Monday 17 August 2015

Sebab Tak Suka UPSI

hasil COPY dari blog beliau! haha~


Hai, CP dapat idea dari hasil keramahan CP dengan blogger bernama Aisyah Sukor yang juga seorang pelajar UPSI~ Si manis kita student Biology ni ada update beberapa perkara yang menggambarkan UPSI dalam entry dia yang bertajuk:
"Tentang UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)"


**boleh klik tajuk entri untuk baca**


Jadi, entry CP ni lebih kurang kesinambungan dari entri dia lah, entri CP ni pulak adalah sebab kenapa ada antara mereka-mereka yang tak setuju apa yang di
suarakan oleh cik Aisyah kita nih :D


Tentang UPSI: (20 item)

1. Nature enough and out of busy traffic

2. Get enough oxygen supply from banjaran

3. Jimat duit. No shopping mall. No Jusco. No Aeon Big. Duit ptptn boleh simpan

4. Dekat dengan Tasik Proton City. Tempat tu sangat cantik. Setiap petang ramai orang

5. Setiap petang dapat tengok view Sunset

6. Hutan belakang UPSI ada air terjun

7. Kalau nak jugak pergi mall, ada Aeon Rawang. Nak lagi best, KL tu satu jam je dari Tg Malim.

8. KTM ada. Tak jauh dari UPSI kampus lama. Jalan kaki pun boleh

9. Sini ada Domino, Pizza Hut, KFC, Secret Recipe. Burger tepi jalan pun ada delivery.

10. Pelajar UPSI busy dan penuh dengan aktiviti. Tak akan bosan.

11. Kolej kediaman yang sangat selesa macam apartmen. We have 3 rooms in a house. Each room consist of two beds siap almari dan meja belaja. Then kita ada dua toilet dalam satu rumah dengan 3 sinki. Kolej Kediaman kami antara kolej kediaman yang terbaik kalau nak banding dengan U lain.

12. No worries about the transport. Perkhidmatan bas kiffah kami adalah antara yang terbaik juga. On time setiap 30 minit. Setiap kolej ada.

13. Masjid besar yang dekat dengan kolej kediaman.

14. Kampus baru juga dekat dengan kolej kediaman. Boleh jalan kaki. Tak perlu transport.

15. Ada perkidmatan sewa basikal, sewa motor dan kereta. Harga berpatutan.

16. Kakitangan UPSI sangat berdedikasi especially Pak Guard.

17. Lecturers terbaik dari ladang. Kebanyakannya kelulusan master PhD dari oversea.

18. Wifi yang membuatkan korang tak study.

19. Hujung-hunjung minggu boleh pergi mandi sungai. Sungai Kalumpang, best. RM2 untuk berjam-jam dari pagi sampai petang

20. Setiap petang, courts dan padang tak pernah lengang. Ramai cikgu-cikgu sado dan cikgu-cikgu cantek beriadah di sekitar UPSI kampus baru.



Sebab Tak Suka UPSI (20 item)

1.    Dia tak suka alam semula jadi, dia suka suasana yang bising dan kereta berlambak-lambak atas jalan 24 jam, kalau boleh, biar sampai tersagat badan dia dengan badan kereta baru FEEL


2    Dia tak bernafas pakai oxygen tapi pakai udara Nitrogen 



3.   Dia ni jenis boros keje nak bershopping 24 jam, kalau boleh rumah pun nak bina dalam shopping 

mall


4    Dia lebih suka melepak dekat Sg Klang, hahahaha !


5.   Dia tatau pun maksud sunset tu apa


6.   Dia tak minat mandi air terjun, jenis layan tub mandi jer..


7.   Kalau boleh mall kena bina depan rumah dia, pastu upah orang angkat dia bawak masuk mall



8.   KTM kalau boleh bina railway yang lalu rumah dia



9.   Ni budak jenis layan MCD jer...


10.   Bukan UPSI tak ada aktiviti untuk join, dia sendiri sebenarnya budak yang membosankan, takde life


11.   Mungkin dia nak kalau boleh tiap bilik ada bilik air sendiri, pastu nak siap letak aircond **banyak cantek muka kau



12.    Kalau pasal bas pulak, bukan bas tak on time tapi dia yang tak reti tengok jam, jam gerak kul8, tapi kul8 baru nak keluar rumah



13.   Dia tak tau pun jalan ke masjid kat mana, atau mungkin dia belum dapat Hidayah....atau dia memang tak ambik tau la pasal masjid nih



14.   Dia sejenis insan yang sayang lemaknya terbazir akibat jalan kaki ke kelas



15.   Kalau boleh kena sediakan kereta, motor, basikal free untuk digunakan



16.   Siapa yang tak suka pak gad tu mesti dalam kalangan malas beli sticker, hahaha, termasuklah CP



17.   Pasal lecturer lak, up to lecturer jugak nak kata terbaik ker tak, ade jugak yang hampeh....buat masa ni CP tak dapat lagi lecturer hampeh



18.   Siapa kata wifi UPSI slow, CP budak paling tegar tengok citer lam laptop online, jarang buffering, siapa yang slow tu mungkin dia ada saka yang bawak nasib malang kot



19.   Dah CP cakap dah budak ni tak suka air terjun, jenis layan air dalam tub je, kalau tak pun pengunjung tegar Sunway Lagoon




20.   Kalau jenis gamer tegar heran ke dia dengan court-court ni sume, duk bilik jer mengadap lappy, hahaha ~ spesis takde life jugak ni



DONE !




20 item yang CP sediakan ni menjawab kepada 20 item yang disenaraikan oleh cik Aisyah kita, number item mengikut turutan yang disenaraikan cik Aisyah....



CP kat atas tu banyak merapu daripada fakta, hahaha~ maaf yer....



Tapi kesimpulannya, wajib untuk kita bersangka baik kat tempat kita belajar, buat apa kita nak bersusah payah carik keburukannya, kalau ada keburukan biasalah, mana ada benda yang sempurna kat dunia ni, just bare with it, kalau kita nak selesa kat tempat kita belajar, haruslah kita berfikir yang positif barulah kita tak mudah down...



K, itu saja,


Adios !




9 komen budak kiut !:

ejulz said...

hahaha.. terbaek.. :)


Jemput singgah "Mencari Blogger Untuk Review Produk"

Nazihah@Jiha said...

dulu apply upsi tp tak dpt, dpt pula Ums hehe

dariilhamkehati said...

@Nazihah@Jiha CP pulak nak UMS dapat pulak UPSI sebab UPSI kena letak pilihan pertama sebab pendidikan kan

Syahida Ali said...

Hahaha...macam2 kan org zaman skarang ni..tp upsi best kot..syida selalu hantar adik n lepak sana jgk..asrama mmg terbaik:)

dariilhamkehati said...

@Nurul Syahida CP pun rasa macam tuh, sebab CP dah pernah dah pergi kolej-kolej kediaman universiti lain, tak sama macam UPSI, kemudahan kolej kediaman UPSI memang terbaik

Cik Aza said...

hmm betulll. U mana2 pon mesti ada baik buruk dia kan..

Dulu ada gak 'kawan' ngan budak upsi.. hehe kitorang kalau nk jumpa, jumpa kt Mid Valley je.. ohh kenangan.. haha

btw, macam mana tag nama orang dlm komen mcm CP buat tu? ajar skit plis. hehe

Aisy said...

hahahaha. Hi from Aisyah Sukor. nice entry btw. haha. tapi saya dah delete dah entry saya yang lama tu. may you come to my new post kut ade yang you nak suarakan. hehe

http://nuraisyahsukor.blogspot.my/

Unknown said...

nak tanya, kalau master dia tidak menyediakan asrama eh? and memang kelas jumaat sabtu je eh & kalau 2nd intake means feb intake dia akan belajar sem 1 ke sem 2?

Mhammad Adham said...

menarik sanggat, hahaha... nk tanya, upsi ada sediakan gym x???