Hadis
Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi
Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai
tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq
tersebut mencecah bumi.
Baginda
bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai
ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid
sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
Baginda
bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan
sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara
tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril
a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih
fitrah.
Lalu
Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan
pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril
a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi
Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
Seterusnya
aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin
Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku
dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi
Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus
menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi
Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah
s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi
darjatnya.
Aku
dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi
Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa
a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan.
Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s
ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi
Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur.
Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar
mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.
Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan.
Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t,
baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang
mampu menggambarkan keindahannya.
Lalu
Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh
waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia
bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda
bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada
Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya.
Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda:
Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah
keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari
baginda.
Baginda
kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu
solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya.
Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda
tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah
s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan
hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan
sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama
dengan lima puluh solat fardu.
Begitu
juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya,
nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka
dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin
melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun
dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu
kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku
memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu,
mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada
Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
kredit to : paitkedin
4 komen budak kiut !:
bgus cp share pasal israk mikraj ni,dpt tambah ilmu:))
tengs 4 sharing ya CP :)
thanks tuk info ni :)
zafirah , cik fiza dan rafflesia , thx sudi singgah :D
Post a Comment