Thursday, 20 August 2015

BADAK , get well soon !


Semalam CP dalam keadaan kucar kacir sikit, mana taknya salah seekor kucing CP sakit, huwaaaa !!
Kucing CP ni namanya BADAK


Kucing CP tu sebenarnya, dah lama luka kat bahagian kaki tapi CP tak ambik concern sangat sebab mak cakap, selagi dia boleh jilat luka tu, luka tu akan baik.
Boleh dikatakan berminggu jugak lah kucing tu luka, dijadikan cerita, semalam CP tiba-tiba terfikir nak tengok bahagian luka tu, yela, dari jauh CP tengok luka tu nampak macam makin teruk pulak, then CP tengok secara dekat....


Ya ALLAH !!!


Berlubang, tulang nya yang berlubang, CP perhati dalam lubang tu....

Ya ALLAH !!! Ulat !!!!!!


CP pun dah tak tentu arah dah, carik mak, mak takde.....CP angkat Badak, letak dalam kotak, carik kunci kereta, Zoooommmmm!!

terus gerak ke klinik Haiwan Slim River...

**Klinik Haiwan Kerajaan**


Sampai je kat sana, CP bawak Badak masuk kat dalam klinik, CP ingat, treatmentnya, orang tu akan keluarkan dulu ulat-ulat tu dari dalam kaki Badak, rupanya tak......

Dia just sembur dengan ubat pemati ulat je kat luka tu, jadi CP macam tak puas hati la, kenapa tak bersihkan dulu luka tuh, huh !

Dia kata takpe, sembur banyak kali nanti ulat tu mati sendiri....

CP nak tau sejauh mana dah ulat tu korek dalam kaki tu, huwaaa !! Macam mana kalau dalam sangat ? Boleh ke main sembur jer ????

Then, orang kat klinik tu bagi CP option, nak beli ubat sembur tu ke atau nak bawak lagi kucing tu ke situ esoknya...

CP decide beli ubat jelah, lagipun jauh lah klinik tu dari rumah CP, kalau takat datang sembur macam tu jer, CP pun boleh buat....


So, CP beli ubat tu dengan harga RM30

ni gambar ubatnya bagi siapa-siapa yang tatau !

Then, dia ada bagi ubat krim luka, included dengan harga ubat spray tula, service pulak dia cas RM5, so total CP bayar semalam RM35 plus service !


Duit minyak RM20...


Pagi ni CP ada sembur lagi kat luka Badak, CP masih nampak ada ulat lagi kat luka tuh, besar, gemuk-gemuk ulat tu dalam tu !


Maybe petang or tengah hari nanti CP sembur lagi,


BADAK !!! Get Well Soon !


itu saja,

Adios !




3 komen budak kiut !:

PeRdU cINta said...

Allah.kesiannya badak..moga cepat sembuh ye..

Nurul Faiz said...

semoga Badak cepat sembuh :)

Nurul Ashikin said...

senoga cepat sembuh ya badak..