Monday, 29 August 2016

warkah buat sahabat



macam-macam terjadi recently, yaya gagal nak kawal stress yaya sendiri sampai yaya sanggup putuskan silaturrahim dengan sahabat yaya...kira BFF la...


apa yang terjadi antara yaya dengan BFF yaya ni yaya rahsiakan jela...tapi yaya admit, salah yaya sendiri....walaupun yaya takde niat nak sakitkan hati sesiapa, tapi mungkin yaya ni main cakap lepas je sampai sahabat yaya ni terasa...


semuanya berlaku dalam group whatsapp, sahabat yaya macam terasa dengan apa yang yaya cakap, dia marah dan yaya dah cuba mintak maaf dan dia still marah...


kebetulan, yaya ada masalah dekat tempat kerja, dengan rakan sekerja, ringkasnya, yaya sedang stress sebenarnya, macam mayat hidup, tak tau apa yang yaya fikir....serabut 24 jam...


sampai terfikir la nak tukar tempat kerja, tapi sampai sekarang tak tukar, cuba bertahan selagi mampu, lagipun kat mana-mana pun mesti ada masalah dengan rakan sekerja ni, benda tu benda normal, tak kisahlah macam mana pun kita lari...



yaya akhirnya kalah dengan emosi yaya sendiri, yaya sendiri macam terasa hati....yaya frust kenapa setiap yang yaya cakap buat orang sakit hati, walaupun yaya takde niat pun nak buat macam tu...


akhirnya, ya, yaya admit, yaya salah.....

i admit im not a good friends....

yaya tatau nak jaga hati kawan-kawan yaya, thats why la masing-masing nak dingin...nak terasa hati dengan yaya...


yaya nak lari dari semua ni...penat...


actually, the same thing happen kat tempat kerja, apa-apa yang yaya cakap tak pernah betul...

mungkin betul yaya ni lembab, lambat pick up, blurrr, macam yang diorang cakap...


yaya penat, penat sebenarnya dengar orang cakap yaya macam tu, walaupun sekadar bergurau....


penat....


akhirnya yaya ambik keputusan, yaya left group whatsapp tu, yaya block number dorang dari whatsapp, dari phone, yaya deactived FB, *sekarang dah delete pun FB*

deactived IG, 


sampai tunang yaya merayu jangan buat macam tu, jangan buat kerja bodoh, jangan ikutkan perasaan, tapi yaya dah tawar hati, sangat tawar hati.....



yaya nak lari dari semua ni, yaya tau sahabat-sahabat yaya akan marah, dorang akan benci yaya, tapi takpelah, yaya sedia terima apa pun yang bakal terjadi...atas kebodohan yaya ni....


yaya nak sendiri, menyendiri....


yaya hanya mampu doa, biar masa je yang menentukan ke mana hala hubungan yaya dengan sahabat-sahabat yaya ni...


yaya sayang diorang sebenarnya....diorang sangat baik, sahabat yang ada masa susah dan senang...diorang bukan calang-calang sahabat...bukan sahabat yang mudah nak dicari...

tapi mungkin yaya yang tak dapat jadi yang terbaik...


-end-


14 komen budak kiut !:

Faizah Syakira said...

insyaAllah setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiaan samada ianya berlaku dengan cepat atau lama untuk diselesaikan.

percaya semua ini berlaku ada hikmahnya.

cool je okeh. :)

yang penting kita sentiasa perbaiki diri.

aku HaniAsyira said...

kadang2 ada jugak buat macam tu kat kawan. sy pun salu rasa nak kawan yg baik. tapi, selalu diri ni sendiri tak jadi yg baik. Jangan risau nanti lama2 mesti yaya baik dgn bff yaya tu. tak time gaduh2 ni.. =)

Nabila Syifa said...

Konflik dan persahabatan mmg xboleh dipisahkan

hainom OKje said...

Semua org pun melakukan kesilapan .....Tak semestinya kita akan terus melakukan kesilapan dan tak boleh berubah dan tak boleh jadi lebih baik. Insyallah ....saling bermaafan dan kita serahkan aje padaNya

sinuha said...

Moga tabah ya :)

Aini Shah said...

Hi Cahaya, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

hana hadi said...

Sebenarnya kita terlalu ikutkan perasaan. kawan kita relax ja (mungkin ya mungkin sebaliknya) kita tak tahu kan apa yang dia rasa. Dengan cara itu ja mungkin 2 2 belah pihak akan ok..

Tapi diri sendiri akan rasa sakit..

rabiatul adawiyah said...

hehe.kina duk mengingatlah siapa yaya ni rupanya CP.hehe

Chek Atien said...

Hi CP.. Lama x bertanya khabar. How are your?
Pasal kwn2 ni CP, mmg byk jenis pattern...
jadi bykkan bersabar okeh.
:)

NUR CAHAYA said...

@Faizah Syakira alhamdulillah, dah settle dah, kawan tu datang tempat kerja terus sebab nak pujuk, belanja makan bagai, hehe...

NUR CAHAYA said...

@aku HaniAsyira haha, dah baik dah...

NUR CAHAYA said...

@Nabila Syifa yes exactly...

NUR CAHAYA said...

@hainom OKje yes kak anom, thanks for the advice, thanks sangat kak anom yang hot meletop kau memang da bomb sudi datang menjengah blog usang yang jarang update ni, haha

NUR CAHAYA said...

@sinuha thanks for the comfort...