Tuesday 1 October 2013

maafkan saya awak

kejutan ! tuhlah yang CP boleh tafsirkan...
kejutan yang CP maksudkan bukanlah kejutan untuk majlis harijadi ataupun hal-hal yang berkaitan tapi CP dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang CP dah lama tak jumpa, seseorang yang pernah wujud dalam hidup ini, MR. S

CP gembira sangat tengok dia senyum **kitorang webcam** , senyuman yang selama ni CP ingat dah hilang lepas CP tinggalkan dia, sakitkan hati dia, CP ingat dia akan benci CP takkan hubungi CP lagi

mungkin ke dia dah tak marah ??? mungkin ke dia dah okay ???

tapi persoalan tuh tergantung sampailah saat CP menaip entry nih, persoalan tuh masih tidak terjawab, CP terpempan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh dia yang jelas mengungkit semula perkara-perkara lalu......

"kenapa awak tinggalkan saya dulu ??"
"apa perasaan awak lepas awak tinggalkan saya ??"

CP cuma jawab,
"saya tak ada jawapan untuk soalan macam tuh , benda kan dah berlalu, saya minta maaf, saya tahu saya salah"

"awak tahu awak salah ??? apa yang awak salah ??"

CP terdiam sejenak, cuba berfikir positif, 

"sebab saya yang tinggalkan awak....saya minta maaf"

dia masih lagi tersenyum, senyuman dia manis macam dulu, CP memang rindukan senyuman tu, CP pun membalas senyuman dia walaupun hati CP dah mula berdegup kencang

"saya nak kahwin..." ujarnya pantas

CP tergamam tapi cuba mengawal perasaan, berfikir positif......

"nak jemput saya ke ??" soal CP tanpa ragu-ragu.

"sanggup ke awak tengok saya kahwin dengan orang lain ??"

sekali lagi CP terkedu. Soalan apa ni ??

"saya........hm....awak serius ke ni nak kahwin ??"

"yerr...saya serius. nape pulak saya nak main-main hal macam ni. selama ni pernah saya main-mainkan awak, pernah tipu awak ?? awak sanggup ke tengok saya kahwin dengan orang lain ?"

sekali lagi soalan itu diulang.....

okei....fahamlah CP sekarang. masa nilah dia nak melunaskan semua perasaan sakit dan tidak puas hatinya selama ini. CP diam dan CP melayan kerenah dia selama  kami berwebcam. pelbagai soalan ditujukan. satu persatu jelas menunjukkan apa yang dia rasa selama ini. CP terima setiap apa yang diluahkan. CP layan...layan...dan layan sebab CP rasa memang patut dia meluahkan apa yang selama ni dia simpan.
hati ni pedih terus pedih sebab CP memang salah. memang patut dia tanya. hati dah mula sebak...

'sayang, maafkan saya'

hati nih berbisik halus....memang tidak akan terluah. rasa bersalah CP mula mnyucuk-nyucuk. hati semakin sebak. air mata menunggu masa nak keluar. CP rasa nak menjerit. MAAFKAN SAYA AWAK....MAAFKAN SAYA.....

suara CP dah mula bergetar.....
"awak nanti kita sembang lain...."

pantas je tangan CP menghalakan cursor ke tanda pangkah. laptop terus di shut down. CP menyembamkan muka ke bantal. terbayangkan wajah dia. senyuman dia. CP faham, kesan luka itu masih ada

***

jawapan-jawapan untuk soalan dia itu ada tapi CP tak sampai hati nak ungkapkan rasa malu nak luahkan ibarat membuka pekung dada CP sendiri.

"kenapa awak tinggalkan saya ?"
**saya tinggalkan awak sebab saya sayang orang lain tapi saya hanya bertepuk sebelah tangan, dia tak sukakan saya pun....

"apa perasaan awak lepas tinggalkan saya ?"
**saya menyesal tapi saya malu nak bercakap , nak berdepan dengan awak lagi, awak layak yang lebih baik...

"awak bahagia sekarang ?"
**saya sendiri tak pasti saya bahagia atau tidak....tapi saya harap awak bahagia, kalau boleh memang saya nak tebus semua kesalahan saya pada awak, andai ada peluang , saya bahagiakan awak semula tapi layakkah saya yang telah sakitkan awak ??? sekarang pun awak nak kahwin kan, saya nak awak bahagia...tolonglah bahagia...kalau saya ni memori pahit awak, lupakanlah saya....sebenarnya, saya dah dapat balasan saya sebab tinggalkan awak....masa tak boleh nak di undur .....
saya taknak kenang .... saya taknak ... bukan mudah juga nak hidup dalam rasa bersalah ni awak ..
kenapa dulu saya buta sanggup tinggalkan awak sedangkan awak dah terbaik untuk saya....
berkali-kali persoalan tu bermain dalam fikiran saya tapi.....buntu...saya doakan dia yang bakal jadi isteri awak, takkan sia-siakan awak... saya harap.... 
"awak sanggup tengok saya kahwin dengan orang lain ?"
**kalau saya tak sanggup ? boleh awak batalkan perkahwinan awak ? boleh ? saya tak layak pun nak cakap tak sanggup, saya harap sangat awak bahagia sekarang....saya harap bahagia... saya nak luka awak sembuh...takpela...biarlah saya sakit andai itu boleh membetulkan apa yang tak betul sekarang ni....

***

banyak lagi soalan lagi yang dia ajukan, tapi tak terluah CP kat sini...entahlah...sayangkan dia...kalau boleh biarlah dia bahagia sebab CP tapi apa yang dah jadik nih ibarat kertas yang dah dilipat, kalau dibuka semula pun takkan seperti asal....

2 komen budak kiut !:

OKje said...

oooo pasai boypren yeh.....hehe
biasalah anak dara mcm CO ni mmg banyak masalah cinta hehe.....
Tak pe tak pe ...... len kali jangan kecewakan org tau CP....

dariilhamkehati said...

entahlah , macam sejarah macam nih bakal berulang lagi ...