perempuan dan diet
tengah duk blogwalking tadi terbit idea untuk mengarang post baru untuk blog bersawang ni
itu la kelebihan blogwalking, dalam otak tengah blur nak tulis apa memandangkan dah lama sangat tak menaip, kaedah blogwalking boleh bantu untuk refreshkan balik kepala yang bersarang dengan sawang sebab dah lama tak dilatih untuk berblogging
asalnya terbaca entri berkaitan tips berhenti merokok, tiba-tiba otak ni terdetik tentang diet
rokok ni memang kita dah sedia maklum, bukan mudah untuk berhenti merokok, so jalan selamat, pada yang ada niat untuk merokok tu jangan teruskan niat tu, once dah start nak berhenti tu bukannya mudah
macam mana pulak perihalnya diet? apa kena mengena diet dengan rokok?
terdetik dalam hati YAYA bila terbaca entri tu...
"berhenti merokok? susah nak berhenti..macam nak kurus la...niat je, buatnya tidak.."
bukan YAYA nak kata perempuan, tapi kebanyakan perempuan ni, ramai yang berniat tapi tak semua berjaya langsaikan niat diet tu, kita kena betulkan persepsi kita jugak berkenaan diet, diet ni bukan nak kurus semata tapi diet perlu untuk dapatkan badan yang sihat.
bila dah sihat kurus tu akan datang dengan sendiri bonus kulit cantik lagi
sama seperti rokok, siapa je dapat halang diri dari makan makanan tak sihat tu..
makanan is too tasty to ignore...adodoi, bila la nak insaf ni....
kesimpulannya, selepas selesai membebel dalam entri ni, YAYA masih takde keinsafan untuk diet, hope yang baca jangan follow perangai ni eh..jom sama-sama doakan diri untuk amalkan makanan yang lebih sihat lepas ni
2 komen budak kiut !:
diet is necessary for everyone. what differentiate it is whether it's a good diet or a bad diet.
Betul tu.. saya sokong... diet untuk sihat, jangan diet untuk kurus..
Post a Comment