Tuesday 19 November 2013

perlantikan baru ahli jawatankuasa tertinggi Kelab Pencak Silat UPSI (MT KPS UPSI)



malam tadi berlangsungnya mesyuarat Kelab Pencak Silat (KPS) berkenaan post mortem Kejuaraan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa 2013 siri 4 dan kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan seterusnya pembubaran MT lama dan perlantikan MT baru....


tempat: bilik mesyuarat Pusat Sukan
masa: 8.00 malam


CP terlewat datang ke mesyuarat malam tadi sepatutnya pukul 8 dah start tapi 8.20 baru CP sampai disebabkan oleh beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan..
antara sebabnya:


- menunggu kawan dari kolej **CP memang dah ada kat kampus lama sebab kerja part time**


- yang paling sadis, tak jumpa bilik mesyuarat , hahahaha !! **tempat tuh tempat baru buat, call member yang dah sampai, tak angkat pulak, biasala, nak meeting kan, masing-masing la pakai silent fon kan...**


sampai je meeting, CP edarkan agenda untuk mesyuarat, tapi untuk pengetahuan korang, CP hanya setiausaha program kejuaraan pencak silat yang hari tuh, tapi, tak pasal lak CP kena buat agenda keseluruhan meeting....


ade beberapa perkara yang menyebabkan hal macam nih berlaku, kesan dari putar belit orang yang tidak bertanggungjawab...pasal putar belit nih, CP ulas kat entry seterusnya...
selesai post mortem untuk kedua-dua kejuaraan, akhirnya mesyuarat mula beralih kepada pembubaran MT terdahulu...


setelah itu, perlantikan baru pula dijalankan, perlantikan yang sangat obvious....akhirnya jawatan Setiausaha Kelab disandang oleh CP....


tak tahu la apa jodoh CP dengan jawatan nih, sedangkan nihla jawatan yang CP nak sangat elak......nak sangat.......tapi jawatan nih sentiasa jadi pilihan orang lain untuk CP....


CP memang dah agak dah....memang perasaan kuat mengatakan malam tuh orang akan pilih CP jadik setiausaha....kerja yang paling remeh...


tapi mungkin semua nih ada hikmah kot....takpela, CP akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab nih...in shaa ALLAH....


paling best...mesyuarat malam tadi berakhir jam 12 lebih....pergh! bas paling last jam 11.30, memang tak dapat naik bas la, alih-alih terpaksa berangkut-angkut oleh mereka-mereka yang bawak kereta, sebuah kereta terpaksa ulang alik sampai 2 kali duk angkut budak....aiyak!


notaKAKI: seterusnya, malam tuh kerja CP untuk assignment tertangguh lagik!


3 komen budak kiut !:

aswadz said...

CP dilantik mgkn sbb CP dah biasa pgg jawatan setiausaha, so diorang trust CP je la utk pegang jawatan tuh. AKA, orang laen malas la tuh...

dariilhamkehati said...

@aswadz agaknye la..nyerr pon...

Hana Hadi said...

CP rindunya kat blOg CP.HEHE