Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

Ratu Spinner


entry nih kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu entri berkenaan Perlantikan Baru AJK tertinggi Kelab Pencak Silat (KPS) , dalam entri tersebut, CP ada menyentuh berkenaan kes putar belit dari seseorang...

tak baca entri tuh lagi ??

klik SINI

secara ringkasnya CP namakan minah nih sebagai Ratu Spinner(RS), secara jujurnya, CP memang dah lama dan tak pernah suka kat RS nih, RS nih senior dalam kelab tuh....kenapa CP tak suka yer....selain pemutar belit, dia nih sangat suka mengarah orang sesuka hati, cepat je amek kesempatan kat orang lain....

camne nak terang yer....budget tuh dah tentula, selama nih CP pendam je, malas nak amek port, malas nak tengok kekurangan orang sebab diri sendiri pun banyak kekurangan, cuma malam meeting tuh CP agak terkilan dengan sikap RS...

pagi pada hari yang sama dengan meeting kelab, CP baru balik dari kelas, dalam perjalanan balik tuh terserempak dengan RS, CP pun tanya la, 

CP : kak, siapa yang kena buat agenda meeting malam nih ??

RS : dayah la kena buat.......

CP : kenapa dayah lak kena buat ?? dayah setiausaha untuk game je bukan kelab...

RS : memang dayah yang kena buat......

agak terkejut jugak, CP cuma setiausaha program untuk kejuaraan pencak silat je, rasanya kalau untuk meeting kelab, setiausaha kelab la kena buat agenda, kenapa pulak CP, tapi CP malas nak tanya banyak la, tapi dalam hati tuh berbekas jugak dengan sikap sambil lewa dan bersahaja tuh, semudah itu dia meletakkan tanggungjawab kat bahu orang lain, bukan CP taknak buat agenda tuh, tak kisah dan tak susah tapi bagi CP tugas-tugas tuh mestilah untuk orang yang memang dah rasmi untuk tugas tuh..

CP tertanya-tanya siapa agaknya setiausaha kelab...kalau CP tahu, CP nak pertikaikan la arahan nih, CP cuma ahli biasa je, kenapa perlu buat agenda meeting....

RS tuh Presiden Kelab....tak sempat nak tanya pun, time tanya tuh, dia jawab sambil kayuh basikal, terkelu kat situ ajelah CP nih,

tapi takpelah, malas nak pikir panjang, CP bukak laptop, terus buat agenda mesyuarat dan buat hebahan untuk meeting tuh....malas nak buang masa carik siapa setiausaha rasmi tuk kelab tuh.....

siap agenda, CP post kat group kelab kat Facebook....

nak dijadikan cerita, meeting malam tuh yang buat CP makin menyampah kat RS nih, peneraju kelab aka coach kitorang puji CP sebab CP buat agenda meeting walaupun tuh sepatutnya setiausaha yang buat..

coach pun tanya, kenapa CP buat agenda tuh.....

belum sempat CP nak jawab, si RS nih mencelah......

RS: pagi tadi terserempak dengan dia time nak gi kelas, dia cakap dengan saya dia nak buat agenda mesyuarat...saya kata buat je la kalau nak buat.....kan dayah kan ??? kan ?? **sambil pandang kat CP...

masa tuh CP rasa, perempuan nih penipu besar !!! apa tujuan dia nih...penipu !!! tak malu ker kater camtuh...walaupun yang lain dalam bilik meeting  tuh tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, sepatutnya dia patut malu dengan CP...

mungkin CP nampak bodoh tapi CP bukan bodoh ! tak suke bila diperbodohkan macam nih....yang setiausaha sebenar pulak bagi alasan, dia nak buat agenda, tapi tengok-tengok dah ada orang attach kat group Facebook, dia pun tak buat la...

CP taknak pertikaikan setiausaha tuh berbohong ataupun tak, sebab CP tak tahu dia bohong ker tak....tapi part RS nih memang CP rasa nak maki jer, kalau ikutkan hati limpa dan jantung nih, nak je CP tempelak dia kat dalam bilik meeting tuh, tapi disebabkan perasaan hormat, memandangkan dia presiden kelab, senior pulak tuh, CP hanya diamkan diri dan simpan dalam hati, dan coretkan kat dalam blog nih , sekian....

untuk pengetahuan reader2, setiausaha tuh bestfriend si RS tuh, berkemungkinan dia pun bersekongkol nak suruh CP buat, biasala manusia....CP marah sebab terasa macam dipergunakan, CP memang mudah nak bantu orang lain tapi bukan dengan cara nih....


notaKAKI: bergelumang dengan assignment tertangguh !



Thursday, 31 October 2013

si dia yang busy



haloo...kali nih boleh tak CP post pasal jiwang sikit?? jiwang ker ?? boleh larrr...

baru-baru nih CP bergaduh dengan si dia....why ha ?? sebab CP geram, CP geram sangat....CP bukan geram sebab dia busy tapi CP geram dengan pemikiran negatif dia...

okay, situasi sekarang nih, dia yang busy......dia jarang mesej, dia jarang call, CP yang selama nih yang banyak call, mesej dia....jarang sangat reply, jarang sangat angkat....jadi CP fed up...

sekarang nih, CP tak call, tak mesej....CP nak tunggu dia mesej, call dlu......


lama-lama dia mesej CP, 

dia: awak....

CP: yep....

dia: rindu tak...?

CP: hm....

dia: tak rindu la tuh....

CP: selama nih saya call ngan mesej awak sebab apa awak rasa? saya call tak angkat, saya mesej tak reply, saya jugak yang tak rindu, suka hati la awak nak fikir apa...

dia: oke

CP: oke....

lama tak reply.......then....

dia: do u want me??

yes !!! exactly the same question bila dia mesej CP, kalau CP reply pun nih, mesti dia tak reply dah pastuh...malas layan! eergh !!


kenapa CP geram sangat ?? yela.....dah lah jarang mesej.....kalau mesej..soalan, memang takde soalan lain...

'watpe?'
'rindu tak?'
'do u want me?'

lepas tuh confirm....tak reply dah...

setiap kali mesej soalan yang sama....CP dah naik bosan! paling lain pun soalan dia....

'bila nak date?'

okei , bila mesej pasal date, panjang sikit la mesejnya.....tuh pun semata-mata nak tentukan tarikh ngan tempat.....

CP tak salahkan , CP tak kisah pun kalau dia busy, itu hidup dia...yang CP geram....CP yang kena....

'awak bukan rindu kat saya'
'awak bukan sayang kat saya'
'awak tak sayang saya'

CP punya la ye2 suka kat dia....call, mesej.....call berkali-kali walaupun tak angkat, tanpa sebarang mesej penjelasan kenapa tak angkat......tapi sentiasa fikir positif je pasal dia...dia busy nih...

tapi alih2 kalau dia mesej.....

'awak rindu saya tak?'

kalau CP cakap rindu...

'yeke rindu....??'

macam meragui jerrr.....

bukan sekali dua, dah banyak kali, lama-lama geram jugak la....sekali, hari tuh, CP terus terang la kat dia yang CP geram pasal nih....alih-alih...sampai sekarang nih laaaa.......CP mesej kat fon, mesej kat facebook....tak reply dah...

merajuk la tuh...puih! i dont care! malas nak pujuk...never!


Monday, 7 October 2013

steambot time


mesti ramai yang tahu kan apa itu steamboat ?? nih merupakan makanan kegemaran CP, mana taknya, kita dihidangkan dengan makanan-makanan laut yang fresh, yang boleh kita rebus dan goreng sendiri **CP konfius, goreng or bakar**

bila masa lagi kan kita nak makan sotong, udang, kepah, lala, daging, ayam, puas-puas kan?? tapi CP kalau dah pergi makan steamboat nih, ayam CP tak pandang sangat, CP lebih menumpukan pada makanan laut la **of course**

terliur tak ?? (sumber: google)

CP makan steamboat nih tak jauh pun, di sekitar tanjung malim jugak, nama tempatnya .....**CP tak hengat nama tempatnya apa...ahahaha !!**

selain makanan laut, daging, ayam dan sebagainya, sayur-sayur segar juga disediakan, kobis, salad, kangkung, dah menjadi kebiasaan, CP kalau makan mesti kena ada sayur, WAJIB....CP tak boleh makan lauk sahaja, semata-mata...tak kena dengan tekak CP...

dekat sini disediakan dua jenis kuah, sup dan tomyam, kitorang mintak dua dapur untuk masak-masak jadi satu dapur untuk kuah sup dan satu lagi untuk kuah tomyam

macam nih la dapurnya, sebijik! (sumber: google)

tempat makan nih tak ada la grand macam tempat-tempat lain, tapi tetap okay la untuk kitorang bersantai bila hujung minggu sekali-sekala, nak hari-hari makan kat situ memang tak mampu la.....hahahaha !!

satu kepala - RM20..

kalau makan hari-hari, mungkin orang tuh anak datuk kalau tak pun cucu datuk yang kaya, ahahaha !!

tapi CP ada nak sentuh sikit beberapa perkara kalau kita makan steamboat, bukanlah peraturan ataupun undang-undang untuk makan steamboat tapi berkaitan dengan manner dan attitude kita supaya orang tak ada lah rasa annoying...

seperti yang kita tahu **ayat karangan keluar** makan steamboat nih kan kita kena masak sendiri kan ?? tergamak kah anda, sampai sahaja, tanpa buat apa-apa, biarkan sahaja kawan-kawan anda buat semuanya.....???

tak salah kalau tak buat apa-apa, tak berdosa pun, tapi sampai-sampai terus duduk diam-diam, orang lain semua pergi ambil bahan-bahan untuk di makan, masak tiba-tiba yang duduk diam tuh, hulur pinggan, habis, hulur pinggan lagi, habis, hulur lagi...........

mula-mula kawan tuh memang tak kisah, lama-lama.......

' eyh, dia nih.....ingat aku chef dia ker??'


hahaha, tak lain tak bukan, CP la yang terdetik macam tuh, baru CP perasan, dia nih duk menunggu orang masak je... pergh !! cantik permainannya......




Monday, 30 September 2013

siapa yang perlu minta maaf



halooo , kali nih CP nak buat entry soal hati dan perasaan, tapi hati dan perasaan dengan sahabat, bukan dengan kekasih hati , hehehehe
keserabutan ini berlaku masa CP menyertai kejohanan silat baru-baru ini , kalau nak diceritakan al kisah nya , cerita nih cerita remeh dan childish !


nak dijadikan cerita, petang tuh CP ada tertengking salah seorang sahabat CP sebab mendesak update setiap game yang dah berlangsung walhal pada awalnya dia cuma mintak tolong CP pegang sekejap je borang perlawanan tuh , alih-alih bila dah pegang , suruh updatekan pulak , tuh la orang kata , dah bagi betis nak peha tapi CP ikutkan saje , 
CP memang tak mahir kerja-kerja macam tuh lambat la sikit CP nak menanda borang tuh , dua orang insan kat sebelah CP nih desak-desak ...


"cepatlah , cepatlah"
"nak tanda pun lambat ke"


serabut , serabut ... GRrrrr ...


CP ketuk meja , 
CP terus cakap ...

"aku dah kata aku tak boleh buat kerja macam nih tak faham-faham !!"


apa lagi , tergamam la dua orang insan tersebut
CP pun blah larrr dari tempat kejadian , nak menenangkan hati yang bengang , lama sikit CP menjauhkan diri , CP cuba berfikir rasional , tak patut CP menengking macam tuh tadi , CP tarik nafas dalam-dalam , CP pun datang semula kat dua orang insan tersebut untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tadi


CP ingat benda tuh selesai dekat situ , rupanya telahan CP salah sama sekali , malam tuh diadakan dinner di HATTEN HOTEL , DATARAN PAHLAWAN MELAKA sempena majlis penutupan game silat tersebut , salah seorang insan (cik A) yang CP tertengking siang tuh makan semeja dengan CP
atas meja tuh disediakan satu hidangan yang masih tertutup dan satu lagi hidangan gado-gado yang hanya dibalut dengan plastik jernih , disebabkan ketibaan VIP yang terlalu lama , kami-kami yang kelaparan nih membantai gado-gado terlebih dahulu , CP nih terlebih excited , memang nak rasa sangat **sebab 1st time nak makan benda alah tuh** la gado-gado tu.......

sedap !


then tengah CP rancak berbual dengan orang sebelah , kembar kepada cik A meminta CP menghulurkan sikit gado-gado kepada dia , CP tak dengar panggilan si kembar cik A terus berborak tak ingat dunia , tak lama lepas tuh , cik A mula bersuara dengan nada suara yang kasar , 

"tak dengar ker cik K mintak sikit , nak makan sorang jer"


CP terpinga la , 'kenapa lak perempuan nihh ? sawan ker ??'
CP pun renung la cik A nih , 

"sori tak dengar...."

cik A terus nak membebel ...
"bila orang tegur sikit jap lagik mula la nak cakap kuat , ha.... cakap la kuat lagik , cakap kuat ... cakap kuat2"


mase nih CP memang sentap tersantap la , nih macam nak carik gaduh , eee , budak kecik nih **untuk pengetahuan , cik A masih lagi berumur 18 tahun**


tangan CP pun terus cubit pinggang budak kecik tuh sekuat mungkin , GERAM ! then cik A nih nak balas balik la kononnya , CP rentap tangan dia .......

**naseb budak kecik , sabar CP sabar**


hilang selera makan CP , pantang CP orang carik gaduh depan rezeki nih ...
sampai sekarang CP tengok budak tuh nak masam muka lagik dengan CP , CP buat biasa jer , CP dah mintak maaf , bukan mudah nak mintak maaf , pasal benda yang jadik time dinner tuh CP tak rasa CP yang kena mintak maaf ...

think about it ....

tak jadik ?


halooo ...

ada sesiapa baca tak entry CP sebelum nih berkenaan tutorial nak add lagu di blog di ENTRY INI

ada beberapa orang sahabat CP kat sini cuba but diorang kata TAK MENJADIK maaa ...petang tadi diorang ngadu tak menjadik , sampai malam nih CP asyik duk fikir , macam mana boleh tak jadik ek ...

nampaknya CP kena turun padang la tengok sendiri kat blog diorang , apa yang tak jadik sangat tuh .. takut CP tersalah step or tersalah link ker kan ??

okei , CP tak tidur lagi sebab baru jer siapkan assignment KPD 3016 berkenaan kaedah pengajaran berkesan , assignment ni kena hantar ke emel lecturer , kalau diikutkan CP dah siap awal tapi saje malas nak submit dulu , alih-alih tadi CP tak boleh nak masuk internet , aiyak !!

so , pengajarannya disini , jangan nak berlagak sangat nak tangguh-tangguh kerja walaupun kerja tuh sekecil kuman je lagi nak siap or complete , haiya ...

tapi lecturer nih pun buat pening jugak , sebelum nih kata , hantar assignment hari isnin **esok le maksudnye , dah jam 12 larr , mean hari nih** alih-alih si encik lecturer nih post kat group facebook subjek berkaitan , suruh hantar melalui emel pulak dah ....


siap bagitahu , 5 orang terawal hantar akan diberi markah bonus dan dikehendaki bentang dalam kelas nanti **tuhlah antara sebab CP nak hantar lewat, ngeh3!!**

okei dude , lets sleep , esok kelas pukul8

Sunday, 8 September 2013

terlajak .......!


huwargh !!!


huwarghhh !!!


hadoi , macam mana la CP bole terlajak tidow ni, CP siap kunci jam 2x , kul 5.30 pagi dengan 5.45 pagi tapi dua2 sekali CP tak dengar kalaw ikutkan CP rase CP ade tengok jam kejap , mungkin sebab mamai sangat kowt , CP tak bangun jugak , takat tengokk jam jer ...


sedar2 dah jam 6.30 pagi , training jam 6.00 pagi , CP nih terbangun lewat sebab tidor lewat sangat la ni , kul4 pagi duk hupdate blog lagik , CP sangkakan , CP boleh je bangun awal , sebab sebelum nih okei je kalaw tidor lewat tapi bangun awal ...


terlajak tuh bukan hape , orang takleyh solat kan , lagik la bermaharajalela bangun lewatnya , tapi kesimpulannya CP memang tak sedar langsung , hm ....


terasa tak sedap hati lak , macam CP nih pandang ringan lak training yang diaturkan coach , terlajak tidor tuh bukan masalah sebenar tapi sikap dalam diri nih , ambil ringan , padahal boleh je CP tidow awal malam tadi tapi tak .... gatal sangat nak tidow lewat ....


entahlah , kenapa tah , mungkin CP sebenarnya berat hati nak training kul6 pagi tuh , awal sangat , tapi kalaw CP tak training , lemau la CP kat UTHM nanti ...


haish , CP2 , sendiri carik pasal , ape salahnya kalaw turun pagi tadi , bukan buat hape pown , dorang jog jer dari kolej ker tasik proton city tuh ....


asal la lemau sangat nih , bile nak fit kalaw perangai macam nih , hm .....

hadoi3 !!!!


geram ngan diri sendiri , kaw ingat kaw dah hebat sangat ker ??? kaw menang pown sebab bernaseb baek jer , lepas tuh kaw nak pandang ringan lak training , wake up larrr , lepas nih kaw nak lawan bukan team IPT lagik tapi team negara .... kaw lepas nih akan bawak 3 nama dengan kaw , nama kaw , nama upsi dan nama malaysia , kalaw macam nih attitude , kaw rase boleh berjaya ker , change larrr .....

macam kaw tak pernah tengok video negara laen , haish CP , WAKE UP !!!






Monday, 2 September 2013

sabar vs marah



Saat kita dihina.. lalu kita bersabar
menghadapinya..saat itu pula ALLAH
sedang memuliakan dan mengangkat
darjat kita..”

“Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi buta.. Buta dalam
memandang..

Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi kacau.. Kacau dalam berfikir..

Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi lupa.. Lupa dalam kebaikan..

Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi terlena.. Terlena dalam
amarah..

Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi hina.. Hina dalam perbuatan..

Kemarahan dapat membuat seseorang
menjadi buruk.. Buruk dalam
sangkaan..

Semoga Allah memelihara kita...

Allahumma aamiinn....

Sunday, 25 August 2013

UPSI jaguh silat MASUM



mula2 CP promote dulu link rakaman berita sukan TV3 ,

https://www.facebook.com/photo.php?v=10151559929962477&set=o.116365968405266&type=2&theater

dah tgk ??


gempak tak tajuk entry , alhamdulillah CP berjaya merangkul pingat emas dalam kategori regu puteri upsi , dan upsi berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN pencak silat MASUM ...


tahniah pada team , jutaan terima kasih pada jurulatih2 yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar , terima kasih ....... 


jurulatih

suzy sulaiman (mokji)

dan 

nurul hidayu (kak ayu)


macam2 dugaan ditempuh , pelbagai tohmahan diterima , ade yang kater kitorang beli emas , sogok juri , maen tipu , hehehe ..

terima kasih atas segala tohmahan , dengan tohmahan tuh , kami akan jadik lebih kuat , kekuatan yang kami ade nih pown hasil dari tohmahan larr 

tuhan itu maha mendengar , maha mengetahui , maha adil 

tapi jenuh jugak nak rawat hati bile kena penangan mulut2 longkang nih ...


sabor3 ...


dowang tataw yang kiter nih sepanjang ramadan , tak tidow malam duk training je , dah jadik macam burung hantu , malam jaga siang tidow ...

btw , macam biasala , dah citer2 nih nak tayang cket gambor mase kejohanan , ehehehe ~


our team

emas - regu putera

emas - regu puteri

emas - ganda puteri

emas - kelas F putera



emas - kelas A puteri




emas - kelas I putera

keseluruhan team silat UPSI

6 emas
9 perak
1 gangsa



pesilat kelas I putera masih lagi dalam rawatan akibat dari kecederaan semasa perlawanan , doktor mengesahkan tekak dye masih luka dan kena jaga makan ....


pada yang kate dye menipu or buat sakit , watch ur mouth , tuhan itu maha adil dan mengetahui ....

sekian dari CP , hhehehe ...


hati masih berdarah dengan mereka yang menyalak ...














Wednesday, 12 June 2013

jersey not allowed !



hal nih dah lama dah , cerita nih pown ade kena mengena time CP kua date ngan MB , masa tuh ngah jalan2 cuci2 mata kat Danau Kota , masa ngah jalan tuh dye ingatkan CP beli sweater , sebab sebelum nih CP ade cakap CP nak carik sweater...


tapi CP batalkan niat nak beli memandangkan tgk gaya duet macam dah tak cukup , tapi cik MB duk desak CP beli jugak , dye tak selesa la orang asyik pandang2 kat CP 


larrr .... pandang sebab ???


orang ade mata orang pandang la .....


cik MB cakap orang pandang CP sebab CP pakai jersey ??


pelik kalaw perempuan pakai jersey ......????


owh , kalaw pakai jersey pelik la ?? dari CP pakai baju macam orang kemban , baek pakai jersey ! adeh ....


apa pendapat korang ? dari haritu sampai la sekarang , CP tak dapat nak terima kerasionalan kenyataan "pelik kalaw perempuan pakai jersey kat bandar nih"


bile CP tanya dan tanya , jawapan dye mudah jer ..

"malas nak explain...."


hm......


senget la ....


nih la jersey yang CP pakai , pelik cgt ker ???


nih lak gambar shoot memalam konon nak jadik minah arab , keh3 !! tiada kena mengena ngan entry :P





***

nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***




Sunday, 9 June 2013

saya takde niat jahat


hehehe , nampak tak tajuk ?

tajuk nih berkisarkan satu peristiwa yang agak mengganggu hidup la , nak kater salah orang laen , salah CP jugak , 

okei , taknak membebel lebih lama , terus straight to the point ,

suatu hari tuh , CP ade menyembang dengan sorang kawan , lepas borak , kawan CP tuh pown blah , dye tertinggalkan henfon dye , 


CP pown tah macam mana , terpikir nak sorok henset dye tuh , kalaw diikutkan bukan lama pown CP simpan henset dye , dari tengah hari , malam tuh CP memang niat nak pulangkan 


tak sangka time CP simpankan tuh , salah timing , hari tuh merupakan hari si empunya henset yang paling busy and yang paling mengejutkan , henset yang CP simpan kejap tuh , henset kawan dye !


bile dye taw CP yang sorok , apa lagik , marah giler kowt , siang malam CP rase tak sedap hati , yelarr , giler bapak rase bersalah ........ hm ....


CP takowt dye tak maafkan CP , tapi alhamdulillah , dye maafkan , terima kasih kawan :D


p/s: CP berani sorok henset orang tuh pown CP pown pernah kena macam tuh tapi takdelah melenting , CP ingat kalaw CP buat kat orang , takde la orang tuh melenting jugak .. tapi .... huhuhuhu ~


***

nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***

Friday, 26 April 2013

ragut di tanjung malim



kus semangat bile CP dengar kawan CP kena ragut semalam !


diorang pergi ke pekan nak beli tiket bas , masa kat traffic light (atas motor) , beg pembonceng kena tarik , berlaku la sesi tarik menarik tapi tak lama lepas tuh , kawan CP tuh lepas kan jugak beg dye , takut terjatuh atas jalan , kena gelek kang naya je


dah lepaskan beg tuh , si peragut tuh pown pecut la , si penunggang nih cuba kejar tapi bila sampai 1 lorong kecil dan sunyi , diorang hentikan niat untuk kejar , takut perkara lebih buruk berlaku


masa beg diragut tuh , si pembonceng letak beg tangan dye di antara si penunggang dan si pembonceng , faham tak ??


try tengok gambar nih , kowt bole paham , hehehe !!
tak faham pown takpe , CP faham kalaw tak faham , hehehe , orang genius je bole paham lukisan paint CP nih , ehe ..



kalaw tak jelas , klik gambar tuk tumbesaran , hehehe !!


beg pembonceng la yang kena tarik , beg penunggang ade kat dalam raga ... kerugian berapa tuh CP tataw tapi biasa la kan , beg tangan , semua benda ade dalam tuh , yang CP dengar :

- baucer buku
-duit rm300
-2 henset


apa yang paling tragisnyanya , kebetulan pulak , yang kena ragut tuh ada simpan dompet kawan dye lak , so , dgn dompet kawan dye pown lesap ...


dari apa yang diorang cerita , peragut tuh berbangsa india , dalam lingkungan 20-an kowt , diorang dah buat report , membe CP tuh dapat cam nombor plat motor peragut tapi dapat cam huruf je , nombor dye tak dapat ...


CP tertanya , diorang ade peluang lagik tak nak jumpa barang diorang balek ???


sian la , CP harap semuanya baik dan semoga ALLAH swt permudahkan urusan diorang kan ?

yang pasti dua orang kawan CP trauma kowt ... fuh !!


***


nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html
***



Thursday, 25 April 2013

tempat duduk bas



ha , CP nak terus straight to the point , geram sebenarnya ni , what the hal nak cop-cop tempat duduk dalam bas ???

can i tell u something , halloooo we're IPT student , bukan budak sekolah nak cop-cop tempat , sape cepat , dye la dapat tempat duduk 


lagi satu benda bengap kaw buat , dah la cop tempat untuk orang , tapi seat bahagian belakang2 nun ! bile orang dah penuhkan bas , penuh macam sardin , memang tak la kawan kaw tuh dapat duduk tempat dye , ingat senang nak selit2 ??

adei ,


camni la , bg CP la kan , dah tak relevan la cop-cop tempat , dah macam menyusahkan orang lain , ingat tak penat ker orang yang duk berebut nak naek , alih-alih satu-satunya tempat kosong yang ade , di reserve...


hahahaha , pergh !


yang di reserve tuh , naek bas , mudah-mudah dapat duduk , aiyak ...

***


nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :
http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html


***