haloo...kali nih boleh tak CP post pasal jiwang sikit?? jiwang ker ?? boleh larrr...
baru-baru nih CP bergaduh dengan si dia....why ha ?? sebab CP geram, CP geram sangat....CP bukan geram sebab dia busy tapi CP geram dengan pemikiran negatif dia...
okay, situasi sekarang nih, dia yang busy......dia jarang mesej, dia jarang call, CP yang selama nih yang banyak call, mesej dia....jarang sangat reply, jarang sangat angkat....jadi CP fed up...
sekarang nih, CP tak call, tak mesej....CP nak tunggu dia mesej, call dlu......
lama-lama dia mesej CP,
dia: awak....
CP: yep....
dia: rindu tak...?
CP: hm....
dia: tak rindu la tuh....
CP: selama nih saya call ngan mesej awak sebab apa awak rasa? saya call tak angkat, saya mesej tak reply, saya jugak yang tak rindu, suka hati la awak nak fikir apa...
dia: oke
CP: oke....
lama tak reply.......then....
dia: do u want me??
yes !!! exactly the same question bila dia mesej CP, kalau CP reply pun nih, mesti dia tak reply dah pastuh...malas layan! eergh !!
kenapa CP geram sangat ?? yela.....dah lah jarang mesej.....kalau mesej..soalan, memang takde soalan lain...
'watpe?'
'rindu tak?'
'do u want me?'
lepas tuh confirm....tak reply dah...
setiap kali mesej soalan yang sama....CP dah naik bosan! paling lain pun soalan dia....
'bila nak date?'
okei , bila mesej pasal date, panjang sikit la mesejnya.....tuh pun semata-mata nak tentukan tarikh ngan tempat.....
CP tak salahkan , CP tak kisah pun kalau dia busy, itu hidup dia...yang CP geram....CP yang kena....
'awak bukan rindu kat saya'
'awak bukan sayang kat saya'
'awak tak sayang saya'
CP punya la ye2 suka kat dia....call, mesej.....call berkali-kali walaupun tak angkat, tanpa sebarang mesej penjelasan kenapa tak angkat......tapi sentiasa fikir positif je pasal dia...dia busy nih...
tapi alih2 kalau dia mesej.....
'awak rindu saya tak?'
kalau CP cakap rindu...
'yeke rindu....??'
macam meragui jerrr.....
bukan sekali dua, dah banyak kali, lama-lama geram jugak la....sekali, hari tuh, CP terus terang la kat dia yang CP geram pasal nih....alih-alih...sampai sekarang nih laaaa.......CP mesej kat fon, mesej kat facebook....tak reply dah...
merajuk la tuh...puih! i dont care! malas nak pujuk...never!
halooo , kali nih CP nak buat entry soal hati dan perasaan, tapi hati dan perasaan dengan sahabat, bukan dengan kekasih hati , hehehehe
keserabutan ini berlaku masa CP menyertai kejohanan silat baru-baru ini , kalau nak diceritakan al kisah nya , cerita nih cerita remeh dan childish !
nak dijadikan cerita, petang tuh CP ada tertengking salah seorang sahabat CP sebab mendesak update setiap game yang dah berlangsung walhal pada awalnya dia cuma mintak tolong CP pegang sekejap je borang perlawanan tuh , alih-alih bila dah pegang , suruh updatekan pulak , tuh la orang kata , dah bagi betis nak peha tapi CP ikutkan saje ,
CP memang tak mahir kerja-kerja macam tuh lambat la sikit CP nak menanda borang tuh , dua orang insan kat sebelah CP nih desak-desak ...
"cepatlah , cepatlah"
"nak tanda pun lambat ke"
serabut , serabut ... GRrrrr ...
CP ketuk meja ,
CP terus cakap ...
"aku dah kata aku tak boleh buat kerja macam nih tak faham-faham !!"
apa lagi , tergamam la dua orang insan tersebut
CP pun blah larrr dari tempat kejadian , nak menenangkan hati yang bengang , lama sikit CP menjauhkan diri , CP cuba berfikir rasional , tak patut CP menengking macam tuh tadi , CP tarik nafas dalam-dalam , CP pun datang semula kat dua orang insan tersebut untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tadi
CP ingat benda tuh selesai dekat situ , rupanya telahan CP salah sama sekali , malam tuh diadakan dinner di HATTEN HOTEL , DATARAN PAHLAWAN MELAKA sempena majlis penutupan game silat tersebut , salah seorang insan (cik A) yang CP tertengking siang tuh makan semeja dengan CP
atas meja tuh disediakan satu hidangan yang masih tertutup dan satu lagi hidangan gado-gado yang hanya dibalut dengan plastik jernih , disebabkan ketibaan VIP yang terlalu lama , kami-kami yang kelaparan nih membantai gado-gado terlebih dahulu , CP nih terlebih excited , memang nak rasa sangat **sebab 1st time nak makan benda alah tuh** la gado-gado tu.......
sedap !
then tengah CP rancak berbual dengan orang sebelah , kembar kepada cik A meminta CP menghulurkan sikit gado-gado kepada dia , CP tak dengar panggilan si kembar cik A terus berborak tak ingat dunia , tak lama lepas tuh , cik A mula bersuara dengan nada suara yang kasar ,
"tak dengar ker cik K mintak sikit , nak makan sorang jer"
CP terpinga la , 'kenapa lak perempuan nihh ? sawan ker ??'
CP pun renung la cik A nih ,
"sori tak dengar...."
cik A terus nak membebel ...
"bila orang tegur sikit jap lagik mula la nak cakap kuat , ha.... cakap la kuat lagik , cakap kuat ... cakap kuat2"
mase nih CP memang sentap tersantap la , nih macam nak carik gaduh , eee , budak kecik nih **untuk pengetahuan , cik A masih lagi berumur 18 tahun**
tangan CP pun terus cubit pinggang budak kecik tuh sekuat mungkin , GERAM ! then cik A nih nak balas balik la kononnya , CP rentap tangan dia .......
**naseb budak kecik , sabar CP sabar**
hilang selera makan CP , pantang CP orang carik gaduh depan rezeki nih ...
sampai sekarang CP tengok budak tuh nak masam muka lagik dengan CP , CP buat biasa jer , CP dah mintak maaf , bukan mudah nak mintak maaf , pasal benda yang jadik time dinner tuh CP tak rasa CP yang kena mintak maaf ...
think about it ....