(benda nih aku copy paste jep dari link seseorang n aku se mnarik tuk dikongsi bersama , SELAMAT MEMBACA ^^)
“Assalamualaikum Tuan! Maaf mengganggu …..” "Tuan! Tuan tengoklah blkg badan saya & betis saya ni. Semua parut & azab ini saya tanggung dengan penuh pasrah demi mempertahankan kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah. Dulu saya beragama Hindu. Baru setahun saya peluk Islam." “Masya Allah! Teruknya parut luka Pak Cik,” terpacul kalimah spontan dari mulutku sebaik melihat paparan yg cuba dipertontonkan kepada ku itu. “Kalau parut pun dah menakutkan mata yg memandang, apatahlagi badan yg menanggung luka yang berpanjangan ini,” jawab Pak Cik tu spontan. “Tapi Tuan, demi pertahankan Kalimah La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah, semua azab ini saya tanggung dgn penuh pasrah kpd Allah,” jelas Pak Cik tu dgn raut wajah kedukaan yg cuba disembunyikan menerusi kuntuman senyum penuh kepasrahan.
Oooo! Akhirnya aku mengerti bahawa Pak Cik tu menanggung segunung derita begitu kerana “masuk Islam” selepas lebih separuh abad bertuhankan dewa dewi Hindu. “Tuan! Parut yg bersirat di badan & betis saya ni adalah hasil belasahan adik beradik saya, anak-anak saudara saya serta anak saya sendiri. Mereka tak boleh terima hakikat saya masuk Islam,” sambung bicara Pak Cik tu dengan nada sedikit sayu. “Anak sulung saya yang saya berikan pelajaran hingga jadi pilot MAS pun sanggup belasah saya hingga jadi begini,” bersambung lagi bicara Pak Cik tu. Kali ini, bersambut dengan linangan air mata. "Tapi Tuan, walaupun seteruk ini saya diperlakukan, ditinggalkan isteri & anak2 yg dah dewasa dan dinafikan segala harta & kemewahan yg saya miliki sebelum ini, saya tetap setia menggenggam Kalimah Tauhid hingga ke hujung nyawa saya,” jelas Pak Cik tu dgn nada yang kembali teratur. Melihatkan saya termenung dan termangu,
Pak Cik tu pun bersuara ….. “Tuan sedih ke?” Kataku; “Ya Pak Cik! Sedih sangat. Kesian kat Pak Cik.” “Tak perlulah Tuan sedih dan kesian kat saya. Sepatutnya Tuan sedih melihat orang-orang Melayu mcm Tuan yang Islam sejak lahir tetapi mengabaikan Islam. Mereka tinggalkan solat, mereka tak jaga aurat, mereka bergaul bebas lelaki perempuan, mereka minum arak, mereka berjudi, mereka berhibur hingga lupa diri & mereka tolak hukum hakam Allah.
Malah mereka langsung tak hiraukan orang Islam yang bukan Melayu macam saya ni. Mereka anggap Islam tu milik mereka je. Hakikatnya, merekalah yang rosakkan Islam,” ulas Pak Cik tu panjang lebar. Selepas menarik nafas panjang, pantas Pak Cik tu menyambung semula bicara ….. “Mungkin mrk tak tahu betapa payahnya nak dpt hidayah & betapa payahnya nak pertahankan hidayah. Mungkin juga mereka tak tahu betapa mudahnya hidayah terlepas dari genggaman jika tak dijaga dgn rapi.”
Selepas seketika menundukkan wajah serta menghela nafas kecewa, beliau kembali bersuara ….. “Tuan kongsilah luahan rasa saya ni dgn shbt2 Tuan ye. Assalamualaikum ……!” ucap Pak Cik tu mengakhiri bicara ringkas seraya meninggalkan aku yg terkedu & termangu sendirian tanpa sempat menanya butiran dirinya, tinggal di mana, apa nombor handphone dan sebagainya. Dalam terkedu dan termangu, aku beredar ke kereta ku yang aku letakkan tidak jauh dari ATM tempat aku “draw” sedikit wang sebentar tadi tu.
Sebaik sahaja aku labuhkan punggungku di kerusi kereta, aku jadi “blur” & sebak tak menentu. Terdetik di jiwaku bhw aku juga Melayu & aku juga tak terfikir betapa sukarnya utk dapatkan secubit hidayah kiriman Allah. Malah, aku juga tak berapa bersungguh dlm mempertahankan hidayah yg kudus mulus tu. Terasa jahat sgt diri ni. Malah terasa begitu malu sekali kepada Allah Taala kerana dapat hidayah “secara percuma” & tak perlu bertarung nyawa utk dapatkannya & pertahankannya. Ya Allah! Banyaknya silap salah ku dalam menangani agama suciMU Ya Allah. Rasa serba berdosa dalam serba perkara. Akhirnya, sebaik alunan merdu “Lau Kana Bainana al-Habib” yg berkumandang menerusi pemain MP3 keretaku menerjah masuk ke telingaku, “blur” dan sebak ku pantas bertukar menjadi manik-manik jernih yg tanpa menanti waktu terus mengusap pipi kusamku. Ampunkanku Ya Allah ……
0 komen budak kiut !:
Post a Comment