Wednesday 19 August 2015

Persepsi terhadap Anak Lelaki dan Anak Perempuan





Terdapat beberapa persoalan dalam benak CP tentang persepsi orang kita terhadap anak lelaki dan anak perempuan...Anak perempuan mesti digesa untuk ke dapur, belajar mengemas, belajar membasuh pakaian, dan sebagainya yang melibatkan kerja-kerja rumah. Anak lelaki pula seringkali dikaitkan dengan kerja-kerja luar rumah, berkebun di luar rumah. 

Ada sesetengah keluarga, yang berkemas di rumah, perempuan, yang berkemas diluar juga tetap perempuan..

Persepsi masyarakat kita menganggap semua kerja rumah mesti dilakukan oleh anak perempuan, sebab in the future, perempuan akan menjadi isteri dan perlu menguruskan segala kerja rumah apabila berkahwin kelak.

In the end, kebanyakan ibu bapa ibarat terlepas pandang pada anak lelaki, apabila semua kerja dilakukan oleh anak perempuan, termasuklah sakit, makan dan minum ibu ayah diuruskan 100% oleh anak perempuan.

Kesannya, anak lelaki hanya melakukan kerja-kerja untuk diri sendiri sahaja, kebanyakan masanya lepas tangan dengan sebarang kerja rumah, dengan alasan lelaki nanti bakal beristeri dan kesemua kerja akan dilakukan oleh isteri untuknya.

Bila lepas makan, bangun, tinggalkan pinggan kotor atas meja makan. Kalau tak pun bangun, then tinggalkan pinggan kotor dalam singki. Pakaian pulak, selagi boleh longgok baju dalam bilik air, longgok la sampai busuk selagi takde tukang basuh....

**berdasarkan pengalaman**
 

Hal ini sering kali berlaku dalam keluarga yang memiliki adik beradik lelaki dan perempuan


CP sebenarnya sangat tak setuju dengan persepsi macam ni, why anak lelaki mesti dikecualikan daripada kerja rumah, kenapa tanggungjawab sebagai bakal menjadi isteri dan bakal menjadi suami perlu dibangkitkan dalam menentukan tugas anak-anak di rumah.


Menjadi suami, menjadi isteri adalah perkara yang belum tentu terjadi, belum tentu lagi kita akan mendapat pasangan dan berkahwin....


Takde mana-mana hukum yang menghalang lelaki daripada belajar memasak, takde mana-mana hukum mewajibkan perempuan memasak, sebelum anak lelaki dan anak perempuan menjadi suami atau isteri kepada seseorang, mereka hanyalah seorang bujang dan anak kepada seseorang


Maksudnya, tanggungjawab dia sebelum bergelar suami atau isteri, adalah tanggungjawab anak kepada ibu bapa serta adik beradik yang lain....

Sama-sama memasak
sama-sama mengemas
Buat kerja secara bersama, tak perlu nak label perempuan mesti buat kerja rumah, lelaki mesti rehat goyang kaki sebab bakal menjadi pencari nafkah....



Itu yang wujud situasi, bila anak perempuan takde kat rumah, alamatnya, tak berlauk la kat rumah, tunggang langgang lah rumah, sebab peranan anak dah ditetapkan macam tu, masa tulah baru ibu bapa tersedar, diorang tak ajar benda yang sama macam diorang ajar anak perempuan.....Akhirnya umur dah meningkat pun terpaksa buat kerja rumah sendiri bila ketiadaan anak perempuan...


**berdasarkan pengalaman**


Zaman sekarang lagi lah zaman kritikal di mana lelaki dan perempuan sama-sama bekerja mencari nafkah, suami dan isteri mesti sama-sama pandai membahagikan tugas supaya takde terbeban sebelah pihak jer...


CP tatau la kalau yang tukang baca ni faham apa yang CP nak sampaikan, kalau perasan coretan CP kali ni macam banyak memberat kepada perempuan, perempuan je asyik buat kerja, mungkin sebab CP anak perempuan....


Kesimpulannya kat sini, CP harap tukar persepsi peranan anak lelaki dengan anak perempuan ni sebab kita manusia ni belajar membantu kepayahan orang lain, memahami orang lain....jangan bentuk peranan anak berdasarkan dia bakal menjadi future husband atau future wife...

Kalau perempuan kena pandai basuh pakaian,
Lelaki pun kena pandai basuh pakaian....

Kalau perempuan kena pandai memasak,
Lelaki pun kena pandai memasak...

Kalau perempuan kena pandai menyapu,
Lelaki pun kena pandai menyapu...


Bagi CP kerja-kerja rumah ni perkara basic yang semua orang kena tahu tanpa mengira jantina okei....


"ALLAH SWT  ni dah berikan lelaki lebih kudrat dan akalnya kan"


Maaflah, penerangan CP ni hanya berdasarkan pandangan CP je, sebab CP ni pun bukan pandai bab-bab agama ni....

Papepun ilmu agama tu paling penting sekali untuk didik anak-anak...jika agama kita letak yang pertama, keluarga yang bahagia itu pasti...in shaa ALLAH...



itu saja, 


Adios !










3 komen budak kiut !:

Unknown said...

Ummi baca di malam hari.
Jom.. terjah blog ummi : http://ummidihatiku.blogspot.com/2014/09/info-kanser-usus-punca-sembelit-kronik.html

Syahida Ali said...

mungkin ada benarnya kat CP..doakan Syida dapat didik anaklelaki Syida supaya mencontohi akhlak Rasulullah ya.. :) aamiin...

Pykaa Pdott said...

Btol tuh stuju sgt , zaman skrang laki boleh bt keje prmpuan dan prempuan pon boleh buat keje laki , tak gtu . hehe