Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, 14 August 2015

Rahsia Kulit Menawan #produk review 1



heyyo ebeli wan,


**bahasa alien**


Hari ni, CP nak update pasal produk yang CP pakai, memang bagi perubahan yang sangat besar kat kulit CP, walaupun kulit CP takde lah berubah 100% ala-ala model tapi CP berpuas hati sekurang-kurang nya CP dah berjaya men 'nyah' kan jerawat tegar yang bertepek kat muka CP nih....
CP ada sediakan gambar sebelum dan selepas CP, taraaaa !






Gambar sebelum tu masa umur CP 18 atau 19 tahun kot tak salah, gambar selepas masa umur CP 23 tahun, tahun lepas punya gambo la tu kira..




Dua-dua gambar, tanpa sebarang tepek mekap, gambar juga bukan gambar filter, juga bukan kamera OPPO, henset OPPO pun CP tak kenai masa ni....Gambar sebelum tu lagi la hasil kamera diselar atau nama glamournya Camera DSLR




Macam CP cakap lah, jerawat hilang tapi parut CP masih lagi carik the best solution for it....




Taknak cerita panjang sebab ni pun CP duk tumpang data fon je ni, CP guna dua produk wajib dalam rutin harian CP....



**Shaklee

**True White Ex ZA



Untuk Shaklee, CP consume Vit C Shaklee dan Alfalfa...


vitamin C Shaklee

Alfalfa Shakle



Dulu CP diperkenalkan dengan produk nih oleh salah seorang kawan blogger CP, Rosmiza Ali, dia CP mintak dia sarankan CP untuk produk alergi, dia sarankan CP consume,

**Vit C
**Alfalfa
**Vit B



Tapi CP berhenti consume vit B sebab vit B boleh menaikkan berat badan, ni tak tipu, kalau jenis duduk jer tak workout banyak, CP nasihatkan tak perlu vit B



then, pencuci muka dan krim pun CP tukar, sebelum nih CP bergantung kat pencuci muka Safi jugak, then CP tukar ngan Set Produk True White Ex ZA,




Bagi CP mahal produk ni, hahaha~ Tapi sebab berbaloi CP pakai jugak, gambar kat atas, semua CP beli kecuali 

**True Emulsion
**Day Protector


Untuk base mekap, mean nak tepek krim sebelum keluar berjalan, CP pakai "True White Perfect Protector"

True White Perfect Protector

Selain tu CP punya extra step untuk membaik pulih kulit CP, CP berhenti pakai any of foundation, BB Cream, compact powder...bila CP keluar berjalan, CP hanya bergantung dengan "True White Perfect Protector" ni jer....then CP pakai lip tint, hahaha~


Produk ZA ni pulak diperkenalkan oleh seorang Doktor, asalnya CP demam, pergi klinik swasta kat Tanjung Malim, then Doktor tu tengok muka CP dah tak macam muka orang agaknya, penuh jerawat, dia syorkan CP guna produk ZA nih....


Tapi3, CP cuma sesuai dengan produk ZA yang bekas putih ni jer, yang bekas pink seperti gambar di bawah tak sesuai dengan CP, CP dah pernah cuba...





Sekarang CP tengah usha produk "Chriszen Moistcake", CP ada tengok kawan CP pakai, memang tahan lama then tak bercapuk muka....so apa komen korang dengan produk "Chriszen Moistcake" ni ?



Done Review, papepun, apa pun jenis produk kita pakai, bergantung pada kesesuian kulit jugak, then kena la selalu ingat, kecantikan, kebaikan, rezeki, nikmat datang dengan izin ALLAH SWT k, macam mana berkesan pun sesuatu produk, takkan jadi kalau tanpa izin DIA....


One more thing, disiplin tu sangat penting kalau nak consume mana-mana produk okei, jangan tiru CP, CP ni antara orang tak disiplin, pakai krim malam pun kejap pakai kejap tak....Beli krim siang pun, asyik tak pakai, bila dah naik sebiji jerawat baru kelam kabut pakai konsisten sikit pastu datang balik penyakit malas...


Okei tu je coretan si Cweetpinky yang hina dina lagi gedikS nih, hahaha!


Adios !



***

Psst : Nanti CP nak kongsi lagi gambar sebelum dan selepas, CEKIDOUT ! Masih lagi tercari-cari produk untuk parut, petang ni CP drive family ke Bangi (rumah abang) then gerak ke KLIA 1, abang dan isteri akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji, doakan perjalanan CP dan keluarga selamat pergi dan kembali, begitu juga abang CP....in shaa ALLAH, Amin~





Monday, 3 August 2015

hikmah berpoligami


Usai saja balik dari tempat berniaga malam tadi, CP ingat nak update blog kejap tapi tak kesampaian bila mata nih mintak sangat untuk direhatkan. Sepatutnya boleh je CP nak hupdate tapi tangan ni gatai sangat nak main game dulu, selesai main game mengantuk la jawabnya. 

Pagi ni tengah CP mencuci pinggan, menyapu rumah, CP terpikir nak update pasal sesuatu. Apa yang CP nak hupdate nih bukanlah pasal faedah berpoligami ke apa, CP pun taknak lah bersangka buruk dengan poligami nih sebab ia sesuatu yang dihalalkan oleh ALLAH SWT tapi dalam halalnya ada syarat yang ketat jugak. CP pun kurang arif dengan syarat-syaratnya.

Kebanyakan perempuan mesti alergik dengar perkataan POLIGAMI nih, hehe....

Tapi bagi lelaki mesti satu perkataan yang PANAS atau HOT untuk dibicarakan....

Tujuan entry ini bukan untuk membincangkan kebaikan atau keburukan berpoligami, setiap perkara memang ada pro dan kontranya termasuklah poligami nih bagi CP bergantung pada individu yang mengamalkannya.

Tujuan entry ni nak throwback balik perbualan abang-abang masa masa raya hari tuh. Abang-abang CP semuanya dah bergelar suami orang. Salah seorang abang CP pernah berkahwin, bercerai dan berkahwin semula. Perkahwinan pertama gagal tapi ada 3 orang anak dengan isteri pertama. Kahwin kali kedua alhamdulillah kekal lah buat masa ni dan CP doakan semoga kekal sehingga akhir hayat lah.

Perkahwinan pertama abang nih berpunca pada isteri pertama dia yang ber ' kekasih gelap'. Mula-mula abang bertahan, lama-lama abang ambik keputusan untuk ceraikan. Lama jugak abang membujang, lepas tu baru jumpa pengganti. Alhamdulillah, isteri abang yang baru nih lebih baik malah akak ipar yang baru ni rupanya bekas classmate abang masa sekolah dulu. Dengar-dengarnya dari waktu sekolah lagi dia dah menaruh perasaan kat abang. 'Macam drama lak....'


Salah seorang abang yang lain lak, mak gelarkan isteri paling pemalas. Abang CP yang itu pun selalu perli-perli isteri dia kalau kat kampung, hahahahaha....


Kalau bagi CP, nak kata pemalas sangat pun tidak, nak kata rajin pun tidak. Kadang-kadang ada jugak tolong buat kerja rumah macam masak tuh. Isteri abang yang ni selalu jugak tolong bakar sate untuk tempahan raya masa raya pertama. 

Masa perbualan tu kakak ipar yang digelar 'pemalas' tu ada sekali. Memang geli hati laaaa dengar diorang berborak.


Mulanya bila mak sentuh tentang isteri baru abang, sebab isteri baru abang pernah suarakan kalau abang nak anak, dia benarkan abang kahwin lagi. Lepas tu mak kata lah, bila mana tak ada anaknya, kan dengan isteri pertama dulu 3 orang anaknya. Lelaki nih jangan disuruh kahwin lagi, kalau tak disuruh pun nak apatah lagi disuruh. Abang menyengih je macam kerang busuk.

Pastu CP pulak kata, kalau nak tambah lagi carik isteri yang dah kukuh kewangan baru tak susah sangat. boleh dia bantu dari segi kewangan. Then CP ketawa. Niat CP bukan untuk menyokong niat nak kahwin lagi tuh saja menambah perisa dalam perbualan.


Mak pulak cakap berdasarkan pengalaman kawan dia, mak ada kawan ni suaminya poligami jugak, suami dia kahwin sebab isteri dia taknak buat kerja rumah, isteri kedua pulak rajin buat kerja-kerja rumah. Kawan mak ni pulak dah dapat madu ni jadi big boss pulak mengarah-ngarah isteri kedua.

Dengar je 'statement' mak yang tu, abang CP yang lagi satu pulak bersuara. Haaaa, yang tu kena carik lagi tu, yang pertama taknak buat kerja, yang kedua carik yang rajin, yang ketiga carik yang kaya....hahahahaha...sambil dia cakap tuh, dia menjeling-jeling bininya. Herot-herot muka kakak ipar masa tuh.....hahahahaha....

CP ketawa, angguk-angguk je kepala tanda setuju.....


tapi kesimpulannya, perbualan tuh sekadar bualan kosong antara keluarga jeee. Abang CP masing-masing kata taknak pun poligami nih sebab tak mampu terutamanya dari segi kewangan dan lain-lain. Yang sorang pun susah nak jaga, apatah lagi kalau nak tambah lagi.


Macam mana pun, CP pun tak dapat teka isi hati sebenar abang-abang CP. Hanya tuhan yang tahu...Wallahu alam....



psst: sementara CP boleh on9 nih ingatnya nak sambung balik blog review yang tergendala...

Sunday, 2 August 2015

i'm here again


apa khabar pada semua? now i'm here again selepas berkurun mendiamkan diri tanpa sebarang coretan, for your information, CP sebenarnya tak berapa nak ada mood nak hupdate blog nih, entahlah, mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diberi perhatian untuk menghabiskan pengajian di UPSI


sekarang nih CP dah bebas daripada 'penjara CINTA' untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan pendidikan di UPSI

result untuk pengajian selama 4 tahun ni pun CP dah dapat, bagi CP result untuk 4 tahun nih sangat hambar dan agak mengusik jiwa, timbul juga perasaan kesal kerana lambat sedar untuk tekun dalam pengajian dan tak letakkan matlamat yang jelas sepanjang CP bergelar mahasiswi...


seronok dan agak cemburu tengok sahabat yang berjaya mem 'biasiswa' kan pinjaman PTPTN diorang, tahniah...

walau bagaimanapun life must be go on..mungkin bukan di sini rezeki CP, in shaa ALLAH, pasti ada rezeki yang lebih baik di bumi ALLAH SWT yang luas nih..selesai pengajian, biasalah, misi memburu pekerjaan, tapi CP masih belum mula lagi mencari kerja, CP bercadang nak bantu mak berniaga sambil nak tolong jaga anak buah kat rumah nih..

anak buah nih, anak kepada arwah kakak CP, ada 4 orang kesemuanya, CP pernah ceritakan dalam blog CP nih, entry yang mana 1 CP dah tak ingat, mak ngan abah dah tua sangat nak jaga budak-budak nih, nakal pulak tu, yelah, biasalah budak-budak kan..

sambil tu CP ingat nak belajar sikit selok-belok mak berniaga tuh, ada cita-cita nak meniaga, sunnah kan ??

besar cita-cita, harapnya dipermudahkan, walau bagaimanapun, CP jugak harap jalan CP untuk menjadi seorang guru turut dipermudahkan, amin.....

in shaa ALLAH

Friday, 9 May 2014

opah, hanya tinggal kenangan....

warahmatullah...
lama dah kan CP tak menjenguk blog nih, huhuhu ~

1st sekali CP nak mintak maaf la, sebabnya CP tak ade mood nak bukak blog nih, tah ke mana hilang mood nak berblogging nih, nak taip pun takde idea padahal baru kejap tadi berbondong2 idea datang menjengah ke hotak ni, (dalam bahasa kasarnya)

selama nih CP dah lama tak menceritakan perkembangan hidup CP nih, then tetibe hari nih keluar tajuk

"opah, hanya tinggal kenangan"

untuk pengetahuan sahabat-sahabat CP di blog nih, opah CP dah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 minggu lepas tak salah CP iaitu pada hari RABU, 23 APRIL 2014, jam 3.30 pagi...

CP pun tak tahu apa perasaan CP masa mak CP call subuh tuh (belum masuk waktu Subuh), sampai la ke waktu matahari dah nak mula tegak CP masih lagi mengharap itu semua mimpi....


mesti yang baca nih tertanya-tanya punca kematian opah kan ? 


opah mengalami strok seluruh badan, dalam pada masa yang sama ada penyakit buah pinggang yang dah agak kritikal (menurut apa yang doktor bagitahu)

dan pada anggapan CP, ade lagi sebab musabab lain yang menyebabkan opah akhirnya meninggalkan kami, tapi tak perlu la CP sentuh kat sini, jauh dalam sudut hati kecil CP nih, CP masih lagi terkilan dengan pemergian nih, sedangkan dah masuk 3 minggu dah kalaw tak silap CP opah meninggalkan dunia nih....

lumrah, CP pun tak sanggup tengok opah menderita lama-lama terbaring atas katil tuh, tapi......


takpelah, bialah CP simpan jer perasaan CP yang tak terluah nih, bukan CP kecewa dengan ketentuan ALLAH SWT, CP kecewa dengan sikap beberapa insan yang tertentu semasa opah masih hidup.....


mungkin nih memang dugaan, nak salahkan orang pun, CP pun apa kurangnya.......sama jer...

tinggalnya sekarang, reda ajela....kan, semoga roh opah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, harap opah dijauhkan dari azab ALLAH SWT....

amin.....


tak perlu sebenarnya kita nak terlalu meratapi kematian seseorang, sebab kita juga bakal menyusul, kita menangisi pemergian orang lain, sedangkan dosa kita yang bertimbun nih perlu ditangisi terlebih dahulu, apa yang tinggal, apa yang kita mampu, hanyalah doa, menangis tak memberi manfaat apa-apa pun....

sentiasa merindui opah....



al-Fatihah...



last sekali, CP nak ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat-sahabat blog CP yang sudi berkunjung ke blog nih walaupun CP dah lama mneyepi, in shaa ALLAH, CP nak aktif semula....rindu jugak nak berblogging, berkunjung blog sahabat-sahabat blog CP nih, entah apa khabar berita....

semoga bertemu di entry seterusnya....


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH





Friday, 15 November 2013

result UPSR



haloooo...bertemu kita di entry hari jumaat...

semalam (14/11/13) kecoh pasal keputusan UPSR....siapa kat sini, adik, abang, kakak, anak buah ataupun mana-mana saudara mara yang lain terlibat dengan keputusan UPSR semalam ???


kebetulan, salah seorang anak buah kesayangan CP, AMIR DANIAL (kesayangan walaupun budak nih nauzubillah nakalnya) hanya beroleh 3A2B


bagi CP , CP berpuas hati dengan result anak buah CP nih....pemalasnya budak nih tak tergambar dari kata-kata, kalau suruh belajar tuh......liat susah nak kata....

CP sangat risau dengan performance dan CP langsung taknak menjangka apa-apa ataupun mengharap apa-apa, apa yang CP harap, result dia tak teruk, itu jer.....

alhamdulillah, si amir nih berjaya dapat 3A2B.....bagi budak 'perajin' macam dia nih, bagi CP tuh keputusan yang superb jugak la...

CP dulu pun 2B je walaupun CP nih kategori rajin...orang kata rezeki kan....rajin tapi kuat berangan, hahahaha !!


papeun CP nak ucap tahniah kepada mereka-mereka yang amik keputusan semalam, walau apa jua keputusan, banyak A ke sikit A ker takde A ker.....jangan lupa untuk bersyukur....kalau banyak A...jangan terlalu gembira sebab pejalanan adik-adik masih jauh, tersangat jauh lagi....

bagi yang kurang berjaya, jangan terlalu sedih atau kecewa, masih banyak lagi peluang....peluang masih lagi luas....kelebihan setiap orang/manusia itu berbeza.....masih belum terlambat untuk kita cungkil dan selidik bakat kita yang sebenar....

matlamat kita yang sebenar, untuk berjaya, berjaya belajar dengan ikhlas, berjaya untuk jadi orang yang berilmu, berjaya mendapatkan ilmu yang permanent, bukan takat ilmu untuk jawab exam sahaja, harap adik-adik faham dengan pernyatan nih....

bukan semua orang berbakat dari segi akademik.....

itu hakikatnya....untuk berjaya bukan atas peperiksaan besar semata-mata....berjaya dalam hidup bukan ditentukan dengan A dalam keputusan peperiksaan awam...

walau apa pun, macam biasa, CP nak ingatkan.....dapatkan ilmu untuk kita jadi manusia yang berguna dan menyenangkan diri dan orang lain kelak....apa yang paling penting....kita berjaya untuk jadi manusia...jangan setakat pandai di atas kertas sahaja....

~berjaya dunia dan akhirat...in shaa ALLAH~





Thursday, 17 October 2013

raya yang dulu bukan lah yang sekarang

hai3....masih ada lagi yang beraya ke?? so, CP ucap Selamat Hari Raya Haji a.k.a Aidil Adha, sekarang CP dah ada semula kat UPSI, kejap je kan CP beraya, jujurnya, CP tak rasa langsung kemeriahan raya, apatah lagi raya haji kali nih orang beraraan pun takde
beraraan???

beraraan nih merupakan nama lain bagi rombongan yang dilakukan selepas solat raya, rombongan ini akan berarak dari rumah ke rumah untuk beraya beramai-ramai...
clear ??


rasanya dah boleh faham nih..


so, lauk banyak berlebihan la, memandangkan rumah CP kalau tak ada geng beraraan tuh, memang tak ada la orang datang, memang tak ada orang lain dah....family pun ramai tak balik, sedih kan??
CP dapat rasa kemeriahan raya CP makin lama makin tak meriah, mungkin ke sebab umur CP yang meningkat, huhuhuhu ~


so, masa hari raya haji hari tuh (15.10.2013), CP mencari inisiatif lain untuk menghiburkan hati, CP ajak adik perempuan **anyah** CP berjalan-jalan tanpa arah tujuan, ahahaha ~ saja nak drive hiburkan hati, at last adik CP ajak pergi secret recipe kat Tanjung Malim, CP just...."okay, set !!"


lepak kat Tanjung Malim sampai kul7 malam, sebelum lepak tuh mak telefon tanya,


"ada kat mana?"


cuak jugak bile mak telefon, memang tak cakap nak pergi sampai Secret Recipe nih...janji tadi area kampung jer....


takut kena bebel.....


tapi, jadi sebaliknya....


"balik nanti, belikan puding yerr, nak masukkan dalam koktel, haaaaa....belikan spender abang alang **panggilan untuk adik CP yang nombor 3** sekali..."


okei, bab beli puding a.k.a cumi **tatau nak explaian macam mana tapi selalunya CP panggil benda alah tuh cumi atau puding jerrr** boleh tahan lagi...tapi bab spender tuh......aiyak....macam mana nak beli maaaa.....ahahahaha


"mak, takkan nak beli spender lelaki lak, malu aaaaaa....."


"nak malu apanya, beli aja la....bukan mak suruh bogel pun....."


"errrr...."


anyah **adik perempuan CP yang ikut berjoli ke Secret Recipe** : "beli aje la yong....."


perbincangan nih berlaku masa kitorang masih lagi di dalam kereta, tak sempat lagi nak masuk ke dalam Secret Recipe so, kitorang angkat telefon loudspeaker....dalam Secret Recipe loudspeaker....mampuih lerr malu yob oiiii, ahahaha !


malam tuh sampai rumah nak dekat pukul9 la jugak.....


okei, cerita di atas merupakan cara yang pertama CP menghiburkan hati di kala cuti nih, cara yang kedua **baru jer berlaku semalam (16.10.2013)** 


CP ajak mak, anyah, abang alang, opah kerr hotspring....ehehehe, tambang masuk, CP settle semua....sampai situ dah lewat dah, kira dah tengah hari baru kitorang sampai kat hotspring, panas woooo...jadik...kitorang mandi kolam air sejuk dulu....



kolam air sejuk **sumber Google


aktiviti kedua, kitorang rebus telur untuk makan, 12 biji semuanya yang direbus habis lebuh kesemuanya dimakan oleh 4 orang...rakus betul....


tempat rebus telur, **sumber Google


lepas makan telur, baru kitorang pergi berendam ke kolam air panas, tak lama pun rendamnya, tak sampai 30minit, bukan tak tahan panas, sebenarnya kitorang kejar masa, petang kejap lagi, CP dan anyah nak bertolak balik ke U masing-masing...


CP tak jauh, UPSI jerr, si anyah tuh la, nak balik ker UTM, Cheras...


tak sampai kul4, kitorang dah bersiap-siap nak balik ker rumah....huhuhu~ owh, lupe nak bagitahu, harga tiket masuk ke SG.KLAH HOTSPRINGS PARK tuh berharga RM12 bagi yang dewasa...kanak-kanak, CP tak ingat la...ehehehe~


CP tak banyak tangkap gambar sebab tuh gambar-gambar di atas banyak bersumberkan Google sahaja
nih sahaja gambar yang CP cnap masa hari kejadian.....


anyah, opah dan abang alang





abang alang dan anyah





mak di kolam air panas besar




opsss !! gambar CP takde, CP pun tak perasan, dah balik rumah baru CP perasan CP tak cnap gambar langsung, takpe lah, cnap lain kali je....





Friday, 27 September 2013

wanita hebat



halooo , lama rasanya CP menyepi kan ?? ahahaha !! biasala , busy campur malas menguasai diri , nak hupdate entry nih pun lama CP nak ambil mood ....

nak dijadikan cerita , kebizian *atau nama ringkasnya SIBUK* yang melanda diri ini disebabkan oleh latihan pusat bersama team MALAYSIA kategori IPT untuk game PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN ANTARABANGSA YANG KE-4 

pasal nih CP akan cerita kat entry seterusnya , nih intro sahaja , hehehe ~ takde kena mengena dengan tajuk di atas


idea nak buat entry nih timbul lepas CP terbacakan post sahabat CP di FACEBOOK tentang kekaguman beliau terhadap seorang wanita dan kebetulan CP juga turut mengenali wanita yang diceritakan


tiba-tiba muncul persoalan di benak CP bila melihat keterujaan beliau berkenaan wanita tersebut , bukan CP menafikan kehebatan wanita itu , wanita itu memang hebat tetapi CP tidak terlalu teruja sepertimana sahabat CP itu sebab .....


CP dah pernah jumpa wanita terhebat dalam hidup CP sebelum CP mengenali wanita itu , CP dah pernah jumpa wanita yang tak pernah kenal erti penat dan lelah bagi menjaga orang disekelilingnya

wanita ini tidak pernah berhenti walaupun kudratnya sudah sampai ke penghujungnya , wanita ini jarang marah walaupun dikhianati , wanita ini penyabar walaupun disakiti ...


kudratnya kalah seorang lelaki , tabahnya takkan pernah tergambar oleh sesiapa pun ...


wanita itu adalah MAK ...


CP sangat mengagumi mak , mungkin kekuatan mak datang dari kehidupan masa mudanya yang susah , wanita yang diceritakan oleh sahabat CP itu hebat tapi tidak sehebat MAK , bagi CP mak antara mak yang terhebat dan jarang seorang MAK sehebat ini ...


mak akan menggunakan kudratnya sehingga melepasi batasan sepatutnya , mak cuma berhenti hanya bila sakit yang tidak mengizinkan nya bangun ...

mak tetap bekerja walaupun kakinya terhencot-hencot ....

"untuk anak-anak mak"

ayat yang terngiang-ngiang dalam kepala CP

bangun seawal pagi , tidur selewat-lewatnya , sayu mendengarkan suara mak yang kepenatan , sayu bile mendengarkan suara mak yang kesakitan ...

hati ini terdetik ...


bila agaknya wanita hebat ini dapat merasa kesenangan ???


mak dari dulu sampai sekarang hidupnya berkorban dan berkorban , tak pernah merasa hidup mewah walaupun sedikit , tak pernah merasa rumah yang selesa , 

rumah hanya sebuah bilik sahaja , mak sanggup tidur di ruang tamu demi anak-anak perempuannya dapat tidur di dalam bilik , hanya tidur di atas alas yang nipis demi anaknya tidur di atas tilam yang empuk ..


mak wanita hebat ....

mak seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang janda muda yang telah kehilangan suami 

mereka berdua wanita yang hebat...

terpaksa menyara hidup seperti seorang lelaki bekerja di ladang estet , menetap di sebuah pondok kecil yang dibina sendiri di dalam hutan jauh daripada jiran laen , kehidupan kais pagi makan pagi kais petang makan petang , 

bila mak meningkat remaja , mak dengan opah dapat rumah yang disediakan oleh syarikat estet , tapi mereka berdua seorang yang hebat , berbekalkan duit yang telah dikumpul dan disimpan , opah dapat membeli sebidang tanah yang tidak sampai 4 ekar luasnya , dengan berbekalkan basikal , opah dengan mak mengangkut sendiri kayu dan papan satu demi satu untuk membina rumah di atas tanah itu , setiap hari , tanpa bantuan orang lain , akhirnya terbina sebuah rumah hasil dari kudrat 2 orang wanita hebat ini , bagi menambahkan pendapatan di samping bekerja di estet , mak dengan opah berniaga kuih muih setiap pagi ...


kehebatan 2 wanita ini berterusan , sehinggalah mak dikahwini oleh abah , seorang peneroka FELDA 20 tahun lebih tua daripada mak yang juga seorang duda beranak 8 

sekali lagi mak diuji apabila kehadiran mak pada awalnya kurang disenangi lebih-lebih lagi mak hampir sebaya dengan anak pertama dan kedua abah , hanya berbeza setahun

mak masih gigih sehingga hari ini mencari rezeki , pelbagai cubaan dan dugaan mak tempuhi , CP masih ingat lagi tatkala mak terkena buatan orang , mak hampir kehilangan nyawa disebabkan hal itu , tapi mak sabar ...


mak tak pernah nak menyimpan dendam ..

kalau nak diceritakan kehebatan mak , memang takkan habis , dan satu entry tak cukup , MAK memang wanita hebat ..

***menitis air mata CP masa menulis entry ni , baru je tadi mak datang ke kolej kediaman nih jumpa CP , bawakkan beras dengan telur untuk bekalan kat sini , sayu tgk muke mak yang cengkung , jelas kelihatan muka kepenatan tapi tetap sanggup drive datang jumpa CP , huhuhuhu ~

***setelah 22tahun baru CP menyedari pengorbanan mak , hati bertambah sebak bila memikirkan sikap CP selama nih yang acuh tidak acuh dengan mak , tergamak mengutamakan kawan dari mak , tergamak mengutamakan kekasih dari mak , tergamak kurang ajar dengan mak , tergamak menepis tangan mak ... tergamak buat mak menangis ....

***CP nak bahagiakan mak ... tapi tak tahu macam mana carenya ..... CP nak mak cepat-cepat rase senang ..... tak perlu rase susah lagi , tak perlu susah-susah berniaga lagi , mak dah tua , kudrat mak dah tak banyak , CP tahu , mak cuma tinggal berpura-pura kuat jer ........

***sayang mak selamanya , selamanya dan selamanya .....

mak tak pasan CP cnap , ehe ...



Sunday, 8 September 2013

cweet 22



haloooo3 !!! CP nak memberitahu dunia bahawa CP dah mencecah 22 tahun secara rasminya padaaa...


04 SEPTEMBER 2013

tapi takde ape2 yang istimewa pown bfdy CP nih , macam biasa la , orang wish kan , tak kurang jugak ade kawan yang tak hengat bfday CP nih 

**tapi nak marah pown tak boleh kalaw dorang tak hengat , macam la CP nih tak pernah lupe bfdy dowang , kan3 ??? **


hadiah ??? takde sape2 bagi hadiah , tapi hadiah tuh tak penting , yang penting doa kawan2 tiap kali wish bfday CP

antara doa2 yang biasa kiter tengok bile orang wish bfday :

- semoga dirahmati
-semoga panjang umur
-semoga diberkati
-semoga dipertingkatkan iman 
-dan bla bla bla a.ka. sebagainya


ade orang akan rasa hari lahir nya kurang meriah tanpa hadiah dari sahabat handai mahupun keluarga , apa kata kalaw kita lihat menikmati hari lahir kita dari sudut berbeza , kurangkan sifat materialistik dari dalam diri dengan mengharapkan hadiah dari orang tapi kiter lebih hargai doa2 yang diselitkan pada setiap ucapan yang diberikan

sebenarnya , doa2 itu lebih berharga dan bermakna ...


apa yang CP tulis nih untuk peringatan diri sendiri jugak , yelarrr , tipularr kalaw CP nih takde perasaan terkilan bile hari lahir CP sepi tanpa sebarang hadiah ...

tapi bile direnungkan sedalamnya ... ada benda yang lebih berharga dari hadiah kebendaan ...

kan ??


hehehehe ~~


lame CP tak hupdate , boleh dikatakan beberapa hari jugak larr , ker dah nak masuk seminggu CP menyepi , sekarang nih CP dah start busy training untuk menghadapi game yang lebih besar ... huhuhuhu ~


okeila , dah lewat dah nih , patutnya CP kena tidur dah , esok pagi nak nak training jam6 pagi , haish ! CP nih , carik pasal betul la , okei3 , CP nak stop berceloteh ...

daaaa....


adios !!

Monday, 25 March 2013

hari ini dalam sejarah...




halooo3 , CP nak cerita nih , hari sabtu hari tuh bersamaan dengan 23 mac 2013 , buat pertama kalinya CP buat keje giler dengan seseorang ....


OVERNIGHT !


Kate nyer ...... (buat ala2 gaya azwan ALI :P )


tapi nih memang keje giler sebab tak tidur langsung !


kronologi overnight tersebut .......


7.00 - 8.00 malam - AMPANG POINT , aktiviti maen STAR RIDER , beli belah...

8.30 - 9 something (tak ingat) - makan kat CHOP AND STEAK , kampung baru

10.00 - 2.30 - kareoke , tengok orang maen bowling (nak maen tapi nak save budget , tett !!) , tgk wayang (filem JACK AND THE GIANT SLAYER)

2.30 - 3.30 - jalan2 kat uptown DANAU KOTA

3.30 - 5.30 - menghabiskan mase kat kedai mamak (nak tahan tidur punye pasal..)

5.30 - 7.30 pagi - gerak ke PUDU , lepak2 dan tertidur kat kerusi menunggu , naek bas balek tg. malim...


dengan siapa CP keluar ??? rahsia ... tapi CP pernah cerita gerangan orang tersebut dalam blog nih :D

hadios ~


p/s : hepi plus sedey ..




Friday, 22 March 2013

result SPM tergendala





halooo3 ~ kerap sikit la CP hupdate kali nih , hehehe , tiba2 datang semangat nak hupdate kan , rindu jugak ngan blog nih , rindu dengan pengunjung blog , ececece ~


pasal result adek CP tuh , dah taw dah keputusannya , tapi tataw detail sebab adek CP tak dapat lagik slip result disebabkan ada hutang ngan pihak sekolah 


heran lak CP , acano bole tak langsai hutang lak nih , tuh la jenis adek CP tuh , jenis suker senyap jer , bantainye mak bawak adek CP tuh pergi amek result , dye bawak duet cukup2 makan jer , alamatnya tak berbayar la 

adek CP tuh dah taw pasal hutang tuh tapi dok buat senyap jer , hehehehe , agak paham tak ape yang CP tulis , dah macam bunyi utara pown ade kan ?? 

gaya guru bitara gituh , hahahaha !



hahahahha ~

buat mase nih , info yang CP taw pasal result adek CP tuh 5A dari sembilan subjek , yang laen nak tunggu slip dulu , kla hadios !!


notaKAKI : esok kemungkinan CP akan ker pahang jugak untuk training ujung minggu , hahahaha , akhirnya , terpaksa pergi jugak , dah tak boleh nak ngelat , sebenarnya CP dah down nak meneruskan perjuangan dalam silat nih , stamina dah lari pecut meninggalkan CP , maksud CP stamina takde la , adoi , hehehe ~


Thursday, 21 March 2013

result SPM , kecewa atau sebaliknya?

muker , err , orang utan , hahaha
halooo :D 
akhirnya CP hupdate lagik , memandangkan hari nih merupakan hari yang ditunggu2 oleh mereka2 yang digelar calon2 SPM 2012 kan ??


adek CP salah seorangnya , CP sangat risau sebenarnya , CP takde pown telefon adek lelaki CP tuh untuk ucap gud luck *ape punyer kakak la nih* CP sangat segan nak wish , hahahahaha ~

sebab tak biasa tunjuk caring ngan adek lelaki nih , hehehehe ~


so CP mendoakan dari jauh jer 


even adek CP nih memang dikenali sebagai budak pandai , bijak , cerdik , genius , eyh ! genius tak kowt , yang genius , akak dye nih , hehehehe ~ *perasan !*


adek CP nih sebenarnya jenis yang kiter takley nak jangka , adakala nya bagus , adakala nya , cukup2 makan , ikut dye la ...


so , CP agak risau ngan adek CP yang nih , adek CP nih plak laen perangainya dari adek CP yang nombor 2 *adek perempuan , sekarang nih dah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kat UTM Cheras*


adek CP yang nih kalaw down , dye semacam siket , hehehehe ~ jenis yang terlalu ikut perasaan jugak la , tapi takde la sampai tahap nak bunuh diri ke hape kan 


just tak sanggup la nak tengok adek CP kecewa , result CP tah hape2 takpe , tapi jangan result adek CP :P tett !!


tuh jela nak cerita ..


so kepada calon2 laen , be strong keyh , pape pown , semua adalah kehendak ALLAH swt , CP pown pernah merasai SPM keyh :P


jangan luper , setiap apa yang terjadi tuh ade hikmahnya , kalaw tak berjaya , tak semestinya dunia berakhir , dan kalaw berjaya , jangan luper diri , SPM tuh penilaian atas kertas jer dik , belum tentu menjamin kita pandai untuk hidup , berjaya dalam exam belum tentu berjaya dalam hidup ..


ramai yang pandai tapi belum tentu berakal !


jadi , apa yang kiter kejar bukan pandai jer , tapi untuk jadik manusia yang berakal ~ 
sekian terima kasih , sedikit motivasi pada hari ini , hehehehe~