Thursday, 24 August 2017

Movie Review : Lebuhraya ke Neraka


recently, yaya tengok filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Lebuhraya ke Neraka, nak dijadikan cerita yaya ni memang peminat filem Mamat Khalid, start dari cerita Zombi Kg Pisang, Hantu Kak Limah, Rock, Kala Malam Bulan Mengambang, semua yaya layan...

bagi yaya garapan dari Mamat Khalid lain dari yang lain....tak sama macam yang pengarah lain tonjolkan, unik, santai, lawak pecah perut untuk yang lawak laaaaa...

berbalik pada filem Lebuhraya ke Neraka, kenapa yaya tak pernah dengar eh pasal citer ni......?? maybe yaya ni sebenarnya bukan follow up sangat pasal filem, tah macam mana kelmarin housemate yaya ajak teman dia tengok kat laptop, yaya layankan aje, tapi yang bertambah excited nak teman tu bila tau filem tu diarahkan oleh Mamat Khalid...

filem Lebuhraya ke Neraka ni dibintangi oleh:

Awie
Shahz Jaszle
Dazrin Kamaruddin
Khir Rahman
Miera Leyana
Fatin Syahirah

tapi watak yang paling nampak peranannya watak Awie dan Khir Rahman...lagi2 Khir Rahman tu, memang power lakonan dia...

kalau nak kata CGI, effect2 dalam filem tu takde la power mana, standard2 hantu kak limah laaaa...just content filem tu sangat mendalam dan menyentuh hati penonton, bagi yaya la, sebab memang sentap la citer dia, cerita dia berunsur dakwah di sebalik seram yang ditonjolkan...

siapa2 yang belum tengok, try la carik tajuk:

LEBUHRAYA KE NERAKA

dan rasai 'deep' filem tersebut..

kalau dah tengok kongsi la pendapat anda di ruangan komen..

berikut merupakan poster untuk filem ni

Image result for lebuhraya ke neraka poster

0 komen budak kiut !: