Apa
hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan
memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?
Ustaz Azhar Idrus:
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!
Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh
aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa
yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada
tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami
sendiri."
(Hadis Riwayat Muslim).
Adakah sah qurban itu?
Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram.
Jadi, macamana nak upah mereka?
Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.
Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?
Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah. Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban
belajar hukum mengenainya
itu adalah WAJIB.
itu adalah WAJIB.
“Islam itu MUDAH…”
6 komen budak kiut !:
salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<
@NM03
bereh :)
perkongsian yang bagus :)
TQ KERANA SUDI SHARE....
bagus2 . tira baru tau nie . thanks cp .
Bagus CP. Ramai yg tak tau...itu sebabnya kena belajar dgn ustaz2. Even kat sekolah pun tak penah diajar.
Gud job CP.
Post a Comment