halooo, selamat pagi, kalau difikirkan semula, jarang CP dapat buat entry di awal pagi di atas beberapa sebab...
pertama, kekeringan idea walaupun pada waktu pagi la otak kita paling fresh
kedua, selalunya duk membuta lagi, bangun nak dekat2 time nak g kelas je, so takde mase la nak hupdate walaupun idea berjela
ketiga, kuat tidur
keempat, kuat tidur
kelima, kuat tidur...
**nampak tak permainannya**
berdasarkan tajuk, apa yang hampir terlajak tuh kan? terlajak tidur la, CP tak tahu lah kenapa baru-baru nih, CP mempunyai masalah untuk kawal tidur, sekarang nih CP terlalu kerap tidur sehingga menjejaskan prestasi kerja, assignment, training silat...
mungkin ker terlalu penat...
badan dan mata rasa berat je, CP ada baca artikel mengatakan kalau badan kita selalu berasa berat, rasa malas 24 jam.....itu adalah gangguan syaitan.....
CP rasa gangguan syaitan la, rasa malas CP nih semacam, buat CP tension lak...
oh yer, pagi tadi (25.10.2013) CP hampir terlajak tidur...secara jujurnya, minggu lepas dah berapa kali CP terlajak Subuh......sedih la, apatah lagi solat Subuh tuh permulaan hari bagi kita, kalau dah tertinggal tuh, rasa tak lengkap hari kita pada hari tuh....
bila terlalu banyak tinggalkan solat, hati pun sentiasa rasa tidak tenteram, walaupun menyesal tiap kali tertinggal tapi CP tetap juga tertinggal Subuh dan hampir tertinggal, pagi tadi pun CP bangun-bangun tengok tingkap kat luar dah cerah kot tapi tengok jam, jam masih menunjukkan 6.48 pagi
ingat jam CP rosak ke apa, kebetulan kawan (roommate) CP pun baru bangun tuh, CP terus tanya jam kat dia....dia jawab 6.50 pagi...
apa lagi, bergegas la CP ke toilet ambil wudu' untuk menunaikan solat Subuh, kus semangat, tak pasal-pasal CP bangun terkejut , kepala pening sampai sekarang nih......tapi CP kuatkan semangat jugak bukak buku study, esok kul9.30 test untuk kelas PERLEMBAGAAN....
kalau tak study sekarang, jap lagi memang takde masa la, kul10 dah gerak ke tempat kerja , full day sampai kul7, then malam nanti kena jadi ajk kejohanan silat kolej..
what a busy day !!!
NOTAKAKI: addicted game FB lagi satu hal ! aiyak !
halooo, pagi2 nih CP bukak FACEBOOK terus ker group FB kelas integrasi, tengok2 lect dah hupdate markah untuk kuiz hari tuh....sob3 , markah rendah, 5.5 dari 10 markah....
CP rasa CP dah jawab sehabis baik dah, terasa sedih apatah lagi tengok markah orang lain tinggi2 belaka, sebab apa ek? kurang study ker ??
mungkin...tuh la , main2 sangat, tuhlarr, orang kater confident level tuh jangan tinggi sangat, kalau tuhan nak tunjuk tuh, pejam mata jerrr...
okei larr, CP pun nak ke kelas nih , hadios , new chapter untuk e-novel CP will coming soon :)
daaaa.....
halooo... untuk pengetahuan semua, pagi tadi jam 11 pagi tadi (10.10.2013) CP menjalani kuiz untuk subjek INTEGRASI DAN PERPADUAN
CP start study lepas solat subuh, memandangkan kuiz tuh merupakan 20 soalan objektif, so CP just pandang ringan, study last minit...wah, bila la nak berubah nih..ambik ringan je....
disebabkan kuiz, CP bertolak ke kelas awal lah **tapi kalau hari biasa pun memang CP akan bertolak awal, taknak jadi macam semester sebelum-sebelum nih, suke sangat datang lewat**
sampai sahaja, CP memang tak sabar dah nak jawab kuiz, malangnya, bila kuiz dah bermula, kertas soalan pun dah ada dalam tangan, tiba-tiba fikiran CP macam kosong atau secara ringkasnya blur.....
what ?? what happen ??
akhirnya selepas beberapa ketika, CP bagai terjaga dari lena, aiyak !!! CP pun tak pasti kenapa dengan CP sebenarnya, bila tengok soalan, semua soalan CP rasa susah, hakikatnya tak susah.....
hm....ibarat jalan CP telah disempitkan, mungkin ke disebabkan oleh sikap CP yang sambil lewa ???
atau mungkin faktor-faktor lain ???
**faktor lain tuh CP tak perlu sebut la**
mungkin ke tak cukup persediaan ?? selalunya CP tak macam ni, lewat macam mana pun persediaan, CP steady je jawab soalan berbentuk objektif nih...
sebab apa yang CP baca jika melibatkan soalan objektif, jawapannya seolah-olah terbayang dalam kepala hotak CP nih walaupun membaca soalan sekali imbas....
tapi kali nih tak ... why ??
CP ingat lagi, sebelum nih, CP mampu jawab soalan objektif sejarah dan pengajian AM yang berjumlah 60 soalan dalam masa 15 minit sahaja....
dan langsung tidak menjejaskan markah, walaupun dalam keadaan study last minit....
mungkin nih petanda CP perlu lebih serius ....
nota kaki: update pagi before ke tempat kerja , peace :D