Sunday 24 November 2013

Playboy itu EX aku

nampak ?? gempak tak tajuk entry ?? memandangkan sekarang tengah sibuk cerita PLAYBOY itu suami aku, CP pun nak interframe tajuk ala-ala drama gak....

CP cuma nak mengimbau kisah silam saat-saat CP tengah bergelumang dengan suasana hot, sweet couple dulu, idea nak imbau kenangan nih pun bukan datang suka-suka sebenarnya, hari jumaat lepas, CP dapat SMS dari EXboyfriend CP (cik UCOP) 

tanya khabar CP dan nak jumpa kat KL katenya, rindu nak jumpa dan sebagainya lah kan, CP layan jer setiap SMS cik UCOP tuh....dia mintak CP tolong teman dia jalan-jalan kat KL katenya, then bermalam kat sana, kat rumah kakak dia....


bermalam tuh yang CP tak sedap nak dengar, CP pun tanya, kenapa sampai nak bermalam, CP prefer balik ari jer...**balik ari - jalan-jalan dalam masa sehari 

dia kata, dia taknak jumpa CP kejap jer, dia nak CP teman dia lama....lagik la tak sedap nak dengar.....


CP tanya bila dia nak berjalan-jalan tuh, dia kata hari Sabtu (semalam 23 Nov 2013), dia nak habiskan masa selama 4 hari, mean 4 hari CP kena teman dia, lebih kurang macam tuh la maksud dia....

haih, bertambah-tambah tak sedap la hati CP nih, ingat honeymoon ker nak jumpa anak orang lelama macam tuh....kang tak pasal jerrrrrrr.......


mesti korang baca dari atas sampai la sini, mana cerita yang ade kena mengena ngan tajuk PLAYBOY tuh kan ?? hehehe ...

nak dijadikan cerita, masa CP sempat belajar kolej FELDA selama 6 bulan dulu, CP berkenalan dengan cik UCOP nih, dia nih dikategorikan sebagai senior kat situ dan tua setahun dari CP, masa tuh umur CP 18 tahun dan dia 19 tahun, masa dalam sesi perkenalan, macam-macam dugaan dah jadik, datang sorang-sorang mengaku dia awek si UCOP, pernah sekali CP dikepung oleh sekumpulan perempuan-perempuan **ironinya, salah seorang perempuan-perempuan tuh dah jadik kawan baik CP pun sekarang**

diorang tanya, apa sebenarnya hubungan CP dengan si UCOP nih dan kebetulan, CP memang tengah berkawan SAHAJA dengan si UCOP nih.....masa tuh tengah sayang kan, tak percaya yang si UCOP nih banyak skandal, percaya je la cakap si PLAYBOY nih.....


suatu hari tuh, terkantoi jualah, si UCOP nih memang seorang PLAYBOY taiko di kolej tuh, dia sendiri mengaku then dia mengaku walaupun banyak skandal, dia betul-betul sayang CP sorang jer...**leyh caya ker?**


then, pada waktu malam yang hening, dia bagitau CP henset dia rosak tak boleh nak mesej, CP okei jer larr... tak lama lepas tuh, sikit jer lagi CP nak lelapkan mata, SMS masuk dan .....taraaa....cik UCOP tersalah hantar mesej nampaknya.......


CP reply,

"kater henset rosak, nih boleh jer hantar mesej, okeilah, rasanya sampai sini jelah hubungan kita nih, bye !"


lepas gaduh-gaduh malam tuh, akhirnya putus la secara rasminya dan membawa kepada lost contact selama setengah tahun la agak-agak, CP ingat lagi, time raya CP dapat call dari dia mintak nak couple ngan CP balek, tapi CP memang jenis takkan couple balik dengan EXboy **tuh prinsip masa zaman hingusan, sekarang tak lagi sebab jodoh tuh kan di tangan tuhan**



2x jugak la dia contact untuk sambung semula , tapi kedua-dua kali tuh jugak CP tolak, trauma untuk couple dengan dia lagi, dan kali ketiga dia contact nih, nak ajak jumpa lak


masa CP mintak putus tuh, bukan CP takde perasaan, siapa tak sayang tapi dah tak tahan dengan sikap dia...lagipun tak rugi apa-apa kalau putus pun......

hakikatnya , sampai sekarang CP rasa hidup dia masih di takuk lama....rasanya la, tak amik tau pun....


pada yang dapat dia sekarang nih **bagi CP mustahil untuk mamat nih single**


tahniah la yerr....papepun nak pesan jer, rupa jer tak menjanjikan bahagia, sekian......


6 komen budak kiut !:

tomato oren said...

hahahaaa...playboy taiko tu tak leh blah..
apa2pun hati hati la dgn lelaki skang...
bak kata senior kt tpt kije akak ni,lelaki yg baik dah pupus zaman skang...hahahaaa....

aku HaniAsyira said...

Nmpk sgt palayboy.. jgn caya.. jgn caya

hana hadi said...

erm.. mesti hensem, tu banyak skandal. tapi kan kebanyakan playboy mesti hensem sebb tu playboy kan kan..

tapi bg hana xda istilah playboy cuma dia ramai peminat je.. hehe

p/s:ada gambar dia ka? ngeee

dariilhamkehati said...

@tomato oren haahaha , tak sampai tahap pupus kot, mungkin kiter je tak jumpa sebab kita tak cukup baik nak jumpa yang baik2 tuh :P

dariilhamkehati said...

@aku HaniAsyira yer , CP dengar nasihat hani sampai ke lubuk hati :P ehehehe ~

dariilhamkehati said...

@hana hadi hahaha , biasala, dah ex kan, elok jer putus , terus CP padam semua kenangan2 tuh , ahahaha !