Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Saturday, 12 October 2013

sayang seorang sahabat



sebenarnya hari nih (11.10.2013) CP dapat berita yang sangat mendukacitakan bila pada awal-awal pagi, CP dapat mesej dari salah seorang sahabat lelaki CP (Mr. J)...

'ieya, mak aku dah meninggal..'

CP tersentak ! biar betul.........

CP buntu seketika, apa yang patut CP cakap pada Mr. J nih, CP betul-betul tersentak, ujian apakah ini???


sahabat CP nih masih lagi berada dalam keadaan terluka, kini hatinya terluka lagi....mampu ker dia menanggungnya.....

boleh dikatakan, apa yang dilalui oleh Mr. J nih tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga, baru sebulan lepas dia mengadu pada CP, dia baru sahaja ditinggalkan oleh teman wanitanya (si A), teman wanita yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh....yang dia berikan sepenuh kepercayaan dan kasih sayang....


CP ingat lagi, sahabat CP nih sampai tak lalu makan, murung sejurus selepas teman wanitanya meminta untuk dilepaskan, Mr. J hanya merelakan jika itu yang terbaik, sebulan......dalam sebulan jugalah sahabat CP tuh merawat hatinya seorang diri tanpa siapa yang tahu....

tak lama lepas tuh, CP terfikir nak hubungi semula Mr. J nih, entah macam mana, dia terus luahkan apa yang telah jadi....CP terkejut.....terkejut sangat.......apatah lagi Mr. J beritahu CP hal ini selepas sebulan ia berlaku, CP agak ralat dan mempertikaikan kenapa CP lambat diberitahu berkenaan hal ini, Mr. J hanya memberikan alasan bahawa CP yang selama ini yang menghilangkan diri....

timbul beberapa persoalan dalam benak CP...

kenapa??kenapa si A sanggup buat macam nih.....bukan senang Mr. J nak bentuk perasaan sayang dia pada si A, tapi bila dah sayang....macam nih si A buat...CP kesal...sangat kesal.......


andai si A nih tahu, apa yang berlaku untuk merealiasasikan hubungan dia dan Mr. J, pasti dia menyesal meninggalkan sahabat CP nih, seriously......terkadang CP berasa menyesal lak dulu beria-ia nakkan sahabat CP nih terus bersama si A sedangkan perasaan sahabat CP nih pada CP bukan si A.....


CP buat macam tuh supaya si A dapat hilangkan perasaan sedihnya pada masa tuh yang kebetulannya si A baru sahaja dikecewakan oleh teman lelakinya.....

dalam perasaan kecewa tuh, Mr. J hadir dalam hidup si A cuba menjadi penawar kekecewaan si A

CP percaya si A nih setia, pasti dapat bahagiakan sahabat CP nih, terkadang terbit rasa cemburu sebab tak dapat dinafikan, ada rasa sayang untuk sahabat CP nih.....tapi mungkin tak sehebat sayang CP untuk......hm....tak perlu disebut lagi nama tuh......


***

Mr. J dah lama menyimpan perasaan terhadap CP tapi disebabkan CP terlalu tergila-gilakan sahabat baiknya Mr. M **siapa yang pernah baca entry sebelum-sebelum ni mesti ingat dengan nama nih** Mr. J terus memendam perasaan, tidak mahu mengganggu hubungan CP dengan Mr. M, Mr. J mengalihkan perhatiannya pada si A, demi menghilangkan perasaan sayangnya pada CP, dia memujuk hatinya untuk menyayangi si A...

sudah pasti CP antara insan yang sangat menyokong usaha Mr. J, supaya Mr. J berhenti daripada terus menerus menaruh harapan pada CP, akhirnya, hubungan CP dan Mr. M menemui jalan buntu tatkala Mr. M menyatakan CP hanya teman biasa baginya...

Mr. J muncul semula cuba mencari peluang, ya, ada peluang, CP memang terfikir untuk menjadikan Mr. J sebagai pengganti tapi bila memikirkan si A telah mula menyayangi Mr. J, bila memikirkan, si A juga merupakan sahabat CP....CP memendamkan perasaan hati, si A lebih layak, jika Mr. J beralih pada CP, pasti si A kecewa.....yang penting, hati dan perasaan sahabat-sahabat CP 

CP bersungguh-sungguh membujuk Mr. J untuk belajar menyayangi si A, lupakan perasaannya pada CP, CP berhenti menghubungi Mr. J supaya semuanya berjalan lancar....supaya CP bukan lagi batu penghalang......

akhirnya, suatu hari, Mr. J mengakui dia dah mula sangat-sangat menyayangi si A, dia tidak mahu kehilangan gadis itu, Mr. J mula bekerja keras mencari rezeki, mengikat perut, cita-citanya hanya satu, untuk menyunting gadis itu untuk menjadi isterinya yang sah...si A kesempitan duit, lelaki itu sentiasa ada untuk membantu...sanggup berhabis demi si A

si A beruntung, sangat beruntung.....

Mr. J meluahkan hasrat hatinya pada CP yang dia akan menyunting gadis itu dalam masa yang terdekat, CP memberi kata-kata semangat supaya Mr. J meneruskan hasratnya namun, pada masa yang sama CP mula menjauhkan diri, tidak dapat dinafikan terdetik rasa cemburu..akhirnya CP mendiamkan diri dari Mr. J....

***

lepas CP dengar pasal si A melepaskan Mr. J, CP terus rapat dengan Mr. J semula, kalau boleh, CP nak buat Mr. J tak lagi rasa sedih, kalau boleh CP nak hilangkan kekosongan dalam hati Mr. J...kalau boleh CP nak Mr. J tidak lagi rasa keseorangan, kekurangan.....CP ada untuk dia....CP ada...

tapi....CP hanya boleh ada untuk dia sebagai sahabat......dia layak yang lebih baik....CP akan terus support dia....

***

aku sayang kau weyh ! serious.......aku nak kau teruskan hidup nih dengan tabah dan kuat....aku dah anggap kau sahabat aku yang paling baik dan aku sayang, aku hope kau terus kuat J.....apa pun yang jadi kau kena kuat......

aku tahu ujian kali nih memang berat, hati siapa yang tak diruntun hiba tika kehilangan seorang insan yang paling kita sayang dalam hidup nih....seorang insan yang bergelar mak....aku ingat lagi, kau sanggup cuti untuk jaga mak kau sakit kat kampung tanpa perlu berharap pada adik beradik lain.....

'J, lewat kau reply mesej aku'

---->'sorry wei, urut mak aku tadi, mak aku saket-saket badan'

'sekarang kau tengah buat apa?'

---->'baru lepas suap mak aku makan....'

bersungguh kau jaga mak kau tapi nih takdir ilahi...akhirnya mak kau tetap jua dijemput ilahi...bawakkan banyak bersabar wei...aku dari jauh mendoakan semoga kau sentiasa tenang menghadapi ujian nih...jangan sakit lagi....aku nak kau tahu....aku sangat ambil berat pasal kau sebab kau sahabat aku.....





Friday, 27 September 2013

wanita hebat



halooo , lama rasanya CP menyepi kan ?? ahahaha !! biasala , busy campur malas menguasai diri , nak hupdate entry nih pun lama CP nak ambil mood ....

nak dijadikan cerita , kebizian *atau nama ringkasnya SIBUK* yang melanda diri ini disebabkan oleh latihan pusat bersama team MALAYSIA kategori IPT untuk game PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN ANTARABANGSA YANG KE-4 

pasal nih CP akan cerita kat entry seterusnya , nih intro sahaja , hehehe ~ takde kena mengena dengan tajuk di atas


idea nak buat entry nih timbul lepas CP terbacakan post sahabat CP di FACEBOOK tentang kekaguman beliau terhadap seorang wanita dan kebetulan CP juga turut mengenali wanita yang diceritakan


tiba-tiba muncul persoalan di benak CP bila melihat keterujaan beliau berkenaan wanita tersebut , bukan CP menafikan kehebatan wanita itu , wanita itu memang hebat tetapi CP tidak terlalu teruja sepertimana sahabat CP itu sebab .....


CP dah pernah jumpa wanita terhebat dalam hidup CP sebelum CP mengenali wanita itu , CP dah pernah jumpa wanita yang tak pernah kenal erti penat dan lelah bagi menjaga orang disekelilingnya

wanita ini tidak pernah berhenti walaupun kudratnya sudah sampai ke penghujungnya , wanita ini jarang marah walaupun dikhianati , wanita ini penyabar walaupun disakiti ...


kudratnya kalah seorang lelaki , tabahnya takkan pernah tergambar oleh sesiapa pun ...


wanita itu adalah MAK ...


CP sangat mengagumi mak , mungkin kekuatan mak datang dari kehidupan masa mudanya yang susah , wanita yang diceritakan oleh sahabat CP itu hebat tapi tidak sehebat MAK , bagi CP mak antara mak yang terhebat dan jarang seorang MAK sehebat ini ...


mak akan menggunakan kudratnya sehingga melepasi batasan sepatutnya , mak cuma berhenti hanya bila sakit yang tidak mengizinkan nya bangun ...

mak tetap bekerja walaupun kakinya terhencot-hencot ....

"untuk anak-anak mak"

ayat yang terngiang-ngiang dalam kepala CP

bangun seawal pagi , tidur selewat-lewatnya , sayu mendengarkan suara mak yang kepenatan , sayu bile mendengarkan suara mak yang kesakitan ...

hati ini terdetik ...


bila agaknya wanita hebat ini dapat merasa kesenangan ???


mak dari dulu sampai sekarang hidupnya berkorban dan berkorban , tak pernah merasa hidup mewah walaupun sedikit , tak pernah merasa rumah yang selesa , 

rumah hanya sebuah bilik sahaja , mak sanggup tidur di ruang tamu demi anak-anak perempuannya dapat tidur di dalam bilik , hanya tidur di atas alas yang nipis demi anaknya tidur di atas tilam yang empuk ..


mak wanita hebat ....

mak seorang anak tunggal yang dibesarkan oleh seorang janda muda yang telah kehilangan suami 

mereka berdua wanita yang hebat...

terpaksa menyara hidup seperti seorang lelaki bekerja di ladang estet , menetap di sebuah pondok kecil yang dibina sendiri di dalam hutan jauh daripada jiran laen , kehidupan kais pagi makan pagi kais petang makan petang , 

bila mak meningkat remaja , mak dengan opah dapat rumah yang disediakan oleh syarikat estet , tapi mereka berdua seorang yang hebat , berbekalkan duit yang telah dikumpul dan disimpan , opah dapat membeli sebidang tanah yang tidak sampai 4 ekar luasnya , dengan berbekalkan basikal , opah dengan mak mengangkut sendiri kayu dan papan satu demi satu untuk membina rumah di atas tanah itu , setiap hari , tanpa bantuan orang lain , akhirnya terbina sebuah rumah hasil dari kudrat 2 orang wanita hebat ini , bagi menambahkan pendapatan di samping bekerja di estet , mak dengan opah berniaga kuih muih setiap pagi ...


kehebatan 2 wanita ini berterusan , sehinggalah mak dikahwini oleh abah , seorang peneroka FELDA 20 tahun lebih tua daripada mak yang juga seorang duda beranak 8 

sekali lagi mak diuji apabila kehadiran mak pada awalnya kurang disenangi lebih-lebih lagi mak hampir sebaya dengan anak pertama dan kedua abah , hanya berbeza setahun

mak masih gigih sehingga hari ini mencari rezeki , pelbagai cubaan dan dugaan mak tempuhi , CP masih ingat lagi tatkala mak terkena buatan orang , mak hampir kehilangan nyawa disebabkan hal itu , tapi mak sabar ...


mak tak pernah nak menyimpan dendam ..

kalau nak diceritakan kehebatan mak , memang takkan habis , dan satu entry tak cukup , MAK memang wanita hebat ..

***menitis air mata CP masa menulis entry ni , baru je tadi mak datang ke kolej kediaman nih jumpa CP , bawakkan beras dengan telur untuk bekalan kat sini , sayu tgk muke mak yang cengkung , jelas kelihatan muka kepenatan tapi tetap sanggup drive datang jumpa CP , huhuhuhu ~

***setelah 22tahun baru CP menyedari pengorbanan mak , hati bertambah sebak bila memikirkan sikap CP selama nih yang acuh tidak acuh dengan mak , tergamak mengutamakan kawan dari mak , tergamak mengutamakan kekasih dari mak , tergamak kurang ajar dengan mak , tergamak menepis tangan mak ... tergamak buat mak menangis ....

***CP nak bahagiakan mak ... tapi tak tahu macam mana carenya ..... CP nak mak cepat-cepat rase senang ..... tak perlu rase susah lagi , tak perlu susah-susah berniaga lagi , mak dah tua , kudrat mak dah tak banyak , CP tahu , mak cuma tinggal berpura-pura kuat jer ........

***sayang mak selamanya , selamanya dan selamanya .....

mak tak pasan CP cnap , ehe ...