Sunday 6 October 2013

pinjam




ringkas jer tajuk CP kali nih, sebenarnya, baru-baru ini ada sahabat CP yang CP dah lama tak jumpa, kira kenalan CP masa sekolah di tingkatan 4 dan 5 dulu, kawan lelaki, bukan bekas teman lelaki mahupun skandal okei !! 

dah lama dah dia nih tak contact CP, kali terakhir dia contact CP masa nak mintak couple, ahahaha !! **malu nak citer pasal nih** apa-apa pun CP tolak, lepas tu memang lama lah dia menyepi sampailah hari ini, tup-tup dia hantar chat kat facebook, CP saja lah menganjing;


CP : rindu saya ker ?
A : awak tak rindu saya ?
CP : biasa jerr...
A : aku contact kau nih sebab nak mintak tolong..

(haish, part mintak tolong yang lemah nih, masa senang tak hengat, masa susah baru datang carik...)

CP : nak mintak tolong apa nih? kalau aku mampu tolong, aku tolong....
A : nak pinjam duit sikit...sesak sangat nih....

(opss...opsss...pinjam duit???)

CP : pinjam duit memang tak boleh lah, aku pun tengah sesak nih, baru-baru nih ada dua orang dah pinjam duit aku, tak bayar lagik...
A : aku bukan nak pinjam banyak, RM50 jerrr....hari isnin aku bayar larrr ...

(masa dia mintak nak pinjam..hari sabtu...)

CP : bukan aku taknak bagi pinjam, tapi aku pun tengah sesak, sebab bagi orang pinjam la nih...dalam akaun bank aku tinggal RM100 je nih...
A : okay la tuh, aku bukan nak pinjam banyak pun, RM50 je, isnin nanti aku bayar....
CP : kau memang la kata nak bayar hari isnin, kalau kau tak bayar hari isnin, tak ker sesak aku jadiknya...
A : aku mesti bayar punyerrr ...
CP : kau cakap sekarang boleh lah...kalau dibuatnya kau tak bayar, pastuh ada lak emergency case aku nak guna duit, mana aku nak korek lagi duit...

***

berdasarkan dialog di atas, bagi CP, MR A kalau dia dah sesak sekalipun, dia kena pertimbangkan jugak keadaan orang yang dia mintak tolong, tak rasa kesian ke kat CP yang dah terdesak duit nih, bukan CP taknak bagi dia pinjam duit, kalau CP ada duit banyak sikit, CP dah bagi pinjam, nih duit yang memang cukup-cukup je, hakikatnya tak cukup pun...

sebab lain CP taknak tolong dia, CP masa sekolah pun mana rapat sangat dengan dia, agak susah nak bagi pinjam duit dekat orang yang kita tak kenal atau kurang kenal, sebabnya, kita tak tahu lagi dia nih macam mana, sedangkan orang yang kita dah kenal lama pun boleh buat onar lagi

bila kita cerita pasal pinjam-pinjam ni, masa nak pinjam memang manis mulut berbicara tapi masa nak bayar balik nanti, tengoklah, buat-buat tak kenal, buat-buat tak tahu je, kawan jadi tak kawan...

bukan tak pernah jadik, pernah jadik, ade salah seorang hamba ALLAH nih, pinjam duit kat CP masa CP masih lagi semester 2 sampai lah sekarang CP dah semester 5, tak bayar pun, langsung buat tak tahu je...

hamba ALLAH nih bukan CP kenal baru sehari dua, CP dah kenal dari CP tingkatan 2 lagik tapi tengoklah......tak sangka, macam nih rupanya perangai bila dah pinjam duit orang, buat-buat tak ingat...lama-lama CP yang malu sendiri asyik duk mintak, hamba ALLAH nih dah berkeluarga dan telah dikurniakan seorang anak yang dah bersekolah rendah pun, hamba ALLAH nih lebih tua dari CP, hamba ALLAH nih juga antara salah seorang yang CP sangka boleh dipercaya !

tapi hampeh.....

sebelum sahabat CP nih mintak pinjam, dah ada yang pinjam duit CP, nak dekat RM700 la jugak, nak dijadikan cerita, CP nih kan student, bagi orang pinjam nak dekat RM700 tuh bukan angka yang kecil !

tapi CP percaya dia akan bayar, sebab dia coach silat CP kat upsi nih, duit dia pun banyak habis sebab nak support belanja untuk ke game, dengan kata lainnya, duit dia banyak dihabiskan untuk kitorang nih jugak, apa salahnya kali nih CP tolong dia, CP rasa coach CP nih boleh dipercaya, sebab selain CP, ada beberapa orang lain lagi yang dia pinjam duit, dan dia dah bayar dah semuanya, tinggal lagi 3 orang yang dia belum bayar, CP dah 2 orang lagi sahabat CP...


macam-macam ragam kalau cerita pasal pinjam nih, CP seorang yang sangat susah nak pinjam duit, sebab segan tapi CP tengok ada segelintir orang tuh, mudah je nak meminjam....tak bayar pulak tuh...tak malu ker ??

cerita panjang pun tak guna, kalau kita dah pinjam tuh pandai-pandai larr bayar, kesian la kat kawan kita yang dah beria tolong kita tuh, ada masa dia susah jugak, bukan sepanjang masa dia senang...

ada pulak jenis orang kalau kita tak tolong, terus merajuk, putus kawan la dan sebagainya, nih lagi satu spesis tak boleh pakai, kalau spesis nih, dia taknak kawan ke merajuk ke, biarkan, lagi kita untung, tak payah ada kawan macam tuh....




1 komen budak kiut !:

aswadz said...

pd pendapat aku, btol dah tu tindakan CP x bagi pinjam. sbb ada kes jd kat member aku. mcm CP gak. kenalan yg lama dah putus contact, mintak pinjam duit. tak byk. tp bila pinjam, x byr2. rupa2 nyer dia mintak pinjam tu, ngan sumer kawan FB dia (menerusi chat gak). cuba bayangkan kalo dia mintak pinjam tu sket. tp kalo dah 300 kawan mintak pinjam, x byk ke dia dpt.