Friday, 4 September 2015

Style Bakal Mertua Zaman Sekarang



Sehari CP tertinggal nak buat entry, hahaha ~


Hari ni zaman dah semakin canggih betul tak ?


Kita ada Facebook, Instagram, Wechat, Line, Whatsapp, dan macam-macam lagi la, apatah lagi kecanggihan tu kita boleh dapat dalam telefon jer...nak post gambar ke status ker, dah tak perlu dah nak bukak PC or laptop, settlekan semuanya menerusi telefon pintar....


Kalau anak muda kita semakin canggih, orang-orang veteran takkan nak ketinggalan jugak kan, zaman sekarang ni, pakcik makcik pun bukan main pakar jugak guna aplikasi-aplikasi maya ni, jangan tatau !

Dorang pun tau stalk-stalk dah sekarang, lagi-lagi yang dah target nak jadi bakal menantu tuuuuu....

Zaman sekarang, bakal mak ayah mertua, merisik senyap-senyap je bakal menantunya dalam Facebook ker, Instagram ker,

Baca status, tengok gambar, info, educated ke tak, berkawan dengan siapa dan macam-macam lagi la dorang tengok, jadi, kat sini CP nak cakap, korang-korang wanita ayu kat luar sana tu, berhati-hatilah yer....

Sekarang ni kita zaman ibu bapa celik IT, bukan lagi zaman tv hitam putih, hahahaha~

Bagi menjaga keayuan anda semua terutamanya wanita, lelaki pun tak ketinggalan, korang pun calon menantu jugak,

Jaga sikit tatasusila status tu, jangan nak mengada, gatai, menggedik tulis;

'Hari ni, I tengok wayang cerita Ombak Rindu dengan kawan-kawan lelaki I yang hot stuff, cantik menarik kau memang da Bomb !'

Geli geleman mak nak, bakal mak ayah mertua korang baca, kalau dah bagi cincin pun, mau dia pi ambik balik...hahaha...

Atau mungkin mengalami penyakit histeria, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi bila dah baca status korang yang ditulis macam akal tak panjang tuuuu, hahaha....

Sebenar nya, the main point dalam entry ni bukanlah pasal bakal mak ayah mertua pun, apa yang CP nak highlightkan kat sini,

Jaga akhlak mulia kita walaupun di laman sosial, sebab apa yang CP ceritakan kat atas tu baru perihal bakal mak ayah mertua yang 'merisik' kelakuan kita, yang tuh pun dah rasa seram-seram sejuk jer, hahaha, makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang orang kata....

Bayangkan la pulak malaikat kiri dan kanan kita ni, yang tak tertinggal sesaat pun duk 'merisik' perangai kita yang kejap senonoh, kejap lagi tak senonoh, pastu tak senonoh kuasa dua ni, hahaha~

Mana ada manusia sempurna, manusia dan tidak senonoh tu memang tak dapat dipisahkan, tapi sorok la tak kesononohan kita, tu, bak kata orang, bodoh tu simpan sikit tuk hari nyanyuk kita nanti, tu pun kalau sempat tua, kalau belum tua ajal dah menjemput?

So, the second highlight untuk entri nih, aktifkan akhlak mulia anda walau anda berlaman sosial sekalipun, cekidout !

itu sahaja,

Adios !




9 komen budak kiut !:

Afiqah said...

bahaya kalau orang stalk. hahaha nak nak bila df jadi stalker. habis semua digeledahnya hahah :p detektif kan bhahaha

CD said...

parents zizie jugak tak pandai guna semua tu :D

Athirah said...

betoi, betoi.. dorang dah advanced...bahaya ni, nk kena post bnda baik2 je la..hahahaa....

p/s:
balik kampung, no internet, so, no post maaaa....haha

Unknown said...

adoiii..nasib mak mertua che amy bukan kaki IT....huhuhu...selamat kahkahakah

CikTeddyCorner said...

Well written! :D

fifie feyca said...

hahaha.. terbaik!

Madam N said...

bagus2..betul kata2 u tu

CikTeddyCorner said...

Hi CP! lama tak singgah sini :) Lamanya dia tak menulis..huhu

Unknown said...

haha, memang zaman akhir ni udah modern semuanya kan neng