Wednesday, 21 January 2015

Antara agama dan bangsa

And hai too all reader, selepas bertahun tak bersua muka, errr, tak bersua coretan kini cweetpinky muncul semula, harap post CP kali nih tak terlalu mengikut emosi..
Entry kali nih CP cuma nak melahirkan pandangan CP tentang agama vs bangsa, baru-baru nih CP terkomen kat video yang tersebar di FB, entah macam mana komen CP tuh menyebabkan rasa tidak puas hati beberapa pihak..

Video tuh tentang 3 lelaki India yang mengamuk di bawah pengaruh alkohol, bila CP baca komen-komen kat video tuh, CP pun terpanggil untuk komen just untuk mengingatkan lah, marah tuh boleh marah tapi agak tidak adil untuk kita terus menyalahkan satu-satu ras atas kesalahan individu...

Contohnya, ada beberapa India menubuhkan kumpulan samseng...kita tak boleh terus labelkan, ras India memang kaki samseng..

Itu jer yang CP cuba sampaikan, tapi ada pulaj insan mana tah, mengaku kuat berjiwa Melayu, mengandaikan CP cuba membela India samseng...malah gagal melihat usaha pakcik (pak aji mungkin) yang cuba meleraikan kekecohan tuh..

Secara terus terang CP agak terasa dengan andaian melulu tuh..okei, I admit, CP silap duk masuk campur hal macam nih..

Btw...my personal opinion...tak salah kita nak mempertahankan bangsa tapi kita seolah-olah, dah letak bangsa tuh keutamaan lebih dari agama...buat apa kita nak semarakkan lagi semangat bangsa berlebihan dalam diri...Secara kasarnya, semangat perkauman, nak tunjuk siapa lagi kuat...betul-betul mengarut...

Nak mempertahankan Melayu, menjunjung kesucian alQuran...sibuk dengan kemelayuan, sibuk dengan perkauman sedangkan Islam semakin hari semakin dirobek...Islam bukan terletak pada kaum...walau apa pun bangsa kita, kita tetap manusia yang datang dari induk yang sama, ADAM dan HAWA...

Wallahualam...


1 komen budak kiut !:

trah zain said...

Susah nk komen bab2 cenggini, nanti disalah ertikan pulak,,ehhee..