Tuesday, 8 October 2013

new housemate



haloooo, untuk pengetahuan reader sekalian, CP dah pun memulakan semester baru (sem5) bagi tahun yang ketiga di UPSI, berbeza daripada orang lain, CP bukan jenis orang yang memilih housemate ataupun roommate, CP jenis tawakal je siapa-siapa yang jadik housemate or roommate CP


sepanjang CP menginap di kolej kediaman, CP dah jumpa pelbagai ragam housemate semenjak dari semester 1 lagi, ada yang jenis kurang kemas sikit, ada yang rajin study, ada yang pendiam, ada yang jenis kemas, peramah dan sebagainya..


tapi buat masa nih semuanya okei, tak ada yang buat perangai pelik-pelik atau terjadi perkara yang pelik-pelik yang melibatkan housemate atau roommate seperti yang di alami oleh beberapa orang sahabat CP
misalnya, ada yang jenis taknak solat bila dinasihat melenting, kurang ajar dengan tetamu yang tumpang bilik, pengotor tahap maksima, kedekut, tak tahu nak bezakan barang sendiri dengan barang orang lain, ada yang duduk rumah sewa lak, housemate bawak masuk lelaki la .....


haish ! part bawak masuk lelaki tuh la paling CP tak boleh terima, kesian kat sahabat CP, dia cuba menegur tapi dia yang dimalukan depan housemate lain, housemate lain yang selama ini bersama-sama cakap belakang, tak ada seorang pun yang tampil ke depan untuk back up, akhirnya, untuk semester ni sahabat CP tuh ambil keputusan untuk sewa di tempat lain


macam-macam dugaan dan CP sangat bersyukur CP tak jumpa lagi masalah yang macam tuh, buat masa nih semua roommate dan housemate CP okei je, semua dalam keadaan yang waras
CP bukan taknak mintak serumah atau sebilik dengan siapa-siapa tapi CP jenis yang tak boleh terlalu lama dengan orang yang sama, 1 semester tuh pun dah kira lama bagi CP, bukanlah berlagak, CP lebih suka bertukar-tukar housemate dan roommate sebab boleh jumpa orang yang berbeza, perangai yang berbeza dan dapat pengalaman yang berbeza


memang ada jugaklah negatifnya kalau kita tidak tentukan sendiri housemate kita antaranya:

-dapat housemate yang tak layak untuk jadik housemate yakni memiliki sifat-sifat negatif seperti pengotor, sombong, kedekut, kurang ajar, dan sebagainya.

-ambil masa untuk menyesuaikan diri

-dapat yang tak serasi, at the end, dari awal sem sampai habis sem, tak berapa nak bertegur sapa
-dan sebagainya **otak jem pulak nak terang banyak-banyak ni**


entry nih CP nak cerita pasal housemate baru tapi dah ke laut dah nih, ehehehe ~
okei ! back to the topic, CP sangat berpuas hati dengan housemate baru, masuk je CP dalam rumah, semua kemudahan lengkap, contohnya, seterika, papan seterika, periuk nasi, pinggan mangkuk, heater.....tambahan pulak CP baru masuk rumah tu selepas 2 minggu kuliah, ke mana CP pergi sepanjang 2 minggu tersebut ??
boleh terjah ke entry ini

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/10/kejohanan-pencak-silat-antarabangsa.html
okei, dah ??

kesimpulannya, housemate CP yang nih, tak berat mulut nak menegur, tak lokek nak berkongsi barang, yang paling best, diorang kerap memasak untuk makan satu rumah, segan jugak kalau nak makan selalu yang diorang masak, so sebagai ganti, CP pun memasak untuk diorang kadang-kadang
then, bonus lak, diorang nih pembersih dan rajin, bukanlah kemas sangat tapi masih lagi dalam rate bersih, selesa, hormat privasi orang lain, buat kerja teratur, singki dan tempat masak tak pernah dibiarkan kotor dan serabut...

yup ! CP sangat puas hati ...
good job guys !!

**akhirnya, cerita pasal new housemate sikit je, hahahaha... introduction yang panjang lebih-lebih, apa-apa pun, happy reading**


2 komen budak kiut !:

OKje said...

Untung dapat roomate yg macam tu CP...itu pun rezekikan!!
Kena bertolak ansur...barulah masing masing happy

nooramirah said...

best nye dpt housemate mcm tu...sy punya housemate pon mcm tu juga tp ada juga sowg junior yg panjang tangan...huhuhu....