Wednesday, 27 March 2013

A.W.A.K





lepas jumpa awak kelmarin , jantung ni asyik berdegup laju , 

saya mesej awak , awak rasa perkara yang sama ke ??

awak jawab , "tak"

rasa tersentap ~

salah siapa ?? 

saya sangka semua perasaan saya kat awak dah hilang , betul , rasa macam dah hilang , bila awak ajak nak jumpa , hm ... tanpa fikir panjang , saya percaya dapat jumpa awak tanpa sebarang perasaan tapi.....


perasaan ni terusik bile , awak sentuh tangan ni , kenapa awak buat macam tuh ? 


hati terusik , bila saya tertidur hari tu , awak usap kepala saya , kenapa awak buat macam tuh ?

seketika , saya rasa nak sangat tanya awak , awak sayang saya ??

tapi saya takut nak tanya , saya takut awak jawab "tak"


saya diam , tapi kini saya cuba luahkan pada awak , tapi tak tersampai awak , macam mana pun saya jelaskan , maksud tuh tak sampai kat awak 

awak asyik tanya , apa yang saya maksudkan ?? saya buntu 

saya tak pasti , maksud tuh tak sampai atau saya terlalu banyak berdalih , saya penat , sesak , terbeban

 kelmarin, 

hati saya saket lihat awak , tak berhenti berbalas mesej dengan dia , dia yang awak dah declare sebagai kekasih awak


jadi , siapa saya di mata awak ?

apa maksud sikap awak pada saya ?

mungkin ke saya nih betul2 sebagai permainan awak macam yang saya sangka selama ni ??

awak cakap awak nak jaga saya , tapi jaga macam mana yang awak maksudkan ?? sampai bila ? boleh awak tunaikan kalaw saya mintak awak jaga saya sampai hujung nyawa awak ??


saya takut nak tanya , takut jawapan awak nanti "tak"
















3 komen budak kiut !:

Mat Jo said...

dah lama xonline nie, xsngka plak blog nie dah jadi macam novel cintan-cintun plak ye, he

hainom OKje said...

bermonologlah ni kiranya CP eh...
dah jatuh hati namanya tu!

sa mic said...

boleh yati masukkan ayat ni dalam penulisan novel ni, heheh