Showing posts with label MUHASABAH diri. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH diri. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

HUKUM MEMBERI UPAH TUKANG SEMBELIH DAN TUKANG LAPAH





Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri."
(Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?

Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.

Jadi, macamana nak upah mereka?

Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?

Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah. Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban


belajar hukum mengenainya
itu adalah WAJIB.



“Islam itu MUDAH…”


Tuesday, 8 October 2013

contact lens (CL) on action

ramai yang kata contact lens (CL) itu bahaya, boleh merosakkan mata tapi CP antara penggunanya...
perhatikan mata itu....
adorablenya ~~~~puih !!


tapi nih gambar lama, masa nih CP masih lagi semester 2 sekarang CP dah semester 5, agak lama CP berhenti pakai....

rasa-rasanya la, CP berhenti masa CP di awal semester 3, sebab semua CL CP dah habis tempoh, malas nak beli yang baru, selesa hanya memakai spek mata, kemudian, setelah beberapa lama, CP tengok ada beberapa sahabat CP **pengguna spek mata sebelum ini** mula menggunakan CL, tiba-tiba terdetik di hati CP untuk pakai CL jugak, ahahaha , rindu pulak rasa....lalalalala...

then, minggu lepas 2/10/2013, CP menggunakan CL yang CP beli daripada kedai cermin mata, lebih selesa beli CL di kedai cermin mata dari beli secara online dan di pasar-pasar malam, CP lebih yakin dengan keselamatannya...takut jugak mata rosak, siapa tak sayang mata weiiiii...

pertama kali CP pakai CL sebab CP rasa mata nampak cantik la pakai CL, tapi bila CP sendiri pakai, em....terasa macam alien bila anak mata lebih besar, ahahaha !! tapi CP tetap rasa comel, kah3 !!

**perasannya**


but now, CP masih menggunakan CL just tak teruja macam dulu, actually CP tetap comel tanpa CL, kah300 !! tolong muntah ~~~ kah300!!!



belakang tuh toilet , ahahaha , toilet tuh lagi comel rasanya (pic tanpa CL) ...

pasal CP comel tuh , itu merapu , ahahaha !! tolong jangan terpengaruh !!

berkenaan penggunaan CL boleh merosakkan mata, CP tak menafikan kenyataan tuh, sebab CL betul-betul melekap pada mata memang berisiko besar merosakkan mata, lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan CL tanpa pengetahuan yang cukup, guna ikut sempat orang kata, tidak tahu cara-cara yang betul menggunakan CL

CL kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu penglihatan iaitu tujuan utama semasa mula-mula CL diperkenalkan, CL kini dah jadi seperti satu trend, lifestyle, fesyen dan sebagainya.....

antara kesan negatif memakai lens ialah mata menjadi merah

tapi, kesan ini berlaku bukan disebabkan pemakaian CL semata-mata, hal ini disebabkan si pemakai mengabaikan kebersihan CL dan cara pemakaian dengan betul, malah ada yang masih menggunakan CL yang sudah tamat tempoh, CP juga pernah mengalami simptom mata merah ini disebabkan CP memakai CL terlalu lama melebihi tempoh masa yang sepatutnya...bila fikir balik, memang menakutkan, hal ini berlaku disebabkan CP memakai CL tanpa pengetahuan yang sepatutnya....

seterusnya, CL boleh menjadi terlalu melekap dengan mata dan terlalu longgar dengan mata

hal ini pula disebabkan CL yang tidak sesuai dengan mata, ada mata yang mempunyai kadar air yang tinggi dan ada mata yang mempunyai kadar air yang rendah, oleh hal yang demikian, pengguna CL sepatutnya sedia maklum dengan kelembapan mata anda sebelum memilih CL,

selain itu,  CL boleh terkoyak di dalam mata!

CL boleh terkoyak, of course la, tapi bukan terkoyak tanpa sebab, CL boleh terkoyak jika si pemakai tidur dalam keadaan masih memakai CL, wah3 !! bahaya tuh ~

ketika tidur, anak mata kita akan bergerak-gerak dan CL kita boleh terkoyak, apatah lagi, dalam keadaan mata kita yang tertutup, CL kita tidak dapat sebarang oksigen dan berisiko kering dan koyak...selain itu jugak, pastian CL anda direndam mengikut tempoh yang sepatutnya supaya kelembapan CL itu terjamin...

last but not least, jangkitan bakteria

jaga betul-betul CL anda !!! nak pakai tak salah tapi jangan sampai terkena jangkitan bakteria, jangkitan bakteria ini berlaku bukan salah sesiapa tapi salah pengguna yang mengabaikan cara penggunaan CL yang betul ~ semasa memakai dan membuka LENS, pastikan tangan anda betul-betul bersih jari dan kuku........kuku panjang ?? no !!! please berhati-hati, anak mata anda amat berharga.. 

sentiasa follow up dengan doktor mata, WAJIB ! kalau doktor kata awak tak sesuai pakai, jangan pakai !

***

btw....ada juga yang mengatakan memakai lens yang lebih besar dan berwarna itu haram, hal ini CP tak dapat nak komen banyak, CL yang baru nih pun berwarna dark brown yang menyerupai warna anak mata CP, tetapi saiz lebih besar dari anak mata sebenar .. wallahualam...

apa-apa pun cantik tapi bukan original apa gunanya kan ?? huhuhu !!
















Wednesday, 2 October 2013

#5 WW - bersabar lah duhai hati





**jarang CP buat WW , hati masih lagi tidak tenteram kesan kejutan semalam , bersabarlah duhai hati**

Tuesday, 1 October 2013

maafkan saya awak

kejutan ! tuhlah yang CP boleh tafsirkan...
kejutan yang CP maksudkan bukanlah kejutan untuk majlis harijadi ataupun hal-hal yang berkaitan tapi CP dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang CP dah lama tak jumpa, seseorang yang pernah wujud dalam hidup ini, MR. S

CP gembira sangat tengok dia senyum **kitorang webcam** , senyuman yang selama ni CP ingat dah hilang lepas CP tinggalkan dia, sakitkan hati dia, CP ingat dia akan benci CP takkan hubungi CP lagi

mungkin ke dia dah tak marah ??? mungkin ke dia dah okay ???

tapi persoalan tuh tergantung sampailah saat CP menaip entry nih, persoalan tuh masih tidak terjawab, CP terpempan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh dia yang jelas mengungkit semula perkara-perkara lalu......

"kenapa awak tinggalkan saya dulu ??"
"apa perasaan awak lepas awak tinggalkan saya ??"

CP cuma jawab,
"saya tak ada jawapan untuk soalan macam tuh , benda kan dah berlalu, saya minta maaf, saya tahu saya salah"

"awak tahu awak salah ??? apa yang awak salah ??"

CP terdiam sejenak, cuba berfikir positif, 

"sebab saya yang tinggalkan awak....saya minta maaf"

dia masih lagi tersenyum, senyuman dia manis macam dulu, CP memang rindukan senyuman tu, CP pun membalas senyuman dia walaupun hati CP dah mula berdegup kencang

"saya nak kahwin..." ujarnya pantas

CP tergamam tapi cuba mengawal perasaan, berfikir positif......

"nak jemput saya ke ??" soal CP tanpa ragu-ragu.

"sanggup ke awak tengok saya kahwin dengan orang lain ??"

sekali lagi CP terkedu. Soalan apa ni ??

"saya........hm....awak serius ke ni nak kahwin ??"

"yerr...saya serius. nape pulak saya nak main-main hal macam ni. selama ni pernah saya main-mainkan awak, pernah tipu awak ?? awak sanggup ke tengok saya kahwin dengan orang lain ?"

sekali lagi soalan itu diulang.....

okei....fahamlah CP sekarang. masa nilah dia nak melunaskan semua perasaan sakit dan tidak puas hatinya selama ini. CP diam dan CP melayan kerenah dia selama  kami berwebcam. pelbagai soalan ditujukan. satu persatu jelas menunjukkan apa yang dia rasa selama ini. CP terima setiap apa yang diluahkan. CP layan...layan...dan layan sebab CP rasa memang patut dia meluahkan apa yang selama ni dia simpan.
hati ni pedih terus pedih sebab CP memang salah. memang patut dia tanya. hati dah mula sebak...

'sayang, maafkan saya'

hati nih berbisik halus....memang tidak akan terluah. rasa bersalah CP mula mnyucuk-nyucuk. hati semakin sebak. air mata menunggu masa nak keluar. CP rasa nak menjerit. MAAFKAN SAYA AWAK....MAAFKAN SAYA.....

suara CP dah mula bergetar.....
"awak nanti kita sembang lain...."

pantas je tangan CP menghalakan cursor ke tanda pangkah. laptop terus di shut down. CP menyembamkan muka ke bantal. terbayangkan wajah dia. senyuman dia. CP faham, kesan luka itu masih ada

***

jawapan-jawapan untuk soalan dia itu ada tapi CP tak sampai hati nak ungkapkan rasa malu nak luahkan ibarat membuka pekung dada CP sendiri.

"kenapa awak tinggalkan saya ?"
**saya tinggalkan awak sebab saya sayang orang lain tapi saya hanya bertepuk sebelah tangan, dia tak sukakan saya pun....

"apa perasaan awak lepas tinggalkan saya ?"
**saya menyesal tapi saya malu nak bercakap , nak berdepan dengan awak lagi, awak layak yang lebih baik...

"awak bahagia sekarang ?"
**saya sendiri tak pasti saya bahagia atau tidak....tapi saya harap awak bahagia, kalau boleh memang saya nak tebus semua kesalahan saya pada awak, andai ada peluang , saya bahagiakan awak semula tapi layakkah saya yang telah sakitkan awak ??? sekarang pun awak nak kahwin kan, saya nak awak bahagia...tolonglah bahagia...kalau saya ni memori pahit awak, lupakanlah saya....sebenarnya, saya dah dapat balasan saya sebab tinggalkan awak....masa tak boleh nak di undur .....
saya taknak kenang .... saya taknak ... bukan mudah juga nak hidup dalam rasa bersalah ni awak ..
kenapa dulu saya buta sanggup tinggalkan awak sedangkan awak dah terbaik untuk saya....
berkali-kali persoalan tu bermain dalam fikiran saya tapi.....buntu...saya doakan dia yang bakal jadi isteri awak, takkan sia-siakan awak... saya harap.... 
"awak sanggup tengok saya kahwin dengan orang lain ?"
**kalau saya tak sanggup ? boleh awak batalkan perkahwinan awak ? boleh ? saya tak layak pun nak cakap tak sanggup, saya harap sangat awak bahagia sekarang....saya harap bahagia... saya nak luka awak sembuh...takpela...biarlah saya sakit andai itu boleh membetulkan apa yang tak betul sekarang ni....

***

banyak lagi soalan lagi yang dia ajukan, tapi tak terluah CP kat sini...entahlah...sayangkan dia...kalau boleh biarlah dia bahagia sebab CP tapi apa yang dah jadik nih ibarat kertas yang dah dilipat, kalau dibuka semula pun takkan seperti asal....

Saturday, 31 August 2013

salam kemerdekaan



mesti ramai yang update entry berkenaan kemerdekaan , alhamdulillah , kiter dah mengecapi kemerdekaan yang ke 56 , dah 56 tahun kiter hidup dalam aman dan damai , dapat hidup dengan selesa tanpa sebarang ancaman 


tapi entri CP pagi nih , bukan lah untuk menceritakan keamanan yang kiterr kecapi tapi sejauh mana kemerdekaan yang kiter fahami , sejauh mana kiter hayati kemerdekaan tuh , adakah kiter sebagai individu , kiter betul2 merdeka ...


bagi CP , persoalan2 tu , persoalan yang wajib kiter soal diri kiter .....


CP sangat suker dengan hari kemerdekaan , tapi CP berasa hambar bila melihat cara kemerdekaan disambut , sambutan yang berlebihan , malam kemerdekaan menjadi pentas maksiat , berkonsert , terkinja2 , berpeleseran ....


jiwa remaja dibuai dengan kelalaian .... 


jangan larr terlalu dibuai kegembiraan , sedangkan saudara2 kiter di luar sana sedang bermatian2 mempertahankan agama dan tanah air ....

CP mengharap , suatu hari nanti , sambutan kemerdekaan disambut dengan lebih bermakna , bukan larr semata2 untuk berhibur bersuka ria , berpesta tak tentu pasal


sori kalaw CP buat entry seolah2 CP nih alim ulamak sedangkan CP cuma seorang hamba ALLAH yang biasa yang tidak dapat lari daripada dosa ...


cuma CP bosan dengan sambutan kemerdekaan yang jika kiter dalami , dimanakah semangat kemerdekaan yang ingin diselitkan itu ???

ibarat kiter menonton filem rempit dan gengster , kononnya ingin memberi pengajaran tetapi lebih banyak unsur yang tidak baik daripada yang baik ...

apa sangat la pengajaran yang ditunjukkan di hujung tayangan yang ditunjukkan selama beberapa minit , jika dibandingkan dengan adegan2 yang merosakkan jiwa selama sejam lebih tayangan ...



Tuesday, 2 April 2013

punca gelisah yang sebenar



haloo , sebenarnya CP tataw la nak cerita pasal apa pagi nih , patutnya CP nak post pasal video assignment yang CP pernah buat dan CP dah upload kat you tube tapi malangnya CP tak dapat nak masukkan dalam entry , mungkin lenght video terlalu panjang kowt 


entahlah , baru nak tunjuk kat kawan2 blogger , ehe , sedih lak rasa ...


malam tadi memang CP cakap CP macam dah recover 

(belum baca ? klik sini)

dari perasaan yang tah apa2 nih tapi pagi nih , perasaan gelisah dan sebak tuh masih ade , tak hilang , sebak tuh akan muncul bila CP bukak je mata dari tidur 


dahsyat betul penangan kali nih , fuh ~


tapi CP pagi nih cuba selami balek , rasa gelisah nih sebab apa sebenarnya , mungkin ker sebab terlalu dalam perasaan sayang CP tuh pada si dia , atau timbul atas rasa bersalah CP terhadap DIA ...


setelah CP selami , merenung , CP rasa apa yang CP rasa nih akibat dosa-dosa CP selama nih , hm ... dosa-dosa besar terutamanya , tak dapat dinafikan , jangan sewenang2nya melakukan dosa , sebab kerana dosa , hati kita sakit , gelisah , tak tenang 


ye , CP tak tenang ...


***

nak jadik bloglis CP ?? jom terjah entry ini :

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/nak-carik-bloglis-baru-d.html

***


Wednesday, 6 February 2013

betapa kerdilnya diri ...




hasil dari blogwalking , CP merajinkan diri menjenguk entri terbaru PUTERI KASIH yang bertajuk
SIAPAKAN SITI HAJAR ?


dalam entri puteri kasih nih diselitkan juga dengan link entri lengkap berkenaan SITI HAJAR ni

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR



dengan perasaan yang ingin tahu , CP pown menjengah entri tersebut , entri ini mengisahkan rentetan hari terakhir seorang gadis yang bernama SITI HAJAR ini , 


jujur CP katakan , kisah yang sangat meruntun jiwa dan mengingatkan kita sebagai manusia tentang kebesaran ALLAH s.w.t



kisah ini juga sangat meruntun hati CP , betapa selama ini CP terlalu taksub dengan keseronokan dunia yang ternyata hanya sekadar tipu helah semata


akhir sekali , CP nak berkongsi bait kata yang CP dapat dari entri ni


"jangan dirungutkan beratnya dugaan , kerana memang telah ternyata syurga itu mahal harganya"



sekian ***


p/s : still demam , bangun awal gile , kul 4.30 dah bangun sebab memang takleyh nak tidur lena , pagi2 g masak bubur nasik ngan rebus barli , otak celaru , update blog sambil tunggu subuh , naseb entri nih memg dah ade dalam draf , nak taip pening2 gini , memg tak larrr ...