Showing posts with label silat. Show all posts
Showing posts with label silat. Show all posts

Saturday, 8 August 2015

Pencak Silat UPSI meraih kejayaan kali ketiga MASUM 2015




Baru-baru ni MASUM 2015 telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), macam biasa, antara acara yang dipertandingkan dah tentulah kategori sukan kegemaran CP iaitu Pencak Silat.


Pencak Silat merupakan antara sukan individu yang dipertandingkan sama macam Taekwando dan Karate, ada banyak kategori dipertandingkan, secara kasarnya CP bahagikan kategori kepada dua bahagian, iaitu:
  • Silat Seni
  • Silat Olahraga



Dalam setiap bahagian di atas ada lagi pembahagian kategori lagi tapi tak reti CP nak explain panjang-panjang, nanti kalau CP rajin, CP buat entry baru cerita pasal tu jer...



 Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, setelah pelbagai cabaran dan dugaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi berjaya mempertahan kejuaraan sebagai Juara Keseluruhan dalam acara Pencak Silat MASUM 2015 dengan meraih:



8 EMAS
3 PERAK
3 GANGSA



Berbaloi dengan hasil usaha rakan-rakan yang training tanpa mengira waktu, berkorban masa dan tenaga untuk berjuang dalam acara Pencak Silat. Tak kira bulan puasa, syawal pun sempat raya 2 hari jer, cuti semester pun tak dapat nak cuti lama. Alhamdulillah, tahniah, ALLAH SWT takkan sia-siakan mereka yang dah ikhlas berusaha.



CP pun sempat bersama-sama pasukan masa final game, masa tu, ada 8 orang rakan CP dapat melangkah ke final dalam Silat Olahraga, masa tu UPSI dah dapat 3 pingat emas dalam acara silat seni.



CP juga turut merasai kegembiraan kejayaan ni, cuma rasa janggalnya CP hanya bersama pasukan sebagai penyokong bukan sebagai atlet..mungkin agak ralat di situ, kegembiraan tu mesti lagi terasa kalau CP turut berjuang dengan diorang.



Tipulah kalau CP tak rasa terkilan kat situ, hehe, tapi takpelah, CP dah sampai limit dah untuk terus berjuang, biarlah orang baru yang ganti.....ayat macam star, hahaha....tapi serius CP tak kuat mental nak teruskan.... T_T **maaf**


Alhamdulillah, tahniah.....semoga kejayaan ini terus kekal di masa-masa hadapan, CP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan Pencak Silat UPSI. Semangat korang dalam Kelab Pencak Silat UPSI memang terbaik. Tak ada dalam mana-mana team, harap semuanya akan kekal selama yang mungkin. Sebab kelab kita bangkit dari kejatuhan dan keruntuhan, harap kejatuhan tu hanya jadi kenangan dan pengajaran yang tak akan berulang. :)


terima kasih pada tukang edit Adi Azuan



Sorotan @ throwback juara keseluruhan UPSI 3 tahun berturut-turut..


MASUM 2013 DI UIA (6 Emas)


MASUM 2014 DI UPSI (10 Emas


MASUM 2015 DI UTM (8 Emas)

MASUM 2016 ?? amanat buat junior-junior, jangan takut berkorban demi kejayaan. Kuatkan mental dan fizikal in shaa ALLAH...terus maju tanpa menoleh...pelihara kejayaan ni, nak kekalkan kejuaraan lebih susah untuk mengejar kejuaraan...


psst : panas baran semakin menjadi-jadi CP nih, antara sebab jugak CP tinggalkan team silat awal, hati tak berapa nak kering dah....


cerita pasal MASUM 2013 boleh baca di sini:

UPSI jaguh silat MASUM







Sunday, 17 November 2013

pengalaman baru wasit juri





kita jumpa lagi di entri pagi hari ahad bersamaan 17 september 2013....hari ini akan berlaku sejarah baru dalam hidup CP , CP akan terlibat dengan Perlawanan Persahabatan Silat Olahraga Remaja antara team Pahang dan team Perak

CP dipilih untuk jadi juri untuk perlawanan nih, pergh !!! CP takut sebenarnya. Malam tadi ada buat taklimat sikit untuk jadi juri, salah cara CP bagi markah, yelah, juri lain semua pernah jalani kursus, CP langsung tak jalani kursus apa-apa...


1st test malam tadi, banyak salah jugak, makin buat CP debar lak, yela, bukan game main-main walaupun friendly, melibatkan team negeri....

mintak-mintak la urusan CP dipermudahkan, amin....








Friday, 4 October 2013

kejohanan pencak silat antarabangsa piala timbalan perdana menteri 2013 edisi ke-4


hehehe , printscreen dari u tube , jenuh carik kat google image tp tak jumpa

panjang kan tajuk entry? tajuk entry merupakan nama penuh kejohanan silat yang CP sertai baru-baru ini, yang bertempat berlangsung seperti masa dan tempat berikut:

tarikh: 15 - 20 September 2013
Tempat: Dataran Pahlawan Melaka Megamall

kejohanan ini disertai oleh 48 pasukan, 35 IPT tempatan dan 13 pasukan antarabangsa...

kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

dengan kerjasama 
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)


okei , ops ! hahahaha ~cukup sampai di situ ulasan ala-ala skema gitu kan...nih la kejohanan yang CP janji nak update hari tuh, dalam kejohanan ini lah juga CP berpeluang untuk merasa mewakili Malaysia, pengalaman yang cukup berharga buat CP, belum tentu CP dapat merasa lagi selepas ini sebab CP rasa selepas ini CP nak kurangkan aktiviti bersilat nih atau maksud lainnya kurang aktif...

kalau ikut perkiraan CP, tahun depan CP akan berpraktikum sebagai guru sekolah **nevess!!**

bermula dari bulan 9 CP akan berpraktikum dan selalunya kejohanan silat akan berlangsung atas daripada bulan 9.. **nampak tak permainannya**

Monday, 30 September 2013

siapa yang perlu minta maaf



halooo , kali nih CP nak buat entry soal hati dan perasaan, tapi hati dan perasaan dengan sahabat, bukan dengan kekasih hati , hehehehe
keserabutan ini berlaku masa CP menyertai kejohanan silat baru-baru ini , kalau nak diceritakan al kisah nya , cerita nih cerita remeh dan childish !


nak dijadikan cerita, petang tuh CP ada tertengking salah seorang sahabat CP sebab mendesak update setiap game yang dah berlangsung walhal pada awalnya dia cuma mintak tolong CP pegang sekejap je borang perlawanan tuh , alih-alih bila dah pegang , suruh updatekan pulak , tuh la orang kata , dah bagi betis nak peha tapi CP ikutkan saje , 
CP memang tak mahir kerja-kerja macam tuh lambat la sikit CP nak menanda borang tuh , dua orang insan kat sebelah CP nih desak-desak ...


"cepatlah , cepatlah"
"nak tanda pun lambat ke"


serabut , serabut ... GRrrrr ...


CP ketuk meja , 
CP terus cakap ...

"aku dah kata aku tak boleh buat kerja macam nih tak faham-faham !!"


apa lagi , tergamam la dua orang insan tersebut
CP pun blah larrr dari tempat kejadian , nak menenangkan hati yang bengang , lama sikit CP menjauhkan diri , CP cuba berfikir rasional , tak patut CP menengking macam tuh tadi , CP tarik nafas dalam-dalam , CP pun datang semula kat dua orang insan tersebut untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tadi


CP ingat benda tuh selesai dekat situ , rupanya telahan CP salah sama sekali , malam tuh diadakan dinner di HATTEN HOTEL , DATARAN PAHLAWAN MELAKA sempena majlis penutupan game silat tersebut , salah seorang insan (cik A) yang CP tertengking siang tuh makan semeja dengan CP
atas meja tuh disediakan satu hidangan yang masih tertutup dan satu lagi hidangan gado-gado yang hanya dibalut dengan plastik jernih , disebabkan ketibaan VIP yang terlalu lama , kami-kami yang kelaparan nih membantai gado-gado terlebih dahulu , CP nih terlebih excited , memang nak rasa sangat **sebab 1st time nak makan benda alah tuh** la gado-gado tu.......

sedap !


then tengah CP rancak berbual dengan orang sebelah , kembar kepada cik A meminta CP menghulurkan sikit gado-gado kepada dia , CP tak dengar panggilan si kembar cik A terus berborak tak ingat dunia , tak lama lepas tuh , cik A mula bersuara dengan nada suara yang kasar , 

"tak dengar ker cik K mintak sikit , nak makan sorang jer"


CP terpinga la , 'kenapa lak perempuan nihh ? sawan ker ??'
CP pun renung la cik A nih , 

"sori tak dengar...."

cik A terus nak membebel ...
"bila orang tegur sikit jap lagik mula la nak cakap kuat , ha.... cakap la kuat lagik , cakap kuat ... cakap kuat2"


mase nih CP memang sentap tersantap la , nih macam nak carik gaduh , eee , budak kecik nih **untuk pengetahuan , cik A masih lagi berumur 18 tahun**


tangan CP pun terus cubit pinggang budak kecik tuh sekuat mungkin , GERAM ! then cik A nih nak balas balik la kononnya , CP rentap tangan dia .......

**naseb budak kecik , sabar CP sabar**


hilang selera makan CP , pantang CP orang carik gaduh depan rezeki nih ...
sampai sekarang CP tengok budak tuh nak masam muka lagik dengan CP , CP buat biasa jer , CP dah mintak maaf , bukan mudah nak mintak maaf , pasal benda yang jadik time dinner tuh CP tak rasa CP yang kena mintak maaf ...

think about it ....

Sunday, 8 September 2013

cweet 22



haloooo3 !!! CP nak memberitahu dunia bahawa CP dah mencecah 22 tahun secara rasminya padaaa...


04 SEPTEMBER 2013

tapi takde ape2 yang istimewa pown bfdy CP nih , macam biasa la , orang wish kan , tak kurang jugak ade kawan yang tak hengat bfday CP nih 

**tapi nak marah pown tak boleh kalaw dorang tak hengat , macam la CP nih tak pernah lupe bfdy dowang , kan3 ??? **


hadiah ??? takde sape2 bagi hadiah , tapi hadiah tuh tak penting , yang penting doa kawan2 tiap kali wish bfday CP

antara doa2 yang biasa kiter tengok bile orang wish bfday :

- semoga dirahmati
-semoga panjang umur
-semoga diberkati
-semoga dipertingkatkan iman 
-dan bla bla bla a.ka. sebagainya


ade orang akan rasa hari lahir nya kurang meriah tanpa hadiah dari sahabat handai mahupun keluarga , apa kata kalaw kita lihat menikmati hari lahir kita dari sudut berbeza , kurangkan sifat materialistik dari dalam diri dengan mengharapkan hadiah dari orang tapi kiter lebih hargai doa2 yang diselitkan pada setiap ucapan yang diberikan

sebenarnya , doa2 itu lebih berharga dan bermakna ...


apa yang CP tulis nih untuk peringatan diri sendiri jugak , yelarrr , tipularr kalaw CP nih takde perasaan terkilan bile hari lahir CP sepi tanpa sebarang hadiah ...

tapi bile direnungkan sedalamnya ... ada benda yang lebih berharga dari hadiah kebendaan ...

kan ??


hehehehe ~~


lame CP tak hupdate , boleh dikatakan beberapa hari jugak larr , ker dah nak masuk seminggu CP menyepi , sekarang nih CP dah start busy training untuk menghadapi game yang lebih besar ... huhuhuhu ~


okeila , dah lewat dah nih , patutnya CP kena tidur dah , esok pagi nak nak training jam6 pagi , haish ! CP nih , carik pasal betul la , okei3 , CP nak stop berceloteh ...

daaaa....


adios !!

Friday, 30 August 2013

mewakili malaysia dalam sukan pencak silat



baru-baru nih , CP menyertai karnival sukan MASUM ...

MASUM - Majlis Sukan Universiti Malaysia


alhamdulillah , dengan izinNYA , CP berjaya merangkul pingat emas dalam karnival tuh dalam sukan pencak silat kategori REGU PUTERI ,




hasil kemenangan tuh , CP dimaklumkan oleh jurulatih yang kitorang kena mewakili MALAYSIA dalam kategori yang kitorang dah menang 


GULP !!!


nih merupakan print screen makluman tersebut ..


**klik gambar untuk tumbesaran**


start kuliah 9 September 2013 tapi disebabkan oleh latihan untuk game seterusnya nih , CP kena berada di UPSI pada 1 hb atau 2hb September 2013 sebab latihan bermula pada malam 2hb

then CP akan sertai team IPT Malaysia menjalani latihan pusat , tarikhnya CP tak ingat tapi coach dah maklumkan dah kat CP hari tuh ...


CP masih dalam keadaan terkejut , berdebar , macam2 CP fikir , mampu ker CP nak wakil Malaysia , ya ALLAH ... rasa macam berat tanggungjawab nih ...


berdebar , berdebar ....

CP sedar , kemampuan CP sebenarnya tak larrr sebaek mane , banyak saingan hebat dari negara lain Indonesia dan Vietnam misalnya ...


2 negara nih memang sangat hebat dalam sukan Pencak Silat nih ...


i need to do my very best , naluri CP nak membuktikan yang kemenangan CP sebelum nih bukan larr satu kesilapan ...


tapi , otak dan hati nih , ragu dan ragu ... ya ALLAH , kuatkan lah hati hambaMU ini ya ALLAH , berikanlah aku keyakinan dan kekuatan , berikanlah aku kejayaan dalam kejohanan yang seterusnya , permudahkanlah urusanku ...


IN SHAA ALLAH

**AMIN**

doakan CP


okei larr , sebelum CP mengakhiri entri nih , CP nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke - 56






Sunday, 25 August 2013

UPSI jaguh silat MASUM



mula2 CP promote dulu link rakaman berita sukan TV3 ,

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151559929962477&set=o.116365968405266&type=2&theater

dah tgk ??


gempak tak tajuk entry , alhamdulillah CP berjaya merangkul pingat emas dalam kategori regu puteri upsi , dan upsi berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN pencak silat MASUM ...


tahniah pada team , jutaan terima kasih pada jurulatih2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar , terima kasih ....... 


jurulatih

suzy sulaiman (mokji)

dan 

nurul hidayu (kak ayu)


macam2 dugaan ditempuh , pelbagai tohmahan diterima , ade yang kater kitorang beli emas , sogok juri , maen tipu , hehehe ..

terima kasih atas segala tohmahan , dengan tohmahan tuh , kami akan jadik lebih kuat , kekuatan yang kami ade nih pown hasil dari tohmahan larr 

tuhan itu maha mendengar , maha mengetahui , maha adil 

tapi jenuh jugak nak rawat hati bile kena penangan mulut2 longkang nih ...


sabor3 ...


dowang tataw yang kiter nih sepanjang ramadan , tak tidow malam duk training je , dah jadik macam burung hantu , malam jaga siang tidow ...

btw , macam biasala , dah citer2 nih nak tayang cket gambor mase kejohanan , ehehehe ~


our team

emas - regu putera

emas - regu puteri

emas - ganda puteri

emas - kelas F putera



emas - kelas A puteri




emas - kelas I putera

keseluruhan team silat UPSI

6 emas
9 perak
1 gangsa



pesilat kelas I putera masih lagi dalam rawatan akibat dari kecederaan semasa perlawanan , doktor mengesahkan tekak dye masih luka dan kena jaga makan ....


pada yang kate dye menipu or buat sakit , watch ur mouth , tuhan itu maha adil dan mengetahui ....

sekian dari CP , hhehehe ...


hati masih berdarah dengan mereka yang menyalak ...














Monday, 10 June 2013

kejuaraan pencak silat upsi dan jemputan antarabangsa kali ke-4 2013



selama CP menyepi , ada satu event yang besar CP joint , event tuh seperti tajuk di atas la , hehehe , patut nye dari awal lagik CP buat post nih baru leyh promote game nih tapi CP sangat3 malas nak hupdate pape pown ...


nih merupakan banner game :D



nih plak lagik satu design untuk bunting , hehehe ...




CP sangat suker ngan design2 nih , cantek , hehehehe ~ then , dah tentula CP team UPSI kan , ade la beberapa atlet silat UPSI tak dapat nak join team UPSI , sebab diorang kena wakil untuk negara dan negeri 

CP takde la sampai tahap negeri negara lagik , level biasa pown CP dah nak down giler nih , hehehehe ~


then nih plak gambar CP dah edit la , t'shirt team UPSI , baju yang termahal yang kitorang dapat wat mase nih , pergh !!!



kaen dye sedap , design smart ...
tuuuu , nampak tak tag peserta tuh , tapi macam mana pown , CP dalam game nih kecundang la , hehehehe ~ agak kecewa , tapi nak wat cmne , hehehehehe !

CP dalam game nih masuk silat seni , hehehehe ~ ade part CP tersilap step , hancur terus .... kecewa ...

takpela , CP akan pastikan CP ubati kelukaan nih pada MASUM nanti , in shaa ALLAH !


nih merupakan gambar2 sepanjang kejuaraan...

barisan wasit juri pertandingan ...

nih la ajk2 untuk game nih , ade yang jadik ajk but at the same time jadik atlet , penat woooo

team SINGAPORE
team INDONESIA
 



nih lak team2 kategori terbuka

suasana pertandingan untuk game SILAT OLAHRAGA

penyampaian hadiah

game nih terbahagi kepada dua kategori , kategori terbuka ngan kategori IPT... kategori terbuka nih melibatkan negara , negeri , persatuan , kalaw ade IPT nak hantar team kat kategori terbuka pown boleh tapi saingan kat kategori nih lebih hebat dan sengit kalaw nak dibandingkan IPT

kategori IPT lak melibatkan setiap IPT dalam MALAYSIA nih .. tak kisah lah kolej ker universiti ker politeknik ker institut ker , sume pakat2 boleh hantar...


game terbuka nih tak sama macam MASUM , hanya universiti je yang boleh menyertai game MASUM , sebab nama MASUM tuh pown singkatan dari MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA ...


antara negara yang menyertai game nih :

INDIA , MALAYSIA , SINGAPORE , VIETNAM , INDONESIA , BANGLADESH

kalaw IPT lak memang banyak la team , nak listkan pown malas , hehehe ~


tapi yang tarik diri saat akhir pown ramai , naseb baek tak menjejaskan bilangan team sangat tapi sangat menjejaskan bahagian budget , hehehe , boleh tahan banyak gak short , btw , menurut coach , kerjasama game kali nih sangat memberansangkan ....


team UPSI kecundang , ramai tak dapat maen sebab berat tak match , senget diorang nih , dah taw nak maen taknak maintain berat ... 

tapi takleyh nak salahkan jugak , kitorang terlalu penat uruskan game (CP uruskan jugak , makan untuk diri sendiri , hehehehe ~)

btw , CP nak ucap terima kasih pada yang sudi singgah blog nih even CP dah lame tak on9 kowt , hehehehe ~


***

nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***




Thursday, 25 April 2013

bahana training



halooo3 , papehal pown , sebelom jawab halooo , jawab salam lu , ehe ...


cakap pasal training , kan baru2 nih CP asyik cerita pasal training silat kan , ade entri , CP cerita yang CP training ke pahang , actually entri nih adalah kesinambungan kepada entri tuh , bukan nak cerita apa sangat  just nak meluahkan perasaan sikit


nih luahan bila CP mula aktif berTraining , hehehhe ~


bile training , badan mesti penat kan , yang tak bestnya , CP mula abaikan penjagaan badan , kulit , rambut , boleh diceritakan satu badan la 

nak dijadikan cerita kan , CP nih takleyh nak lalai sangat kalaw bab jaga kulit , baik kulit muka ker , kulit badan , sebab kulit CP jenis sensitif 


berpeluh tuh bagus tapi kalaw CP berpeluh , mandi lambat , badan akan jadik gatal , naik bintik , gatal beb , gatal gila


CP nih pulak seorang yang sangat la malas nak mandi , nak gi mandi pun suke bertangguh , alamatnya gatal la , ubat alergik tak makan , memang naek la gatal ....

kalaw sebelum nih , jaga muka step by step , sebelum tidur , pakai tuh la , pakai ni la , bile dah start musim training , mula la tak ade step , mane sempat je , kulit muka pun jadi kasar , naek jerawat 


benda biasala tuh , bila musim training je , seolah-olah musim jerawat jugak , ehe ! 


argh ! tension ambo ...


***


nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***


Friday, 5 April 2013

training ke pahang, akhirnya .....



at last , CP dah tak boleh nak mengelak lagi , CP kena ker pahang jugak hari nih , hehehe , nak buat ala2 pengumuman sikit .. 



"dengan ini CP mengisytiharkan , pada tarikh 5HB April 2013 , CP akan berangkat ke pahang pada jam4.30 petang nanti"


hahahah , dah macam ala2 pembubaran parlimen dah , ehe ! yela , dalam masa seminggu nih , CP takkan dapat BW atau hupdate , rasenya la , mane ade line wifi rasenya ....


rasenya ....


then nih ade la entry las CP la untuk minggu nih , minggu depan CP takde la kejap selama seminggu , huk3 !!

upss !! terbatuk pulak sayerr , hehehe ~


lepas CP muncul semula , CP nak buat review semua blog yang sedang jadik bloglist CP sekarang , sebelum CP membentuk bloglist yang baru , hehehe , so sayam2 blogger sekalian , CP nak mintak tolong nih , promotkan la pasal bloglist baru CP pada kengkawan ek :D

review tuh plak , CP takkan la buat sekaligus , CP akan buat satu2 or dua la paling banyak , ehe , okei , wait for my comeback okeyh , then pada sapa2 yang nak tgk hasil video yang CP edit untuk assignment CP untuk sem lepas ... bole la korang klik kat


sini - Qaseh Atok .....


***


nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***