Saturday, 5 October 2013

trend komen bergambar




perasan tak sekarang ni di facebook ada trend baru iaitu trend komen bergambar, setiap gambar yang di post diruang komen mempunyai unsur-unsur humour yang sangat tak boleh blah ! ahahaha ~

mesti ada yang tertanya-tanya, mana diorang dapat gambar yang kelakar siap ada tulisan yang mengikut mood gambar tuh...

jawapan mudahnya, gambar itu diedit mereka yang si tukang komen atau orang lain, sebab ada antara mereka yang komen menggunakan gambar tuh hanya menggunakan gambar yang mereka save dari komen orang lain

bagi CP fenomena ini menarik, kadang-kadang CP pun ada menggunakan komen bergambar nih, gambar yang CP edit sendiri dan gambar yang CP save dari komen orang lain....


antara contoh-contoh gambar yang digunakan:




nampak tak , ehehe ... CP tahu mesti ramai perasan akan kehadiran komen bergambar nih, memang menghiburkan dari segi positifnya la...

tapi dari segi negatifnya, CP nampak kehadiran gambar-gambar bertulisan ini macam mengaibkan sesetengah individu, gambar yang sengaja diedit daripada lawa menjadi hodoh dan di tambah tulisan yang mengaibkan, cuba bayangkan kalau gambar kita yang di edit dan dijadikan bahan sindiran, bahan lawak, bahan untuk diketawakan, ape perasaan anda ??

suka?? teruja ?? gembira?? rasa popular?? nak lagi??

CP tak dapat nak menilai perasaan orang lain tapi kalau perasaan CP, CP akan rasa sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan negatif ...




7 komen budak kiut !:

ainil fazieda said...

Haha ! kannn ? Ainil pon terjebak sama dlm kes ney . tp ok la , menghiburkan :)

biskutcelup said...

biasanya PM kita yang selalu kena macam ni kan :P

Kekzamanis said...

Memang pecah perut kalau layan komen bergambar macam ni.. Tp x pernah guna lagi.. Kalau nak guna pun maybe akan guna watak2 kartun or haiwan2 comel kot.. So takde isu mempersendakan sape2.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

dariilhamkehati said...

@ainil fazieda CP pown terjebak , ahahaha , CP ade edit letak tulisan kat gambar jackie chan :P ahahaha..

dariilhamkehati said...

@biskutcelup hahaha ! taw takpe, walaupun kita tak suke seseorang tuh tapi tak sampai hati nak buat orang macam tuh , ehehe ~

puteri kasih said...

setakat ni lom lagi komen guna komen bergambar camni..hehehe

Lieya Von Jay said...

ah betol. selalu ja nampak. muka negro tak dak gigi yg paling tak bleh blah :)