Showing posts with label tips blogwalking. Show all posts
Showing posts with label tips blogwalking. Show all posts

Thursday, 27 February 2020

"41 Hari Segmen Bloglist #3 2020 "


memandangkan yaya ni dah lama jem otak dan trafik blog pun jem, yaya join segmen yang kebetulan yaya ternampak dekat blog mell



boleh klik banner untuk join**

ni antara syarat2nya:

Syarat-syaratnya:-
  1. Follow blog THIS LITTLE LIGHT OF MINE
  2. Buat entri dengan bertajuk "41 Hari Segmen Bloglist #3 2020 "
  3. Jangan lupa backlink dan letak URL blog di ruangan komen!
  4. Jawab soalan ini: Apa yang anda tahu tentang Muamalat dalam Perbankan?.
  5. #Semua orang yang menyertai segmen akan DILETAKKAN DALAM BLOGLIST
  6. Start: 20/2/2020 hingga 30/3/2020
  7. Terima kasih join dan menulis pendapat korang tentang muamalat dalam aspek perbankan. Tulis sahaja apa-apa yang korang tahu. ok? Terima kasih... Its okay kalau jawapan korang pendek sekalipun. No worries...
  8. Have a nice day everyone!

APA YANG ANDA TAHU TENTANG MUAMALAT DALAM PERBANKAN?

** sejujurnya yaya kena google dulu baru tau...

Ayat selamat untuk jawapan tatau...

jom meriahkan segmen ni, memang yaya tercari2 nak join segmen..

doa termakbul!

ada yang berdoa macam yaya jugak? nampaknya doa korang pun termakbul..




Wednesday, 26 February 2020

tambah bloglist !



gembira sangat di pagi yang hening jam 3 pagi nak mendekati 4 pagi ni sebab bila view blog ada yang komen entri2 yaya !

so, yaya secara rasminya menjadikan 2 orang komentar tersebut sebagai bloglist baru yaya..

yaya kongsikan blog dorang kat sini so siapa yang tersinggah entri ni boleh la melawat blog dorang okay..


*yaya share link je dulu, zaman aktif dolu2 rajin screenshot blog and link kan gambar, sekarang otak tengah tepu berblogging ni kita share link je...


cekidout gaiiiss,

https://mellcomell.blogspot.com/


https://www.raydahalhabsyi.com/


kedua-dua blog ni membawa pendekatan yang berbeza, design blog yang cantik, kemas dan memudahkan untuk baca..

bukan macam blog yaya ni, huru hara, design zaman otak budak sekolah ni, hahahaha..


Thursday, 20 February 2020

perempuan dan diet




tengah duk blogwalking tadi terbit idea untuk mengarang post baru untuk blog bersawang ni

itu la kelebihan blogwalking, dalam otak tengah blur nak tulis apa memandangkan dah lama sangat tak menaip, kaedah blogwalking boleh bantu untuk refreshkan balik kepala yang bersarang dengan sawang sebab dah lama tak dilatih untuk berblogging


asalnya terbaca entri berkaitan tips berhenti merokok, tiba-tiba otak ni terdetik tentang diet


rokok ni memang kita dah sedia maklum, bukan mudah untuk berhenti merokok, so jalan selamat, pada yang ada niat untuk merokok tu jangan teruskan niat tu, once dah start nak berhenti tu bukannya mudah


macam mana pulak perihalnya diet? apa kena mengena diet dengan rokok?

terdetik dalam hati YAYA bila terbaca entri tu...


"berhenti merokok? susah nak berhenti..macam nak kurus la...niat je, buatnya tidak.."


bukan YAYA nak kata perempuan, tapi kebanyakan perempuan ni, ramai yang berniat tapi tak semua berjaya langsaikan niat diet tu, kita kena betulkan persepsi kita jugak berkenaan diet, diet ni bukan nak kurus semata tapi diet perlu untuk dapatkan badan yang sihat.

bila dah sihat kurus tu akan datang dengan sendiri bonus kulit cantik lagi

sama seperti rokok, siapa je dapat halang diri dari makan makanan tak sihat tu..


makanan is too tasty to ignore...adodoi, bila la nak insaf ni....


kesimpulannya, selepas selesai membebel dalam entri ni, YAYA masih takde keinsafan untuk diet, hope yang baca jangan follow perangai ni eh..jom sama-sama doakan diri untuk amalkan makanan yang lebih sihat lepas ni