Saturday, 16 November 2013

happy birthday sayang





pagi nih CP nak menjiwang sikit, boleh tak ?? hari ini secara rasminya bertarikh 16/11, hari yang membuatkan CP teringatkan seseorang yang CP sangat sayang sebelum nih dan masih sayang sampai hari nih....


ramai orang cakap, memang sukar untuk lupakan cinta pertama kita, tapi dia bukan cinta yang pertama, tapi orang yang pertama CP betul-betul suka, malangnya hanya CP yang menyimpan angan-angan......


hari nih merupakan hari kelahiran dia, pagi tadi baru CP teringat sebab ternampak notification kat skype  pasal tarikh birthday dia....CP tersentap tiba-tiba, nampak sangat CP masih sayangkan dia lagi



kenapa agaknya susah nak hilang perasaan nih ??


CP mula terfikir nak ucap selamat kelahiran kat dia, tapi......CP taknak dia ingat CP masih menaruh harapan, sampai tarikh birthday pun hafal lagi sedangkan dia belum tentu ingat tarikh birthday CP, selama nih pun kalau dia wish, sebab tahu dari FB, kalau CP tanya tarikh pada waktu-waktu yang tak dijangka, dia tak ingat pun, setakat ingat bulan sahaja


CP bukanlah nak memutuskan ukhuwah yang pernah terjalin cuma CP belum lagi bersedia untuk menganggapnya sebagai teman biasa semata-mata


ye, kalaulah di dunia nih ada kejaiban, CP memang mengharap dia kembali pada CP, CP masih mengharap....


kalau diikutkan, banyak entri CP cerita pasal dia yang menggunakan nickname-nickname yang tertentu....MR M, MB *mamat bengap


so, kat sini, CP nak ucap, selamat hari jadi pada awak, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, saya rindu dengan kata-kata sayang awak, kata-kata rindu awak yang memang jelas kini bukan lagi milik saya....saya harap awak bahagia dengan pilihan awak, tapi awak, terdetik juga dalam hati saya perasaan dendam dengan perpisahan nih, dengan sikap awak sebelum nih, mungkin sepatutnya kita wish benda yang baik-baik je kan....tapi awak....apa yang awak dah bagi tu terlalu pedih buat saya.....saya harap suatu hari nanti, awak akan terima pengajaran yang sepatutnya.....supaya awak tahu kesilapan awak, bukan kesilapan awak tinggalkan saya.....tapi kesilapan awak mempermainkan kebaikan saya selama nih.....saya harap awak takkan pernah lupa kewujudan saya dalam hidup awak....walaupun suatu hari nanti saya yang akan lupakan kewujudan awak dalam hidup saya...saya harap awak menyedari, mengakui dan memohon kemaafan segala kesalahan awak sebelum saya menutup terus pintu kemaafan nih....


"HAPPY BIRTHDAY SAYANG"












1 komen budak kiut !:

Sue PeLik said...

kan?? tak per adik syg...kenangan tu mengajar kita utk jadi lebih tabah. dun wori oke? melupakan tu satu proses insya ALLAH.. bila tiba masanyaaa nanti kenangan itu pasti akan jadi kenangan dan tak dikenang lagi :)