Saturday, 14 March 2015

Dosa Semalam seorang Mujahidah





setelah beberapa hari, CP kembali meringankan jari runcing nih menaip sesuatu...actually hari nih merupakan sejarah dalam hidup CP sebab sedang melalui kursus Pra Perkahwinan yang dianjurkan oleh Kolej Za'ba tak silap CP

apa yang CP nak komen kat sini, kursus nih sangat berguna, ia bukan sekadar berbicara tentang perkahwinan tapi turut menyelit perkara-perkara asas bagi iman, ibadah dan islam...suatu pengisian yang sangat baik buat CP, pengisian yang mengingatkan para peserta kursus tentang ilmu asas Islam yang mungkin telah ditinggalkan dan diambil ringan selama nih...

balik-balik CP bermenung...sesak dan sebak dada ni sebab betapa banyak yang CP tak tahu....suatu penyesalan sebab selama nih CP hanya mengejar dunia yang penuh dosa dan fitnah nih....

agaknya di mana silapnya ? di mana indahnya dunia andai tersasar dari jalanNYA, dimana nilainya nikmat hidup jika tanpa redha dan rahmat ALLAH SWT, dimana agaknya ???

wahai manusia, termasuklah CP, berhati-hati dengan nikmat kerana bukan semua nikmat sekadar nikmat semata-mata, nikmat juga ada berupa dugaan, dugaan kesenangan lebih bahaya dari nikmat kesusahan, dengan kesenangan lah manusia lebih mudah lupa asal usulnya...


once seseorang pernah cakap, zaman remaja, zaman muda....zaman untuk berseronok dan berhibur....

terdiam CP mendengarnya.....ye, CP pernah berseronok, bernah berhibur tapi...cukup lah, cukup lah setakat ini...

sebab berseronok tika masih muda tuh suatu teori yang silap, silap sama sekali....kita bukan berseronok tapi sedang membazirkan masa muda kita, masa muda yang ALLAH kurniakan masa, tenaga, kesihatan yang cukup2 baik....

di saat berkemampuan ini lah kita perlu tumpukan segala yang mampu pada amal....

terfikir tak ??? di saat kita muda nih pun kita rasa sukar untuk laksanakan ibadah, apatah lagi tika kita dimamah usia....saat nikmat muda kita ditarik, di saat tenaga kita, tubuh badan kita semakin tidak berdaya ?? bagaimana agaknya kita nak mengamalkan ibadah dengan sempurna..masa tuh kita mula rasa terkejar-kejar, rasa menyesal, mula terfikir mengapa ? mengapa aku tidak mula dari dulu, di saat aku masih lagi bergerak pantas, di saat aku masih lagi bertenaga dan berdaya ???

siapa dapat menyangkal tidak akan berasa sesal di masa tua nanti setelah dia membazirkan masa mudanya ??

mungkin ada yang menyangkal, tetapi sanggup kah menghadapi penyesalan di kemudian hari ?? lebih buruk lagi jika penyesalan itu selepas nyawa bukan di kandung jasad lagi.....


itu jika.....

kita mungkin akan menghadapi masa tua...masih lagi ada peluang untuk berubah, tapi ingat....maut dan ajal itu tidak mengenal usia....

~Diari Seorang Mujahidah~

sincerely ~ cweetpinky

1 komen budak kiut !:

Eintan Nurfuzie said...

perkahwinan sesuatu yg kita kena kuat.. pelbagai dugaan dalam perkahwinan..