Saturday, 12 October 2013

sayang seorang sahabat



sebenarnya hari nih (11.10.2013) CP dapat berita yang sangat mendukacitakan bila pada awal-awal pagi, CP dapat mesej dari salah seorang sahabat lelaki CP (Mr. J)...

'ieya, mak aku dah meninggal..'

CP tersentak ! biar betul.........

CP buntu seketika, apa yang patut CP cakap pada Mr. J nih, CP betul-betul tersentak, ujian apakah ini???


sahabat CP nih masih lagi berada dalam keadaan terluka, kini hatinya terluka lagi....mampu ker dia menanggungnya.....

boleh dikatakan, apa yang dilalui oleh Mr. J nih tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga, baru sebulan lepas dia mengadu pada CP, dia baru sahaja ditinggalkan oleh teman wanitanya (si A), teman wanita yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh....yang dia berikan sepenuh kepercayaan dan kasih sayang....


CP ingat lagi, sahabat CP nih sampai tak lalu makan, murung sejurus selepas teman wanitanya meminta untuk dilepaskan, Mr. J hanya merelakan jika itu yang terbaik, sebulan......dalam sebulan jugalah sahabat CP tuh merawat hatinya seorang diri tanpa siapa yang tahu....

tak lama lepas tuh, CP terfikir nak hubungi semula Mr. J nih, entah macam mana, dia terus luahkan apa yang telah jadi....CP terkejut.....terkejut sangat.......apatah lagi Mr. J beritahu CP hal ini selepas sebulan ia berlaku, CP agak ralat dan mempertikaikan kenapa CP lambat diberitahu berkenaan hal ini, Mr. J hanya memberikan alasan bahawa CP yang selama ini yang menghilangkan diri....

timbul beberapa persoalan dalam benak CP...

kenapa??kenapa si A sanggup buat macam nih.....bukan senang Mr. J nak bentuk perasaan sayang dia pada si A, tapi bila dah sayang....macam nih si A buat...CP kesal...sangat kesal.......


andai si A nih tahu, apa yang berlaku untuk merealiasasikan hubungan dia dan Mr. J, pasti dia menyesal meninggalkan sahabat CP nih, seriously......terkadang CP berasa menyesal lak dulu beria-ia nakkan sahabat CP nih terus bersama si A sedangkan perasaan sahabat CP nih pada CP bukan si A.....


CP buat macam tuh supaya si A dapat hilangkan perasaan sedihnya pada masa tuh yang kebetulannya si A baru sahaja dikecewakan oleh teman lelakinya.....

dalam perasaan kecewa tuh, Mr. J hadir dalam hidup si A cuba menjadi penawar kekecewaan si A

CP percaya si A nih setia, pasti dapat bahagiakan sahabat CP nih, terkadang terbit rasa cemburu sebab tak dapat dinafikan, ada rasa sayang untuk sahabat CP nih.....tapi mungkin tak sehebat sayang CP untuk......hm....tak perlu disebut lagi nama tuh......


***

Mr. J dah lama menyimpan perasaan terhadap CP tapi disebabkan CP terlalu tergila-gilakan sahabat baiknya Mr. M **siapa yang pernah baca entry sebelum-sebelum ni mesti ingat dengan nama nih** Mr. J terus memendam perasaan, tidak mahu mengganggu hubungan CP dengan Mr. M, Mr. J mengalihkan perhatiannya pada si A, demi menghilangkan perasaan sayangnya pada CP, dia memujuk hatinya untuk menyayangi si A...

sudah pasti CP antara insan yang sangat menyokong usaha Mr. J, supaya Mr. J berhenti daripada terus menerus menaruh harapan pada CP, akhirnya, hubungan CP dan Mr. M menemui jalan buntu tatkala Mr. M menyatakan CP hanya teman biasa baginya...

Mr. J muncul semula cuba mencari peluang, ya, ada peluang, CP memang terfikir untuk menjadikan Mr. J sebagai pengganti tapi bila memikirkan si A telah mula menyayangi Mr. J, bila memikirkan, si A juga merupakan sahabat CP....CP memendamkan perasaan hati, si A lebih layak, jika Mr. J beralih pada CP, pasti si A kecewa.....yang penting, hati dan perasaan sahabat-sahabat CP 

CP bersungguh-sungguh membujuk Mr. J untuk belajar menyayangi si A, lupakan perasaannya pada CP, CP berhenti menghubungi Mr. J supaya semuanya berjalan lancar....supaya CP bukan lagi batu penghalang......

akhirnya, suatu hari, Mr. J mengakui dia dah mula sangat-sangat menyayangi si A, dia tidak mahu kehilangan gadis itu, Mr. J mula bekerja keras mencari rezeki, mengikat perut, cita-citanya hanya satu, untuk menyunting gadis itu untuk menjadi isterinya yang sah...si A kesempitan duit, lelaki itu sentiasa ada untuk membantu...sanggup berhabis demi si A

si A beruntung, sangat beruntung.....

Mr. J meluahkan hasrat hatinya pada CP yang dia akan menyunting gadis itu dalam masa yang terdekat, CP memberi kata-kata semangat supaya Mr. J meneruskan hasratnya namun, pada masa yang sama CP mula menjauhkan diri, tidak dapat dinafikan terdetik rasa cemburu..akhirnya CP mendiamkan diri dari Mr. J....

***

lepas CP dengar pasal si A melepaskan Mr. J, CP terus rapat dengan Mr. J semula, kalau boleh, CP nak buat Mr. J tak lagi rasa sedih, kalau boleh CP nak hilangkan kekosongan dalam hati Mr. J...kalau boleh CP nak Mr. J tidak lagi rasa keseorangan, kekurangan.....CP ada untuk dia....CP ada...

tapi....CP hanya boleh ada untuk dia sebagai sahabat......dia layak yang lebih baik....CP akan terus support dia....

***

aku sayang kau weyh ! serious.......aku nak kau teruskan hidup nih dengan tabah dan kuat....aku dah anggap kau sahabat aku yang paling baik dan aku sayang, aku hope kau terus kuat J.....apa pun yang jadi kau kena kuat......

aku tahu ujian kali nih memang berat, hati siapa yang tak diruntun hiba tika kehilangan seorang insan yang paling kita sayang dalam hidup nih....seorang insan yang bergelar mak....aku ingat lagi, kau sanggup cuti untuk jaga mak kau sakit kat kampung tanpa perlu berharap pada adik beradik lain.....

'J, lewat kau reply mesej aku'

---->'sorry wei, urut mak aku tadi, mak aku saket-saket badan'

'sekarang kau tengah buat apa?'

---->'baru lepas suap mak aku makan....'

bersungguh kau jaga mak kau tapi nih takdir ilahi...akhirnya mak kau tetap jua dijemput ilahi...bawakkan banyak bersabar wei...aku dari jauh mendoakan semoga kau sentiasa tenang menghadapi ujian nih...jangan sakit lagi....aku nak kau tahu....aku sangat ambil berat pasal kau sebab kau sahabat aku.....





6 komen budak kiut !:

Azhafizah Md Nor said...

Al fatihah untuk arwah mak kawan awak

Jay Ar said...

Perkara yg paling sukar dlm hidup ialah jujur dgn perasaan sendiri. Kdg2 kita mengorbankan perasaan kita demi perkara-perkara lain atau demi orang lain. Akhirnya kita yang menjerut rasa kerana telah menipu perasaan sendiri....

Raudzah Z said...

Takziah untuk kawan CP..Agaknya disebabkan ni kot CP tak boleh tidur lena..doa banyak-banayk dengan Allah Ya..mintak petunjuk mkalau ada yang terbuku di hati.. In Shaa Allah diberi jalan nanti..

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Takziah yer utk kawan CP. Dugaan yg berat yg masih mampu dilalui oleh beliau. Apapun, smoga ia menjadikan kawan CP lebih matang.

Gud luck for both of you. Jaga pergaulan yer. Ambe sokong kalau korang kawan dan berjaya kawin. CUma jaga adab tau....jgn nakal2...heheeheh

baby comel said...

takziah utk sahabat cp dan keluarga beliau. Sekurang2nya sebelum mak dia pergi dia sempat berbakti. moga terus besar menjadi anak yg baik, kekal berjaya dan terus bahagia menemui cinta sejati.. cuma time belajar ni belajar lah, jangan bercinta terlebih sebab perjalanan hidup kalian jauh lagi.. masih jauh,

cweet pinky said...

@baby comel dye dah kerja :)