkan dulu sangat addict dengan dunia blogging ni...

sebab bagi CP dunia blogging ni much better than other laman sosial macam FB or Instagram, Blogging give us more.....

and tiap kali CP berhenti blogging mesti time viewer CP tengah naik sebenarnya, hahaha....

so bagi pembaca-pembaca and kawan-kawan blogger sekalian,

CP nak sampaikan the latest about me, kalau ada yang nak tau la, hahaha.....

now CP already turn to 25 this year, tapi bulan tak sampai lagi la, dah konvo from UPSI last year la rasanya..

sekarang CP bekerja di taska kat area KL ni, Ampang Park....

u know Ampang Park?

bukan Ampang okay....ramai yang salah faham....

laptop CP pulak dah 'janam...janam...janam' makin susah la CP nak main game all time favourite, Touch 3 Claws.. ~ngeh3~
susah nak update blog kot, tak susah sebenarnya nak update blog, ada laptop kat company ni, CP boleh guna....

dan CP juga dah menghadiri temuduga guru SPP amd the result CP hanya sebagai calon simpanan, and how is my first reaction, sangat sedih while most of my friends lulus dengan berjayanya dan mendapat penempatan masa tu...

but now i recover, even sekarang kawan-kawan sedang sibuk dengan penempatan, im feeling happy for them...sound pathetic...but no...im really okay...

sebab CP sedar itu rezeki dari ALLAH....ALLAH nak tengok macam mana kita handle bila ALLAH tak bagi apa yang kita nak....rezeki tu ada tapi ALLAH sengaja bagi lewat, ALLAH nak tengok macam mana kita hadapi...be proud sebab im the choosen one to be test by the Greatest ALLAH...

Yeah, im okay, im still happy, cause i know everything is happen because of U

I love U so much.....

apa yang buat CP the most happy now, sebab ada salah seorang kawan CP ni dapat penempatan walaupun kat Miri Sarawak nun, haha...dear friends, im really happy for u, kita dah kawan dari sekolah menengah sampai sekarang, walaupun mulut hang boleh tahan laser tapi hang kawan yang baik, and i admit hang kawan baik aku dunia akhirat...

ure the special one, aku gembira, (maaf penggunaan aku) sampai aku lupa aku ni calon simpanan, tatau macam mana boleh jadi macam tu, mungkin sebab aku dah tau suka duka yang kau hadapi, kesukaran, kesusahan...apa yang kau hadap, dan macam mana kau tabah, memang aku kagum...kalau aku jadi hang, belum tentu aku boleh hadap dugaan yang macam tu, semoga lepas ni, in shaa ALLAH...hidup hang jadi lebih baik dan baik weh...aku terlalu happy tuk hang serius, aku lagi berdebar tunggu result hang dari result aku sendiri hang tau mal...hahaha...terkeluar nama hang kat sini....hahaha...ada masa nanti, aku bagi la hang baca...

please other Calon Simpanan, please thinking like me, jangan sedih-sedih, takde apa sebenarnya kita nak sedih pun.... selagi hidup dan bernyawa, because our real result bukan dapat jadi guru, jadi kaya, jadi cantik ke apa, the real result is, lepas kita mati, dapat ke kita mati dalam khusnul khatimoh tu....kalau mati kelak, apa yang kita cita-citakan di dunia hanya sekadar cita-cita....nothing left guys, wake up and be strong, dugaan ke nikmat ke tu semua ujian....

done, hahaha, akhirnya post comeback 'album' CP ni jadi post pasal calon simpanan lak, padahal CP nak buat satu post khas sebagai calon simpanan...haha...

thats all for now, semoga kita dapat bertemu lagi di lain post pulak, hehehe...and CP kena sambung blog review rasanya...adios...

blogwalking sat...

Wednesday, 2 September 2015

The Abandoned Hobby



Hai to all my reader and my blog viewer, kini CP kembali setelah sekian lama blog ini di anak tirikan, 

Entry kali ni CP nak ceritakan tentang hobi yang dah lama CP tinggalkan iaitu melukis !

I post this entry to fulfill my sweet friend request Axcess who want to see my draw, hehe ~

Suatu masa dulu CP dan melukis berpisah tiada, tapi hobi CP tu CP dah tinggalkan dan sekarang tangan CP memang dah janggal sangat nak melukis, 

but recently I had draw some, but the draw not so well, cause when I still in Form 1 untill 3, I even can draw a potrait....

Disebabkan tak diasah bakat ni, semua tu dah terkubur, kalau try2 melukis pun one draw make me struggling so much but it just end up weird  >_<


Dari membebel lebih panjang, CP lanje la lukisan-lukisan yang CP pernah buat :D



Drawing above is my very first drawing after left the hobbies a few years ago, masa ni rasa gatal sangat tangan ni nak melukis, tapi nak reka karakter sendiri tak boleh sebab dah tak ada dah idea dah macam dulu, so, bukak laptop, google mana-mana anime, CP tiru terus......fuh ! walaupun hasilnya tak bagus sangat tapi CP lega dapat hilangkan gian ~





Gambar ni pulak, kononnya nak lukis balik gambar kawan CP and favourite character Twilight dia tapi tak jadi pun....hahaha, sokay laaaaa

Carik gambar asal, tak jumpa lak....




Ni lagi lawak, CP cuba lukis lukisan ikan laga berenang, hahahaha ! 



For this drawing, I dedicate to my fiance ~ seem we had the same favourite anime NARUTO ! Nampak tak betapa childishnya gambar tersebut, ni pun lukisan jadi tak jadi je ni...CP lukis bahagian bahu dengan kepala jer sebab CP tak pandai nak lukis badan T_T




Jangan tak tahu ! The above drawing as a reply to my drawing from my fiance, hahahaha, he also had the talent to draw, and his drawing is better than me !

We exchange this drawing as a picture through Whatsapp...


Mintak-mintak la anak-anak nanti resembles bakat umi ngan walid dia ni, hahaha !!

itu saja !

Adios !



Sunday, 30 August 2015

Lagi tentang Touch !






Semenjak CP dah aktif and addicted sesangat dengan game ni, blog bagai di anak tirikan, sob3, sian kat blog titew !

Sebelum ni kan CP update tentang game Touch kat entri ini


Dekat entry tu ada yang tanya pasal game Touch ni, so kat sini, CP nak bagitau bahawa game Touch ni dipanggil juga sebagai game SDO....

atau nama panjangnya,

Super Dancer Online Game

Kebanyakan mereka-mereka yang terlibat dengan game ni adalah mereka yang dalam kalangan penggemar anime atau juga dipanggil sebagai 'Otaku'

And game ni agak popular dalam kalangan remaja, CP pada mulanya kurang tertarik dengan game ni, tapi bila dah rasa sendiri, memang jadi addicted, game yang CP main nih, game dance yang latest, season 3 !

Kat sini CP printscreen komen yang ada bertanya tentang game Touch nih...



***


http://yayabunga.blogspot.com/


Soalan pertama dari cik Dya Bunga ni, cik Dya ni exschoolmate CP, hahaha, back to the question:

"Game ni memang best ! hahaha ~ tapi kan yunk, game nih khas untuk PC atau laptop sahaja, kalau kat laptop pun CP nasihatkan, beli keyboard lain khas untuk main game, kalau jahanam pun leh campak jer, hahaha !

Kalau nak tau, kebanyakan para gamers suka main game guna PC daripada laptop, sebab performancenya lebih baik...then kebanyakan gamers kalau dia main kat laptop, dorang beli keyboard lain ataupun guna controller....

Tapi kalau nak game yang lebih kurang Touch atau SDO ni dalam fon, CP cadangkan download game Dance UP !, boleh carik kat Playstore~"


***



http://pinkylaptop.blogspot.com/

"Game ni sangat best !"



***


http://duniazumal.blogspot.com


"Memang best, best, best !"


***

Di setiap screenshot tu CP adaletak link blog tukang komen, mai la singgah kat blog2 mereka menambah perjalanan BW awak-awak seme....dah macam blog review pun ye jugak nih, hahahaha ~

okei, itu saja,

Adios !