baru-baru nih , CP menyertai karnival sukan MASUM ...
MASUM - Majlis Sukan Universiti Malaysia
alhamdulillah , dengan izinNYA , CP berjaya merangkul pingat emas dalam karnival tuh dalam sukan pencak silat kategori REGU PUTERI ,
hasil kemenangan tuh , CP dimaklumkan oleh jurulatih yang kitorang kena mewakili MALAYSIA dalam kategori yang kitorang dah menang
GULP !!!
nih merupakan print screen makluman tersebut ..
**klik gambar untuk tumbesaran**
start kuliah 9 September 2013 tapi disebabkan oleh latihan untuk game seterusnya nih , CP kena berada di UPSI pada 1 hb atau 2hb September 2013 sebab latihan bermula pada malam 2hb
then CP akan sertai team IPT Malaysia menjalani latihan pusat , tarikhnya CP tak ingat tapi coach dah maklumkan dah kat CP hari tuh ...
CP masih dalam keadaan terkejut , berdebar , macam2 CP fikir , mampu ker CP nak wakil Malaysia , ya ALLAH ... rasa macam berat tanggungjawab nih ...
berdebar , berdebar ....
CP sedar , kemampuan CP sebenarnya tak larrr sebaek mane , banyak saingan hebat dari negara lain Indonesia dan Vietnam misalnya ...
2 negara nih memang sangat hebat dalam sukan Pencak Silat nih ...
i need to do my very best , naluri CP nak membuktikan yang kemenangan CP sebelum nih bukan larr satu kesilapan ...
tapi , otak dan hati nih , ragu dan ragu ... ya ALLAH , kuatkan lah hati hambaMU ini ya ALLAH , berikanlah aku keyakinan dan kekuatan , berikanlah aku kejayaan dalam kejohanan yang seterusnya , permudahkanlah urusanku ...
IN SHAA ALLAH
**AMIN**
doakan CP
okei larr , sebelum CP mengakhiri entri nih , CP nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke - 56