
![]() |
perhatikan mata itu.... |
![]() |
adorablenya ~~~~puih !! |
tapi nih gambar lama, masa nih CP masih lagi semester 2 sekarang CP dah semester 5, agak lama CP berhenti pakai....
rasa-rasanya la, CP berhenti masa CP di awal semester 3, sebab semua CL CP dah habis tempoh, malas nak beli yang baru, selesa hanya memakai spek mata, kemudian, setelah beberapa lama, CP tengok ada beberapa sahabat CP **pengguna spek mata sebelum ini** mula menggunakan CL, tiba-tiba terdetik di hati CP untuk pakai CL jugak, ahahaha , rindu pulak rasa....lalalalala...
then, minggu lepas 2/10/2013, CP menggunakan CL yang CP beli daripada kedai cermin mata, lebih selesa beli CL di kedai cermin mata dari beli secara online dan di pasar-pasar malam, CP lebih yakin dengan keselamatannya...takut jugak mata rosak, siapa tak sayang mata weiiiii...
pertama kali CP pakai CL sebab CP rasa mata nampak cantik la pakai CL, tapi bila CP sendiri pakai, em....terasa macam alien bila anak mata lebih besar, ahahaha !! tapi CP tetap rasa comel, kah3 !!
**perasannya**
but now, CP masih menggunakan CL just tak teruja macam dulu, actually CP tetap comel tanpa CL, kah300 !! tolong muntah ~~~ kah300!!!
![]() |
belakang tuh toilet , ahahaha , toilet tuh lagi comel rasanya (pic tanpa CL) ... |
pasal CP comel tuh , itu merapu , ahahaha !! tolong jangan terpengaruh !!
berkenaan penggunaan CL boleh merosakkan mata, CP tak menafikan kenyataan tuh, sebab CL betul-betul melekap pada mata memang berisiko besar merosakkan mata, lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan CL tanpa pengetahuan yang cukup, guna ikut sempat orang kata, tidak tahu cara-cara yang betul menggunakan CL
CL kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu penglihatan iaitu tujuan utama semasa mula-mula CL diperkenalkan, CL kini dah jadi seperti satu trend, lifestyle, fesyen dan sebagainya.....
antara kesan negatif memakai lens ialah mata menjadi merah
tapi, kesan ini berlaku bukan disebabkan pemakaian CL semata-mata, hal ini disebabkan si pemakai mengabaikan kebersihan CL dan cara pemakaian dengan betul, malah ada yang masih menggunakan CL yang sudah tamat tempoh, CP juga pernah mengalami simptom mata merah ini disebabkan CP memakai CL terlalu lama melebihi tempoh masa yang sepatutnya...bila fikir balik, memang menakutkan, hal ini berlaku disebabkan CP memakai CL tanpa pengetahuan yang sepatutnya....
seterusnya, CL boleh menjadi terlalu melekap dengan mata dan terlalu longgar dengan mata
hal ini pula disebabkan CL yang tidak sesuai dengan mata, ada mata yang mempunyai kadar air yang tinggi dan ada mata yang mempunyai kadar air yang rendah, oleh hal yang demikian, pengguna CL sepatutnya sedia maklum dengan kelembapan mata anda sebelum memilih CL,
selain itu, CL boleh terkoyak di dalam mata!
CL boleh terkoyak, of course la, tapi bukan terkoyak tanpa sebab, CL boleh terkoyak jika si pemakai tidur dalam keadaan masih memakai CL, wah3 !! bahaya tuh ~
ketika tidur, anak mata kita akan bergerak-gerak dan CL kita boleh terkoyak, apatah lagi, dalam keadaan mata kita yang tertutup, CL kita tidak dapat sebarang oksigen dan berisiko kering dan koyak...selain itu jugak, pastian CL anda direndam mengikut tempoh yang sepatutnya supaya kelembapan CL itu terjamin...
last but not least, jangkitan bakteria
jaga betul-betul CL anda !!! nak pakai tak salah tapi jangan sampai terkena jangkitan bakteria, jangkitan bakteria ini berlaku bukan salah sesiapa tapi salah pengguna yang mengabaikan cara penggunaan CL yang betul ~ semasa memakai dan membuka LENS, pastikan tangan anda betul-betul bersih jari dan kuku........kuku panjang ?? no !!! please berhati-hati, anak mata anda amat berharga..
sentiasa follow up dengan doktor mata, WAJIB ! kalau doktor kata awak tak sesuai pakai, jangan pakai !
***
btw....ada juga yang mengatakan memakai lens yang lebih besar dan berwarna itu haram, hal ini CP tak dapat nak komen banyak, CL yang baru nih pun berwarna dark brown yang menyerupai warna anak mata CP, tetapi saiz lebih besar dari anak mata sebenar .. wallahualam...
apa-apa pun cantik tapi bukan original apa gunanya kan ?? huhuhu !!