Friday 9 May 2014

opah, hanya tinggal kenangan....

warahmatullah...
lama dah kan CP tak menjenguk blog nih, huhuhu ~

1st sekali CP nak mintak maaf la, sebabnya CP tak ade mood nak bukak blog nih, tah ke mana hilang mood nak berblogging nih, nak taip pun takde idea padahal baru kejap tadi berbondong2 idea datang menjengah ke hotak ni, (dalam bahasa kasarnya)

selama nih CP dah lama tak menceritakan perkembangan hidup CP nih, then tetibe hari nih keluar tajuk

"opah, hanya tinggal kenangan"

untuk pengetahuan sahabat-sahabat CP di blog nih, opah CP dah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 minggu lepas tak salah CP iaitu pada hari RABU, 23 APRIL 2014, jam 3.30 pagi...

CP pun tak tahu apa perasaan CP masa mak CP call subuh tuh (belum masuk waktu Subuh), sampai la ke waktu matahari dah nak mula tegak CP masih lagi mengharap itu semua mimpi....


mesti yang baca nih tertanya-tanya punca kematian opah kan ? 


opah mengalami strok seluruh badan, dalam pada masa yang sama ada penyakit buah pinggang yang dah agak kritikal (menurut apa yang doktor bagitahu)

dan pada anggapan CP, ade lagi sebab musabab lain yang menyebabkan opah akhirnya meninggalkan kami, tapi tak perlu la CP sentuh kat sini, jauh dalam sudut hati kecil CP nih, CP masih lagi terkilan dengan pemergian nih, sedangkan dah masuk 3 minggu dah kalaw tak silap CP opah meninggalkan dunia nih....

lumrah, CP pun tak sanggup tengok opah menderita lama-lama terbaring atas katil tuh, tapi......


takpelah, bialah CP simpan jer perasaan CP yang tak terluah nih, bukan CP kecewa dengan ketentuan ALLAH SWT, CP kecewa dengan sikap beberapa insan yang tertentu semasa opah masih hidup.....


mungkin nih memang dugaan, nak salahkan orang pun, CP pun apa kurangnya.......sama jer...

tinggalnya sekarang, reda ajela....kan, semoga roh opah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, harap opah dijauhkan dari azab ALLAH SWT....

amin.....


tak perlu sebenarnya kita nak terlalu meratapi kematian seseorang, sebab kita juga bakal menyusul, kita menangisi pemergian orang lain, sedangkan dosa kita yang bertimbun nih perlu ditangisi terlebih dahulu, apa yang tinggal, apa yang kita mampu, hanyalah doa, menangis tak memberi manfaat apa-apa pun....

sentiasa merindui opah....



al-Fatihah...



last sekali, CP nak ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat-sahabat blog CP yang sudi berkunjung ke blog nih walaupun CP dah lama mneyepi, in shaa ALLAH, CP nak aktif semula....rindu jugak nak berblogging, berkunjung blog sahabat-sahabat blog CP nih, entah apa khabar berita....

semoga bertemu di entry seterusnya....


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH





2 komen budak kiut !:

Unknown said...

takziah CP, Al-Fatihah utk arwah opah.
pasal blog, sama la. sekali sekala je buka blog, update entry.

aswadz said...

takziah CP.