Friday, 26 August 2016

Anak cerminan ibu bapa


hai, bertemu lagi dalam entry da bomb cweetpinky...tak pernah tak sweet...
kali ni CP menulis lagi satu entry yang agak serius...
entry kali ni CP lebih tujukan kepada golongan anak-anak yang sayangkan ibu bapanya...
yang tak sayang, duk jauh-jauh, tak perlu baca...
entry ini sebagai teguran dan luahan pendapat peribadi dari CP...


CP terkilan dengan orang-orang yang hidupnya terlalu bebas tanpa haluan...terutamanya kita la sebagai muslim...


solat tak buat, puasa main-main...
bila ditegur tak boleh...
pakaian tu kalau boleh semua nak tertonjol...
dalam rumah kalau boleh sedap-sedap je pakai baju dalam seluar dalam semata-mata...
mana perasaan malu....???


kalau bercakap, bergurau, tak melucah tak boleh...sakit telinga ni dengar guraun 18xx sedangkan yang bergurau tu seorang perempuan....


apa yang CP buat, CP diam, zaman sekarang, kalau kita cuba tegakkan kebenaran, kita la orang yang paling dibenci sekali...


kadang-kadang, serius CP rindu zaman CP belajar di UPSI, CP jumpa kawan-kawan yang beradab bila bercakap, pandai jaga hati kawan, dan sentiasa mengingatkan dengan amar makruf nahi munkar...


tapi lepas CP bekerja, CP jumpa dengan ramai orang yang dah tak kenal agamanya, yang masing-masing letak agama kat kaki......berbuat munkar malah berbangga dengan kemungkaran....


tidak malukah anda ??
ye...bila kita tegur dia akan kata, itu hal dia, bukan urusan kita untuk masuk campur....


setiap kali CP tengok perangai buruk seseorang, CP akan fikir...mak ayah dia tak ajar ke ??
mak ayah dia tak ajar ke dia solat?? mak ayah dia tak tegas ke dalam agama....?? mak ayah dia macam dia jugak ke ??


bukannya CP tanak elak berfikir macam tu tapi kalau tak banyak pun, sekurang-kurangnya sedikit terlintas di fikiran CP persoalan-persoalan yang macam tu...


akhir pesan CP...ingatlah anak-anak...dimana kau berada please be the best manner, please the best manner as muslim...sebabnya, awak macam-macam mana pun merupakan cerminan ibu bapa awak...
bila awak buat serong, orang akan pandang serong ibu bapa awak....


kemana-mana juga awak pergi, awak bukan semata-mata bawak maruah awak seorang diri malah bawak maruah ibu bapa awak, keluarga awak jugak....


tulisan ni bukan untuk push orang untuk berubah secara drastik, tapi sekurang-kurangnya terap la rasa malu....


last one, pesanan dari CP....please get rid of this set of minds...

ramai yang bagi alasan when we said, please mind ur behaviour....
"aku tanak jadi hipokrit..."


takda istilah hipokrit bila kau jadi baik.....

-end-

4 komen budak kiut !:

Nurul Aini said...

hummmm pening memikirkannya

Cik Yaya said...

salam..
yaya singgah melawat =)

betul..anak2 ni merupakan cerminan dari ibu bapa..
sebab tu ibu bapa digalakkan bila nak buat sesuatu kat rumah tu, kalau boleh buat yg baik, sebab ank2 ni dia xkan boleh mdgr kata,tp dia akn tgok ibu bapa dan ikut apa yg mereka lakukan..itu utk ank yg msih kcil..klo da besar ni,, mmg xboleh nak dlentur lagi, sdri la kne fikir baik dan buruk

eh.maaf.tpnjng komen..hihi =p

NUR CAHAYA said...

@Nurul Aini pening terus, hahaha...

NUR CAHAYA said...

@Cik Yaya hai yaya, i pun yaya gak, thank for the comment, panjang2 la best nak baca :D