Apa
hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan
memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak
tahu hukum. Hukumnya HARAM
kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang
disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh
aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa
yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada
tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami
sendiri."
(Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi
perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah
mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada
mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang
kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang
lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan
wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah. Sebab
itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban
itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban
belajar hukum mengenainya
itu adalah WAJIB.
“Islam itu MUDAH…”