Tuesday 22 August 2017

alahai new hosmet



sebenarnya cerita ni dah lama berlalu tapi saje nak cerita dalam ni supaya boleh baca lagi di masa-masa depan kan sebagai memori perkara yang pernah berlaku dalam hidup ini....

nak dijadikan cerita pada 1 Mac 2017, Yaya berjaya dipostingkan sebagai guru di Selangor iaitu di kawasan Puchong...macam2 dugaan la terjadi untuk survive di awal-awal posting, rumah sewa lagi, kenderaan lagi..

nak dijadikan cerita, setelah beberapa minggu, Yaya dapat jugak rumah sewa di kawasan sana, sebelum tu yaya duduk rumah kakak, mujur la ada kakak duduk kat area Puchong tu...

bila dah dapat rumah, dah sampai masanya untuk kita pindah barang untuk masuk rumah baru, masa ni la pelbagai benda nak kena settle....masa tu yaya pinjam kereta mak untuk ke sana sini, tapi dapat seminggu jela, lepas tu mak nak guna kereta, jadinya, pada hari yaya nak masuk rumah tu yaya kena pulangkan kereta....

daripada Selangor, balik Perak, dari Perak dengan KTM sampai KL Sentral, then naik pulak LRT untuk ke Ampang Park, tempat yaya keje taska dulu, kebetulan yaya tumpang taska tu untuk letak barang-barang yaya, yela kan sebelum tu tak dapat rumah lagi...

untuk pindahkan barang, yaya sewa pulak kereta dengan bantuan adik yaya, kebetulan dia kenal dengan orang yang boleh sewakan kereta dengan harganya yang berpatutan...

hari tu jugak, yaya sewa kereta dan angkut barang dari taska ke rumah sewa, dalam masa sehari tu yaya cuba settlekan semua sampai lupa nak makan....

dalam perjalanan yaya ke rumah baru, bakal housemate yaya mintak tolong belikan lighter beb, heran jugak, asal la tak beli sendiri, okaylah...try to bersangka baik jela, mungkin busy kot nak keluar, yaya ni dah lah rushing, singgah stesen minyak untuk beli lighter...

sampai kat rumah sewa dalam pukul 9 malam, yaya bawak adik yaya dan kak Nurul (ex rakan sekerja kat taska). sampai je kat rumah sewa tu, alangkah terkejutnya yaya, apabila takde orang pun kat rumah.....

apalagi yaya terus wasap la bakal housemate baru tu, kenapa takde orang kat rumah, kan yaya nak masukkan barang, why takde orang ???

pastu dia bagi alasan cuci kereta.....

cuci kereta ????!! dah malam2 buta ni cuci kereta???

sokaylaaaaa, yaya expect mungkin dalam 30 minit macam tu siap la dia cuci kereta....

tunggu punya tunggu tak muncul jugak, kalau nak tau yaya tunggu sampai 2 jam kat depan rumah, si housemate baru ni siap pesan jangan pergi mana-mana tunggu je depan rumah...

keadaan yaya masa tu sangat penat dan lapar, badan dah menggigil sebab satu habuk makanan tak masuk perut lagi, apabila jam dah menunjukkan jam 11 malam, adik yaya bersuara, suruh yaya pergi carik makanan dulu.....dengasn keadaan badan yang dah menggigil, gagahkan diri pergi cari makanan, singgah gerai burger berhampiran...

sebelumt tu, yaya ada gak mintak tolong housemate baru ni untuk tapaukan makanan untuk yaya sebab yaya tak makan lagi, tapi dia bagi alasan tak singgah kedai makan, yaya ni rasa curiga jugak, kalau sampai 2 jam tak balik2, tipula kalau tak singgah kedai makan.....tapi tula, still cuba bersangka baik, anyway, new housemate ni merupakan coursemate jugak kat universiti dulu, just kenal gitu-gitu je...

then masa yaya tengah beli burger dapat wasap dari new housemate tanya yaya kat mana, then yaya cakap la pergi makanan jap, lapar, then....do u know what happen next?

yaya pulak kena sound dalam wasap sebab tak tunggu depan rumah, dia marah sebab masa dia balik tengok2 yaya takde, dah jadi satu keje pulak dia nak tunggu yaya....

hello gais, hello, ive been waiting there for 2 hours already ! korang tak muncul, tu pun aku tak marah, tiba2 disebabkan aku pergi beli makanan terus kena sound ??

serious yaya tengah penat sangat waktu tu, macam tak logik nak sound2 orang, sebab siapa yang salah sebenarnya, patut ke di hari orang yang nak masuk rumah korang pergi keluar, dengan kunci pun tak tinggal....tercongok dekat depan rumah cam orang bodoh...yaya ingat dorang nak mintak maaf lah, sekali dia sound...pergh ! tak loading kepala otak ni waktu tu...

kalau kirakan darah panas ni memang dah menyirap, tapi bila fikir aku nak duduk rumah tu, sabar dulu, mungkin sebab penat, tu yang menyirap tu...

masa yaya masukkan barang dalam rumah, tolong angkat barang pun tak, duk perhati macam muka orang tak puas hati....


adik yaya masuk je bilik yaya, membebel tak puas hati dengan apa yang jadi....yaya just, redha, pasrah and let them be...

masa tu, they ruin my 1st impression....yaya terfikir, boleh ke aku bertahan duduk ngan dorang ni, awal-awal lagi dah tunjuk perangai tak guna macam tu....

actually...ada dua orang housemate baru yaya ni, sorang nama Kiki and sorang lagi Sima...

and anyway, dorang ada je pergi kedai makan malam tu just dorang tanak belikan yaya makanan....so dorang tipu yang dorang tak pergi kedai makan...bila yaya tau pasal ni? setelah berminggu yaya duduk kat rumah tu, tu pun diceritakan oleh Sima...

hm....as i expected sebenarnya, tatau la nak marah ke tak, nak kata kecik dah besar dah, cikgu pulak tu tapi akal letak kat lutut.....kalah budak darjah 1 pemikiran....

marah sangat ni...hehe... tu je, adios !

1 komen budak kiut !:

ai said...

Alahai kesiannya.. ada lagi orang macam gitu ye..