Monday, 10 August 2015

ceritera si jaguh kampung

LOGO KELAB PENCAK SILAT UPSI

Pertama sekali CP rasa bersyukur sangat-sangat entry CP berkenaan 

Pencak Silat UPSI meraih kejayaan kali ketiga MASUM 2015


dapat viewer yang agak ramai, ramai kawan-kawan CP yang sukarela nak share, macih yer....
Kesinambungan dari entry tu, CP terpanggil nak update tentang beberapa jaguh kampung yang bersuara bila kitorang update pasal kejayaan-kejayaan kitorang. 

CP tatau la kenapa la mereka-mereka ni yang sering mengungkit kejayaan masa tahun 2011 dulu, membuatkan CP rasa jengkel. Sebab bagi CP tahun 2011 memang zaman kegemilangan seperti yang dicanang-canang tapi juga titik mula perpecahan dalam Kelab Pencak Silat UPSI.
Tahun 2012 merupakan tahun bangkit dari kesakitan. Bangkit berbekalkan semangat yang kuat di saat kekuatan semakin merudum jatuh. Tahun 2012 juga tahun CP mula berjinak-jinak dengan kelab ni.


Masa ni CP masih tak faham dengan situasi yang sebenar, dengan perpecahan yang sedang berlaku. Bila turun training, orang yang sama tiap kali. Ramai budak baru yang masuk kelab tapi ramai jugak yang keluar balik. Nak jadi ahli dalam kelab ni memang memerlukan hati yang kental, semangat pun kena kuat. 
Kelab masa tuh terdesak nak cari atlet tuk gantikan si jaguh-jaguh kampung yang tinggalkan kelab dek disebabkan perasaan yang tak puas hati. Si jaguh-jaguh kampung ni merupakan ahli kelab asal atau juga ahli kelab yang senior. Sejujurnya, CP tak pernah jumpa diorang si jaguh kampung ni, sebab diorang takde pun turun training masa tuh.

Kalau kenal pun hanya melalui laman sosial muka buku aka FACEBOOK. Itu pun lepas CP join group Kelab Pencak Silat UPSI dalam FB. Semakin lama, melalui group FB jugak, CP mula nampak konflik antara ahli kelab. Mana taknya, diorang duk berdebat dalam group. CP dengan beberapa budak baru jadi tukang baca. Kami yang junior ni hanya membisu. Sebelah pihak si jaguh kampung, sebelah pihak lagi senior yang masih bertahan dalam kelab. Kami yang junior mestilah sokong senior-senior yang selama ni turun training dengan kitorang, yang sentiasa motivate kitorang kan?
Suatu hari tu, salah seorang si jaguh kampung bersuara menyentuh tentang kami yang junior nih. Dikatanya kami ni sombong dengan senior, apa lagi ibarat api dicurah minyak, kami para junior turut bersuara. Sombong macam mana yang dimaksudkan ? Kami tak kenal pun diorang, tak pernah tunjuk muka di tempat latihan tiba-tiba nak kata kami sombong.


Kejayaan 2011 memang titik mula kejayaan Kelab Pencak Silat UPSI tapi CP tak dapat nak tengok semua tu sebab kepayahan tahun 2012 untuk bangkit tu sangat perit sampai menutup mata CP untuk kejayaan 2011.
Kelab terpaksa bentuk strategi baru untuk bangkit semula. Berhabis banyak untuk latihan. Berkorban cuti, training tak kenal malam atau siang sebab nak bentuk balik pasukan yang mantap. Perginya si jaguh kampung terbukti tak melemahkan kami, malah bagi kami kekuatan yang lebih dahsyat dari tahun 2011 yang diorang banggakan tu.
Akhirnya juara keseluruhan dalam kategori Pencak Silat berjaya kami pegang 3 tahun berturut-turut. Terima kasih pada ahli-ahli kelab yang terus bertahan untuk berjuang dalam kelab. 

Terima kasih pada senior yang cekal bertahan, mendengar, sentiasa ada membantu sepanjang CP berada dalam kelab....

CP budak baru, mungkin CP tak faham apa yang berlaku pada tahun 2011. Tapi bukan hak kita jugak nak tengok keruntuhan kelab. Sepatutnya, duduk bersama selesaikan masalah daripada terus menyalak tak tentu arah. 

Kalau kita sayang kelab, bangunkan dia, bukan keluar then biarkan yang baru masuk ni terangkak-rangkak.
Jauhkan diri dari sikap angkuh seperti di bawah;
"Aku nak tengok macam mana korang nak naik bila kitorang takde"


***

Dari sudut positifnya, CP jugak berterima kasih pada si jaguh - si jaguh kampung nih, sebab dari huru hara ni la kelab jadi semakin kuat....dengan huru hara ni la kelab muncul dengan strategi yang lebih baik...

Pelihara hubungan pasukan yang hebat ni dengan baik sebab semangat sepasukan tu sangat penting untuk mengecapi kejayaan yang lebih besar. 

Ketawa bersama, biar menangis pun bersama



**Biarpun kadang-kadang CP terasa hati jugak bila duduk dalam Kelab Pencak Silat UPSI ni, tapi CP tetap sayang kelab ni dan ahli-ahlinya, semoga terus berjaya di masa-masa akan datang, AMIN~~**








ADIOS!

1 komen budak kiut !:

Aisya Ahamad said...

Pernah jugak mengalami situasi yg sama. Yg pergi tu senang la. Yg tinggal perlu berusaha nak bangkit semula. Huhu