Friday 15 November 2013

result UPSR



haloooo...bertemu kita di entry hari jumaat...

semalam (14/11/13) kecoh pasal keputusan UPSR....siapa kat sini, adik, abang, kakak, anak buah ataupun mana-mana saudara mara yang lain terlibat dengan keputusan UPSR semalam ???


kebetulan, salah seorang anak buah kesayangan CP, AMIR DANIAL (kesayangan walaupun budak nih nauzubillah nakalnya) hanya beroleh 3A2B


bagi CP , CP berpuas hati dengan result anak buah CP nih....pemalasnya budak nih tak tergambar dari kata-kata, kalau suruh belajar tuh......liat susah nak kata....

CP sangat risau dengan performance dan CP langsung taknak menjangka apa-apa ataupun mengharap apa-apa, apa yang CP harap, result dia tak teruk, itu jer.....

alhamdulillah, si amir nih berjaya dapat 3A2B.....bagi budak 'perajin' macam dia nih, bagi CP tuh keputusan yang superb jugak la...

CP dulu pun 2B je walaupun CP nih kategori rajin...orang kata rezeki kan....rajin tapi kuat berangan, hahahaha !!


papeun CP nak ucap tahniah kepada mereka-mereka yang amik keputusan semalam, walau apa jua keputusan, banyak A ke sikit A ker takde A ker.....jangan lupa untuk bersyukur....kalau banyak A...jangan terlalu gembira sebab pejalanan adik-adik masih jauh, tersangat jauh lagi....

bagi yang kurang berjaya, jangan terlalu sedih atau kecewa, masih banyak lagi peluang....peluang masih lagi luas....kelebihan setiap orang/manusia itu berbeza.....masih belum terlambat untuk kita cungkil dan selidik bakat kita yang sebenar....

matlamat kita yang sebenar, untuk berjaya, berjaya belajar dengan ikhlas, berjaya untuk jadi orang yang berilmu, berjaya mendapatkan ilmu yang permanent, bukan takat ilmu untuk jawab exam sahaja, harap adik-adik faham dengan pernyatan nih....

bukan semua orang berbakat dari segi akademik.....

itu hakikatnya....untuk berjaya bukan atas peperiksaan besar semata-mata....berjaya dalam hidup bukan ditentukan dengan A dalam keputusan peperiksaan awam...

walau apa pun, macam biasa, CP nak ingatkan.....dapatkan ilmu untuk kita jadi manusia yang berguna dan menyenangkan diri dan orang lain kelak....apa yang paling penting....kita berjaya untuk jadi manusia...jangan setakat pandai di atas kertas sahaja....

~berjaya dunia dan akhirat...in shaa ALLAH~





1 komen budak kiut !:

aswadz said...

tahniah pada yg berjaya dpt result yg cemerlang. tp mcm CP ckp td, perjalanan diorang masih jauh lg. jd, x boleh leka.