Tuesday 8 October 2013

contact lens (CL) on action

ramai yang kata contact lens (CL) itu bahaya, boleh merosakkan mata tapi CP antara penggunanya...
perhatikan mata itu....
adorablenya ~~~~puih !!


tapi nih gambar lama, masa nih CP masih lagi semester 2 sekarang CP dah semester 5, agak lama CP berhenti pakai....

rasa-rasanya la, CP berhenti masa CP di awal semester 3, sebab semua CL CP dah habis tempoh, malas nak beli yang baru, selesa hanya memakai spek mata, kemudian, setelah beberapa lama, CP tengok ada beberapa sahabat CP **pengguna spek mata sebelum ini** mula menggunakan CL, tiba-tiba terdetik di hati CP untuk pakai CL jugak, ahahaha , rindu pulak rasa....lalalalala...

then, minggu lepas 2/10/2013, CP menggunakan CL yang CP beli daripada kedai cermin mata, lebih selesa beli CL di kedai cermin mata dari beli secara online dan di pasar-pasar malam, CP lebih yakin dengan keselamatannya...takut jugak mata rosak, siapa tak sayang mata weiiiii...

pertama kali CP pakai CL sebab CP rasa mata nampak cantik la pakai CL, tapi bila CP sendiri pakai, em....terasa macam alien bila anak mata lebih besar, ahahaha !! tapi CP tetap rasa comel, kah3 !!

**perasannya**


but now, CP masih menggunakan CL just tak teruja macam dulu, actually CP tetap comel tanpa CL, kah300 !! tolong muntah ~~~ kah300!!!



belakang tuh toilet , ahahaha , toilet tuh lagi comel rasanya (pic tanpa CL) ...

pasal CP comel tuh , itu merapu , ahahaha !! tolong jangan terpengaruh !!

berkenaan penggunaan CL boleh merosakkan mata, CP tak menafikan kenyataan tuh, sebab CL betul-betul melekap pada mata memang berisiko besar merosakkan mata, lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan CL tanpa pengetahuan yang cukup, guna ikut sempat orang kata, tidak tahu cara-cara yang betul menggunakan CL

CL kini bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu penglihatan iaitu tujuan utama semasa mula-mula CL diperkenalkan, CL kini dah jadi seperti satu trend, lifestyle, fesyen dan sebagainya.....

antara kesan negatif memakai lens ialah mata menjadi merah

tapi, kesan ini berlaku bukan disebabkan pemakaian CL semata-mata, hal ini disebabkan si pemakai mengabaikan kebersihan CL dan cara pemakaian dengan betul, malah ada yang masih menggunakan CL yang sudah tamat tempoh, CP juga pernah mengalami simptom mata merah ini disebabkan CP memakai CL terlalu lama melebihi tempoh masa yang sepatutnya...bila fikir balik, memang menakutkan, hal ini berlaku disebabkan CP memakai CL tanpa pengetahuan yang sepatutnya....

seterusnya, CL boleh menjadi terlalu melekap dengan mata dan terlalu longgar dengan mata

hal ini pula disebabkan CL yang tidak sesuai dengan mata, ada mata yang mempunyai kadar air yang tinggi dan ada mata yang mempunyai kadar air yang rendah, oleh hal yang demikian, pengguna CL sepatutnya sedia maklum dengan kelembapan mata anda sebelum memilih CL,

selain itu,  CL boleh terkoyak di dalam mata!

CL boleh terkoyak, of course la, tapi bukan terkoyak tanpa sebab, CL boleh terkoyak jika si pemakai tidur dalam keadaan masih memakai CL, wah3 !! bahaya tuh ~

ketika tidur, anak mata kita akan bergerak-gerak dan CL kita boleh terkoyak, apatah lagi, dalam keadaan mata kita yang tertutup, CL kita tidak dapat sebarang oksigen dan berisiko kering dan koyak...selain itu jugak, pastian CL anda direndam mengikut tempoh yang sepatutnya supaya kelembapan CL itu terjamin...

last but not least, jangkitan bakteria

jaga betul-betul CL anda !!! nak pakai tak salah tapi jangan sampai terkena jangkitan bakteria, jangkitan bakteria ini berlaku bukan salah sesiapa tapi salah pengguna yang mengabaikan cara penggunaan CL yang betul ~ semasa memakai dan membuka LENS, pastikan tangan anda betul-betul bersih jari dan kuku........kuku panjang ?? no !!! please berhati-hati, anak mata anda amat berharga.. 

sentiasa follow up dengan doktor mata, WAJIB ! kalau doktor kata awak tak sesuai pakai, jangan pakai !

***

btw....ada juga yang mengatakan memakai lens yang lebih besar dan berwarna itu haram, hal ini CP tak dapat nak komen banyak, CL yang baru nih pun berwarna dark brown yang menyerupai warna anak mata CP, tetapi saiz lebih besar dari anak mata sebenar .. wallahualam...

apa-apa pun cantik tapi bukan original apa gunanya kan ?? huhuhu !!
















7 komen budak kiut !:

Athirah said...

ap yg saya tau, pkai contact lens agak bahaya, macam yg CP ckp tu la, rasa dy cane, tak tau la plk cos sy xpkai spek dlm kata lain, mata clear lg,,hehe..
btw, poning la bc CP CL ni, lbh kurang,,haha

Chel Alalguring said...

kite pun pakai CL juga, tapi dah berbulan dah tak pakai.. kalo CL korea original tu tak pe juga kan? yg penting kebersihan tu.. iye dak?

Kekzamanis said...

Akak pun dah lama tak pakai CL.. Dulu rajinlah.. Skang lebih selesa dengan spek mata.. Selamat pun selamat.. Nak tdo, tod jer.. Hehehe..
ZON PERMAISURI CHOMEL

Kuazue Mohamad said...

Assalammualaikum... hihihi.. adoila kamu.. somel.. masih somel.. setiap kejadian tu ada cantek nyer... tak kira la pakai spek or lens, cantik atas kejadian n cantek bukan hanya terletak pada ghupa.. cantek.. hanya pada mata yg memandang.. apa pun...cik azue datang ziarah n terus follow (polower # 541).. jom ke blog cik azue
http://kuazue.blogspot.com
dan kalau rajin.. meh la cuci mata kat page cik azue juga..
https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

dariilhamkehati said...

traz zain : aha , memang bahaya la , bg CP lak , jaga atau tak jaga , CL memang bagi kesan yang tak baek pada mata...pasal CP dan CL tuh , ehehe , CP yanng tulis nih pown poning nih ha , ahahaha !!

hafizah alsa : hehehe , CP pown tak pernah dgr pasal CL korea nih , ehehe ~

rosmiza ali : taw takpe, memang selesa kalu tak pakai CL, skg nih CP pakai untuk masa2 tertentu je , bukan senang nak pakai, memandangkan CP nih agak penakut sebenarnya time nak pakai tuh , naek setengah jam jugak la kalaw nak pakai CL

kuazue mohd : ehehehe , betul tuh ! yang penting cantik dalaman tuh ..in shaa ALLAH CP singgah .. :D

OKje said...

Tapi mmg cantiklah CP mata besar gitu....macma mata kartun ...kan comel tu!
OKje tak pernah pakai CL ni...

dya nasir said...

dya pernah cuba lens ni sekali je..lepas tu xpakai dah..hehehe..