Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu
menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah
institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat
mengenai keperibadian individu itu sendiri...
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini
juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin
dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya
menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau
dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang
agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan
sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang
demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai
dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam
hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga
gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu
di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama
dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada
dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak
degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu
untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang
terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda
lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu
yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya
dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel,
mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi
mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial.
Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta
bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali
gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak
semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian
yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan
individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan
anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa
bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri
anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri
0 komen budak kiut !:
Post a Comment