Wednesday, 12 August 2015

Aku yang tunang, kau yang panas






Sebenarnya dah lama CP nak update pasal ni tapi asyik kelupaan je, kalah mak nenek umur 100 tahun.

Lepas jer CP dapat aktif semula blogging ni, CP blogwalking la kawan-kawan blogger CP yang lama-lama, wah3 ~ ada yang dah kahwin, bertunang, berbadan dua, berbadan 4, 5 dan seterusnya.


Macam biasalah bila kita sebut pasal pertunangan kita akan bayangkan perempuan tu akan berpakaian cantik, bermekap, ada gambar bertunang, ada pelamin dan sebagainya. Kebanyakannya macam tu kan ?


CP tak pandang remeh ataupun nak mempertikaikan majlis pertunangan yang sememangnya dah menjadi trend orang Melayu kita sekarang ni, macam mana besar pun majlis mereka nak buat itu bukan hal CP, bukan juga duit CP.


Dalam agama kita pesan, rahsiakan pertunangan, bukan perkara palsu ataupun fake, atau perkara yang main-main, CP pun akui tuh. 


CP takan mempertikaikan tu jugak.


CP akui kat sini, i'm not single anymore, aku jugak merupakan tunangan orang tapi bertunang tanpa mekap, tanpa cincin, tanpa majlis, hanya ikatan perjanjian antara aku dan dia, antara keluarga aku dan keluarga dia.

**nak guna aku pulak dalam entry ni**


tapi ada mulut-mulut yang cuba menafikan ikatan kami, ada yang kata aku syok sendiri, pandai-pandai sendiri. Aku juga suarakan pada kawan-kawan yang rapat, yes, aku nak kahwin dalam masa yang terdekat....


Yes, aku memang nak kahwin, sekarang ni dalam progress untuk ke arah tu. Tapi ada beberapa insan nih macam kerap sangat jer nak memerli, dikatanya aku ni kecoh-kecoh tak kahwin-kahwin jugak. Silap hari bulan orang yang senyap tu kahwin dulu. Rancak betul dalam group whatsapp perli-perli aku, lupa agaknya aku ni manusia yang ada hati ngan perasaan.


Kau couple berkurun-kurun lepas tu tetiba putus sebab jumpa lelaki lebih baik dari Ex-Bf kau. Aku takde nak bangkitkan pun, bagi aku tu aib kau, buat apa aku nak buat bahan. That's why aku pernah kata kat kau, couple bertahun-tahun pun tapi kalau dia bukan hak kau, dia bukan hak kau okei ?



Bila aku kata, yer, aku ni tunangan orang.

"Eh, mana cincin? Tak pernah nampak cincin pun....Kalau tunang mesti ada cincin...."


Wei, sukati aku la nak bercincin ker tak bercincin ker, sejak bila pulak wajib bercincin nih...???


Lain orang kan lain cara, tak perlu la nak pertikai teruk-teruk cakap aku ni syok sendiri bagai, sebab tak ada majlis grand-grand macam orang lain, ikatan aku ngan si dia korang nak pertikai pulak. Mak ayah aku dah akui, mak ayah si dia dah okei. Declare sikit punya baik. Korang pulak nak jadi 'pak penilai tak bertauliah' tentang hubungan aku.


Disebabkan nak elak diri dari kena perli ataupun bakal diperli. Aku pun dah malas la nak muncul sangat dalam group. Muncul sikit-sikit je, bila masuk bab kahwin ke apa, aku malas nak ambik port sangat. Kang ber das-das aku kena....



Buat benda salah pun dah memang salah, tak salah pun dipersalahkan jugak...manusia oh manusia...dunia oh dunia.....


Adios !


psst:  Sekarang aku dalam usaha nak plan majlis sejimat yang mungkin dan sesimple yang mungkin, aku survey pakej paling murah 13k kot.....botak lah, hahaha ~ ker ada apa-apa cadangan or pakej yang paling jimat korang pernah dengar, aku kalau boleh nak ikut pakej yang nikah ramai-ramai tu jer....hahahaha~












12 komen budak kiut !:

Afiqah said...

pehh lamaa tak komen sinii

SuperMario Bros said...

Memang susah nak puaskan hati semua orang. It's okay, what matters is that Allah knows. :)

NuSaNa NoSa 91 said...

yup, better simple je untuk majlis tunang.. tak payah grand sangat.. masa nak kahwin dan lepas kahwin nanti, lagi banyak nak pakai duit.. abaikan kata=kata kutukan orang.. yang penting, benda wajib settle.. ^_^

syasandeul said...

chill CP chill hehe :D mulut org sentiasa takleh nak tutup tambah tambah yg jenis mulut long....kang... adess terpaksa sebut gak :3

org kata dugaan orang bertunang, eh betul ke?? kalau salah maaf, saya budak baru belajar, masih di bangku sekolah T_T

Jomsantaisekejap Jss said...

Dalam bab2 nikah ni sebenarnya yang penting ialah buat apa yang wajib dulu mengikut syarat2 nikah…
Yang lain tu ikut pada kemampuan dan jugak perancangan keluarga masing2 cara mana yang lebih baik..yang penting selamat diijabkabul..
Apa2 pun sy doakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan…

cweet pinky said...

@Afiqah hahaha , terima kasih sudi datang dan komen, mesti terlalu teruja nih datang sini, hahaha ~

cweet pinky said...

@SuperMario Bros betul tuh, hope hati ni terus sabar....

cweet pinky said...

@NuSaNa NoSa 91 duit banyak nak guna kan ?? apa pun dia nak buat ngan majlis dia selagi tak bertentangan syarak, biarlah then doakan kebahagian kawan tuh, kan lebih sweet

cweet pinky said...

@syasandeul hahaha , betul latuh, sekolah pun kena tau jugak benda nih kan ? hehehe

tq bagi kata semangat kat CP...hehe

cweet pinky said...

@Jomsantaisekejap Jss in shaa ALLAH, amin ya robbal alamin :D

Sue PeLik said...

waalaikumusalam...
ya Allah.. lamanya tak melawat sini. dah bertunang adik ku ini rupanya. wah! yaka... awak dah abehkan pengajian di UPSI. skema pulak ayat aku neh. hihihi. tahniah CP!!! doakan akak pulak tamat pengajian di UPSI yo tahun depan. hoihihhihihi. akk doakan CP cepat2 posting dan kawen. kikiki. alhamdulilahh...

semoga kita masih rajin berblogging..huhu

cweet pinky said...

@Sue PeLik laaa, akak kat UPSI ker ?? tak kabo pun ke kita, hahaha ~ kalau tak boleh gak jupe akak, lanje nasi kerabu...

**CP belanja pakai duit akak**