Showing posts with label kelab pencak silat. Show all posts
Showing posts with label kelab pencak silat. Show all posts

Monday, 10 August 2015

ceritera si jaguh kampung

LOGO KELAB PENCAK SILAT UPSI

Pertama sekali CP rasa bersyukur sangat-sangat entry CP berkenaan 

Pencak Silat UPSI meraih kejayaan kali ketiga MASUM 2015


dapat viewer yang agak ramai, ramai kawan-kawan CP yang sukarela nak share, macih yer....
Kesinambungan dari entry tu, CP terpanggil nak update tentang beberapa jaguh kampung yang bersuara bila kitorang update pasal kejayaan-kejayaan kitorang. 

CP tatau la kenapa la mereka-mereka ni yang sering mengungkit kejayaan masa tahun 2011 dulu, membuatkan CP rasa jengkel. Sebab bagi CP tahun 2011 memang zaman kegemilangan seperti yang dicanang-canang tapi juga titik mula perpecahan dalam Kelab Pencak Silat UPSI.
Tahun 2012 merupakan tahun bangkit dari kesakitan. Bangkit berbekalkan semangat yang kuat di saat kekuatan semakin merudum jatuh. Tahun 2012 juga tahun CP mula berjinak-jinak dengan kelab ni.


Masa ni CP masih tak faham dengan situasi yang sebenar, dengan perpecahan yang sedang berlaku. Bila turun training, orang yang sama tiap kali. Ramai budak baru yang masuk kelab tapi ramai jugak yang keluar balik. Nak jadi ahli dalam kelab ni memang memerlukan hati yang kental, semangat pun kena kuat. 
Kelab masa tuh terdesak nak cari atlet tuk gantikan si jaguh-jaguh kampung yang tinggalkan kelab dek disebabkan perasaan yang tak puas hati. Si jaguh-jaguh kampung ni merupakan ahli kelab asal atau juga ahli kelab yang senior. Sejujurnya, CP tak pernah jumpa diorang si jaguh kampung ni, sebab diorang takde pun turun training masa tuh.

Kalau kenal pun hanya melalui laman sosial muka buku aka FACEBOOK. Itu pun lepas CP join group Kelab Pencak Silat UPSI dalam FB. Semakin lama, melalui group FB jugak, CP mula nampak konflik antara ahli kelab. Mana taknya, diorang duk berdebat dalam group. CP dengan beberapa budak baru jadi tukang baca. Kami yang junior ni hanya membisu. Sebelah pihak si jaguh kampung, sebelah pihak lagi senior yang masih bertahan dalam kelab. Kami yang junior mestilah sokong senior-senior yang selama ni turun training dengan kitorang, yang sentiasa motivate kitorang kan?
Suatu hari tu, salah seorang si jaguh kampung bersuara menyentuh tentang kami yang junior nih. Dikatanya kami ni sombong dengan senior, apa lagi ibarat api dicurah minyak, kami para junior turut bersuara. Sombong macam mana yang dimaksudkan ? Kami tak kenal pun diorang, tak pernah tunjuk muka di tempat latihan tiba-tiba nak kata kami sombong.


Kejayaan 2011 memang titik mula kejayaan Kelab Pencak Silat UPSI tapi CP tak dapat nak tengok semua tu sebab kepayahan tahun 2012 untuk bangkit tu sangat perit sampai menutup mata CP untuk kejayaan 2011.
Kelab terpaksa bentuk strategi baru untuk bangkit semula. Berhabis banyak untuk latihan. Berkorban cuti, training tak kenal malam atau siang sebab nak bentuk balik pasukan yang mantap. Perginya si jaguh kampung terbukti tak melemahkan kami, malah bagi kami kekuatan yang lebih dahsyat dari tahun 2011 yang diorang banggakan tu.
Akhirnya juara keseluruhan dalam kategori Pencak Silat berjaya kami pegang 3 tahun berturut-turut. Terima kasih pada ahli-ahli kelab yang terus bertahan untuk berjuang dalam kelab. 

Terima kasih pada senior yang cekal bertahan, mendengar, sentiasa ada membantu sepanjang CP berada dalam kelab....

CP budak baru, mungkin CP tak faham apa yang berlaku pada tahun 2011. Tapi bukan hak kita jugak nak tengok keruntuhan kelab. Sepatutnya, duduk bersama selesaikan masalah daripada terus menyalak tak tentu arah. 

Kalau kita sayang kelab, bangunkan dia, bukan keluar then biarkan yang baru masuk ni terangkak-rangkak.
Jauhkan diri dari sikap angkuh seperti di bawah;
"Aku nak tengok macam mana korang nak naik bila kitorang takde"


***

Dari sudut positifnya, CP jugak berterima kasih pada si jaguh - si jaguh kampung nih, sebab dari huru hara ni la kelab jadi semakin kuat....dengan huru hara ni la kelab muncul dengan strategi yang lebih baik...

Pelihara hubungan pasukan yang hebat ni dengan baik sebab semangat sepasukan tu sangat penting untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar. 

Ketawa bersama, biar menangis pun bersama



**Biarpun kadang-kadang CP terasa hati jugak bila duduk dalam Kelab Pencak Silat UPSI ni, tapi CP tetap sayang kelab ni dan ahli-ahlinya, semoga terus berjaya di masa-masa akan datang, AMIN~~**








ADIOS!

Thursday, 21 November 2013

Ratu Spinner


entry nih kesinambungan dari entri sebelum ini iaitu entri berkenaan Perlantikan Baru AJK tertinggi Kelab Pencak Silat (KPS) , dalam entri tersebut, CP ada menyentuh berkenaan kes putar belit dari seseorang...

tak baca entri tuh lagi ??

klik SINI

secara ringkasnya CP namakan minah nih sebagai Ratu Spinner(RS), secara jujurnya, CP memang dah lama dan tak pernah suka kat RS nih, RS nih senior dalam kelab tuh....kenapa CP tak suka yer....selain pemutar belit, dia nih sangat suka mengarah orang sesuka hati, cepat je amek kesempatan kat orang lain....

camne nak terang yer....budget tuh dah tentula, selama nih CP pendam je, malas nak amek port, malas nak tengok kekurangan orang sebab diri sendiri pun banyak kekurangan, cuma malam meeting tuh CP agak terkilan dengan sikap RS...

pagi pada hari yang sama dengan meeting kelab, CP baru balik dari kelas, dalam perjalanan balik tuh terserempak dengan RS, CP pun tanya la, 

CP : kak, siapa yang kena buat agenda meeting malam nih ??

RS : dayah la kena buat.......

CP : kenapa dayah lak kena buat ?? dayah setiausaha untuk game je bukan kelab...

RS : memang dayah yang kena buat......

agak terkejut jugak, CP cuma setiausaha program untuk kejuaraan pencak silat je, rasanya kalau untuk meeting kelab, setiausaha kelab la kena buat agenda, kenapa pulak CP, tapi CP malas nak tanya banyak la, tapi dalam hati tuh berbekas jugak dengan sikap sambil lewa dan bersahaja tuh, semudah itu dia meletakkan tanggungjawab kat bahu orang lain, bukan CP taknak buat agenda tuh, tak kisah dan tak susah tapi bagi CP tugas-tugas tuh mestilah untuk orang yang memang dah rasmi untuk tugas tuh..

CP tertanya-tanya siapa agaknya setiausaha kelab...kalau CP tahu, CP nak pertikaikan la arahan nih, CP cuma ahli biasa je, kenapa perlu buat agenda meeting....

RS tuh Presiden Kelab....tak sempat nak tanya pun, time tanya tuh, dia jawab sambil kayuh basikal, terkelu kat situ ajelah CP nih,

tapi takpelah, malas nak pikir panjang, CP bukak laptop, terus buat agenda mesyuarat dan buat hebahan untuk meeting tuh....malas nak buang masa carik siapa setiausaha rasmi tuk kelab tuh.....

siap agenda, CP post kat group kelab kat Facebook....

nak dijadikan cerita, meeting malam tuh yang buat CP makin menyampah kat RS nih, peneraju kelab aka coach kitorang puji CP sebab CP buat agenda meeting walaupun tuh sepatutnya setiausaha yang buat..

coach pun tanya, kenapa CP buat agenda tuh.....

belum sempat CP nak jawab, si RS nih mencelah......

RS: pagi tadi terserempak dengan dia time nak gi kelas, dia cakap dengan saya dia nak buat agenda mesyuarat...saya kata buat je la kalau nak buat.....kan dayah kan ??? kan ?? **sambil pandang kat CP...

masa tuh CP rasa, perempuan nih penipu besar !!! apa tujuan dia nih...penipu !!! tak malu ker kater camtuh...walaupun yang lain dalam bilik meeting  tuh tak tahu apa yang berlaku sebenarnya, sepatutnya dia patut malu dengan CP...

mungkin CP nampak bodoh tapi CP bukan bodoh ! tak suke bila diperbodohkan macam nih....yang setiausaha sebenar pulak bagi alasan, dia nak buat agenda, tapi tengok-tengok dah ada orang attach kat group Facebook, dia pun tak buat la...

CP taknak pertikaikan setiausaha tuh berbohong ataupun tak, sebab CP tak tahu dia bohong ker tak....tapi part RS nih memang CP rasa nak maki jer, kalau ikutkan hati limpa dan jantung nih, nak je CP tempelak dia kat dalam bilik meeting tuh, tapi disebabkan perasaan hormat, memandangkan dia presiden kelab, senior pulak tuh, CP hanya diamkan diri dan simpan dalam hati, dan coretkan kat dalam blog nih , sekian....

untuk pengetahuan reader2, setiausaha tuh bestfriend si RS tuh, berkemungkinan dia pun bersekongkol nak suruh CP buat, biasala manusia....CP marah sebab terasa macam dipergunakan, CP memang mudah nak bantu orang lain tapi bukan dengan cara nih....


notaKAKI: bergelumang dengan assignment tertangguh !



Tuesday, 19 November 2013

perlantikan baru ahli jawatankuasa tertinggi Kelab Pencak Silat UPSI (MT KPS UPSI)



malam tadi berlangsungnya mesyuarat Kelab Pencak Silat (KPS) berkenaan post mortem Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa 2013 siri 4 dan kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan seterusnya pembubaran MT lama dan perlantikan MT baru....


tempat: bilik mesyuarat Pusat Sukan
masa: 8.00 malam


CP terlewat datang ke mesyuarat malam tadi sepatutnya pukul 8 dah start tapi 8.20 baru CP sampai disebabkan oleh beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan..
antara sebabnya:


- menunggu kawan dari kolej **CP memang dah ada kat kampus lama sebab kerja part time**


- yang paling sadis, tak jumpa bilik mesyuarat , hahahaha !! **tempat tuh tempat baru buat, call member yang dah sampai, tak angkat pulak, biasala, nak meeting kan, masing-masing la pakai silent fon kan...**


sampai je meeting, CP edarkan agenda untuk mesyuarat, tapi untuk pengetahuan korang, CP hanya setiausaha program kejuaraan pencak silat yang hari tuh, tapi, tak pasal lak CP kena buat agenda keseluruhan meeting....


ade beberapa perkara yang menyebabkan hal macam nih berlaku, kesan dari putar belit orang yang tidak bertanggungjawab...pasal putar belit nih, CP ulas kat entry seterusnya...
selesai post mortem untuk kedua-dua kejuaraan, akhirnya mesyuarat mula beralih kepada pembubaran MT terdahulu...


setelah itu, perlantikan baru pula dijalankan, perlantikan yang sangat obvious....akhirnya jawatan Setiausaha Kelab disandang oleh CP....


tak tahu la apa jodoh CP dengan jawatan nih, sedangkan nihla jawatan yang CP nak sangat elak......nak sangat.......tapi jawatan nih sentiasa jadi pilihan orang lain untuk CP....


CP memang dah agak dah....memang perasaan kuat mengatakan malam tuh orang akan pilih CP jadik setiausaha....kerja yang paling remeh...


tapi mungkin semua nih ada hikmah kot....takpela, CP akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab nih...in shaa ALLAH....


paling best...mesyuarat malam tadi berakhir jam 12 lebih....pergh! bas paling last jam 11.30, memang tak dapat naik bas la, alih-alih terpaksa berangkut-angkut oleh mereka-mereka yang bawak kereta, sebuah kereta terpaksa ulang alik sampai 2 kali duk angkut budak....aiyak!


notaKAKI: seterusnya, malam tuh kerja CP untuk assignment tertangguh lagik!