Wednesday, 6 March 2013

Memartabatkan Bahasa Melayu


berikut merupakan pendapat CP :


     saya sangat bersetuju berkenaan isu memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Tidak salah sebenarnya ingin mempelajari bahasa selain Bahasa Melayu kerana mempelajari bahasa itu juga dalam kategori ilmu tetapi apa yang saya lihat kini, dasar yang terlalu mementingkan Bahasa Inggeris seolah-olah menjadikan Bahasa Melayu melalui zaman-zaman kepupusan kerana terdapat sesetengah pihak yang langsung memandang Bahasa Melayu bukanlah bahasa moden dan lambang kemajuan. PPSMI bukanlah suatu usaha sia-sia tetapi dengan pelaksanaan dasar ini, pencapaian akademik menunjukkan prestasi yang merosot berbanding sebelum ini. 

     Bagi pendapat saya, usaha memartabatkan bahasa Melayu ini sepatutnya bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah malah di peringkat pengajian tinggi bagi subjek-subjek yang cenderung di ajar dalam Bahasa Inggeris seperti Sains dan Matematik. Mengeluarkan lebih banyak buku rujukan yang berbahasa Melayu disamping tidak menjejaskan pengeluaran buku rujukan yang berbahasa inggeris. 

     Menukarkan subjek lain dalam Bahasa Inggeris bukanlah jawapan bagi menyelesaikan masalah kelemahan pelajar kita dalam menguasai bahasa tersebut tetapi berpunca daripada pengajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Malah, terdapat guru Bahasa Inggeris itu sendiri yang tidak fasih berbahasa inggeris. [CADANGAN] Guru-guru bahasa Inggeris bukan sahaja mengajar berkenaan tatabahasa dan istilah umum semata-mata malah dapat mengajarkan istilah-istilah yang terkandung dalam subjek-subjek lain seperti subjek sains dan matematik.


ayat2 skema di atas merupakan komen CP berkenaan usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris 

setelah lama tak hupdate , akhirnya CP keluar dengan statement berdasarkan assignment on9 CP , ini pendapat CP , CP nak tahu pendapat pembaca2 dan pelawat blog CP pulak , bagi menambah ilmu dan membetulkan kesilapan yang ada :D

CP harap sangat bagi korang semua turut melontarkan idea masing2 , bersama2 kita berkongsi...




17 komen budak kiut !:

AQ Eyfa said...

wat hebat entri nih..bahasa melayu perlu dimartabatkan dan x salah nak mendalami bahasa lain jugak..caiyok CP

dariilhamkehati said...

@AQ Eyfa takde la sampai hebat ler , sajer jadikkan bahan hupdate , nih komen dalam ruang forum My Guru patutnye , btw tq sudi singgah , CP dah lame tak BW ... huhuhu ~

P#eoniX said...

yang dihormati,tuan pengerusi majlis,yang dikasihi tuan tanah....berdirinya saya disini sebagai menyokong pendapat yang dibahaskan seperti yang diatas...jika di indonesia memertabatkan bahasa ibunda mereka,bahasa indonesia sebagai bahasa kebanggaan...kenapa kita tidak mendukung bahasa ayahdnda kita...bahasa malaysia.....eh!!!terlebeh sudah!!heheheh....

Unknown said...

hurmmm bagi aku BM tu kita boleh memartabatkannya dalam perbualan harian. maksud aku, bila bercakap sehari-harian, guna BM yg betul... tapi kalau utk pendidikan, aku lg suka BI dipraktikan. sbb BI masa skrg adalah lingua franca ilmu. hendak taknak, mmg kne terima. ak pernah merasa kena tempias, bila sblom masuk U, smua dlm BM tp bila mjejak ke kolej/ U, BI dominant dlm pelbagai subjek. merangkak2 nk fahami ilmu *dlm BI* padahal kita dh pernah belajar *dlm BM*...dalam masa yg sama kita jadi agak ketinggalan dgn pelajar2 yg ada base BI yg kukuh.

utk course egineering, BI tersangat penting...

DAN, aku galakkan B1 diserapkan masa kecik2 lg pada waktu yg sama BM tak diabaikan...

krole said...

krole stuju sgt ngan pendapat wak..btul...kalau bole bkn stakat d skolah rendah jew..kat pengajian tinggi harus juga diterapkan pngguna BM ni...kan bahasa kita ni indah~so watpa nak bangga2kn BI tu...tp kata kopi paste kat atas ni ada btulnya jgk~~~hmmmm~~~

dariilhamkehati said...

@P hahahaha , ayat skema yang poyo :P hehehehe

dariilhamkehati said...

@kopi pasta tak salah jugak tuh ... tapi pembentukan MBMMBI membuktikan PPSMI kurang berjaya :D

dariilhamkehati said...

@krole kita belajar BI bukan untuk bangga tapi mungkin ade sesetengah pihak yang tak berapa nak berfikir sahaja yang berbangga dengan BI tuh ...

orang Melayu khususnya yang memperkecilkan Bahasa Melayu ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri ...

tapi bukan semua yang meminati dan mendalami BI itu memperkecilkan bahasa melayu , hanya ade beberapa antara mereka ...

Aimacomel said...

Sepatutnya hal memartabatkan bahasa tu dh dimula sejaj awal sbb kita ni org melayu. Tp kita sendiri yg merosakkan bahasa itu sendiri. Bahasa Inggeris pun sama penting jgk. Kalau kita dpt menguasai lebih dr satu bahasa pasti kita akan terasa hebatnya diri kan. Mcm CP kata bahasa lain pun ilmu jg. Tak salah kita belajar dan menguasai ttp jgn la sampai bahasa melayu sendiri tenggelam timbul kan..
Maaf kalau ada salah silap :)

Zierwa Zainal said...

hoho.. hebat2... aasgmnt zz dlu ade gk kna buat mcm ni.. ala, kira mcm msing2 kena keluarkan pndpat.. :) so, xde la yg mng n kalah

puteri kasih said...

pendapat puteri la kan..kedua-dua bahasa tu sama pentingnya. Dan sebaiknya kita perlu fasih berbahasa melayu dan berbahasa inggeris.

Dan sebolehnya kita jangan campur adukkan kedua-dua bahasa tu dalam perbualan seharian kita.

Bila perlu berbahasa melayu, kita berbahasa melayu yang betul dan bila perlu berbahasa inggeris, kita berbahasa inggeris dengan betul.

Apa pendapat CP pula? hehe

Vidic said...

nak martabat bahasa melayu tapi ramai pula pelajar2 skrg yg lemah bahasa inggeris... ini memberi kesan kepada persaingan dalam kerjaya..

dariilhamkehati said...

@baby comel pendapat CP la , subjek BI itu sendiri yang perlukan lebih pengukuhan , in shaa Allah dapat memperbaiki kelmahan nih , terdapat negara yang tak perlu untuk fasih BI tapi dapat menguasai bidang teknologi termasukla kejuruteraan dan sebagainya

hana hadi said...

MBMMBI- memartabatkan bahasa melayu memperkukuhkan bahasa inggeris

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Unknown said...

setuju sgt dengan pendapat CP...sekarang banyak buku rujukan kat U berbahasa english....jgn suatu hari nnti org nak wat ayat dalam bahasa melayu pun dah xleh dah..sori lama tak masuk blog cp..

kinara kinatara said...

stuju stuju...hyuhu

aku HaniAsyira said...

alamak.. dah lama tak buat ayat skema dah memberi pandangna bernas.. rasa kaku nak komen bernas ni..