hehehe , printscreen dari u tube , jenuh carik kat google image tp tak jumpa
panjang kan tajuk entry? tajuk entry merupakan nama penuh kejohanan silat yang CP sertai baru-baru ini, yang bertempat berlangsung seperti masa dan tempat berikut:
tarikh: 15 - 20 September 2013
Tempat: Dataran Pahlawan Melaka Megamall
kejohanan ini disertai oleh 48 pasukan, 35 IPT tempatan dan 13 pasukan antarabangsa...
kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
dengan kerjasama
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)
okei , ops ! hahahaha ~cukup sampai di situ ulasan ala-ala skema gitu kan...nih la kejohanan yang CP janji nak update hari tuh, dalam kejohanan ini lah juga CP berpeluang untuk merasa mewakili Malaysia, pengalaman yang cukup berharga buat CP, belum tentu CP dapat merasa lagi selepas ini sebab CP rasa selepas ini CP nak kurangkan aktiviti bersilat nih atau maksud lainnya kurang aktif...
kalau ikut perkiraan CP, tahun depan CP akan berpraktikum sebagai guru sekolah **nevess!!**
bermula dari bulan 9 CP akan berpraktikum dan selalunya kejohanan silat akan berlangsung atas daripada bulan 9.. **nampak tak permainannya**