Showing posts with label game silat. Show all posts
Showing posts with label game silat. Show all posts

Sunday, 17 November 2013

pengalaman baru wasit juri





kita jumpa lagi di entri pagi hari ahad bersamaan 17 september 2013....hari ini akan berlaku sejarah baru dalam hidup CP , CP akan terlibat dengan Perlawanan Persahabatan Silat Olahraga Remaja antara team Pahang dan team Perak

CP dipilih untuk jadi juri untuk perlawanan nih, pergh !!! CP takut sebenarnya. Malam tadi ada buat taklimat sikit untuk jadi juri, salah cara CP bagi markah, yelah, juri lain semua pernah jalani kursus, CP langsung tak jalani kursus apa-apa...


1st test malam tadi, banyak salah jugak, makin buat CP debar lak, yela, bukan game main-main walaupun friendly, melibatkan team negeri....

mintak-mintak la urusan CP dipermudahkan, amin....








Friday, 4 October 2013

kejohanan pencak silat antarabangsa piala timbalan perdana menteri 2013 edisi ke-4


hehehe , printscreen dari u tube , jenuh carik kat google image tp tak jumpa

panjang kan tajuk entry? tajuk entry merupakan nama penuh kejohanan silat yang CP sertai baru-baru ini, yang bertempat berlangsung seperti masa dan tempat berikut:

tarikh: 15 - 20 September 2013
Tempat: Dataran Pahlawan Melaka Megamall

kejohanan ini disertai oleh 48 pasukan, 35 IPT tempatan dan 13 pasukan antarabangsa...

kejohanan ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

dengan kerjasama 
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)


okei , ops ! hahahaha ~cukup sampai di situ ulasan ala-ala skema gitu kan...nih la kejohanan yang CP janji nak update hari tuh, dalam kejohanan ini lah juga CP berpeluang untuk merasa mewakili Malaysia, pengalaman yang cukup berharga buat CP, belum tentu CP dapat merasa lagi selepas ini sebab CP rasa selepas ini CP nak kurangkan aktiviti bersilat nih atau maksud lainnya kurang aktif...

kalau ikut perkiraan CP, tahun depan CP akan berpraktikum sebagai guru sekolah **nevess!!**

bermula dari bulan 9 CP akan berpraktikum dan selalunya kejohanan silat akan berlangsung atas daripada bulan 9.. **nampak tak permainannya**

Monday, 30 September 2013

siapa yang perlu minta maaf



halooo , kali nih CP nak buat entry soal hati dan perasaan, tapi hati dan perasaan dengan sahabat, bukan dengan kekasih hati , hehehehe
keserabutan ini berlaku masa CP menyertai kejohanan silat baru-baru ini , kalau nak diceritakan al kisah nya , cerita nih cerita remeh dan childish !


nak dijadikan cerita, petang tuh CP ada tertengking salah seorang sahabat CP sebab mendesak update setiap game yang dah berlangsung walhal pada awalnya dia cuma mintak tolong CP pegang sekejap je borang perlawanan tuh , alih-alih bila dah pegang , suruh updatekan pulak , tuh la orang kata , dah bagi betis nak peha tapi CP ikutkan saje , 
CP memang tak mahir kerja-kerja macam tuh lambat la sikit CP nak menanda borang tuh , dua orang insan kat sebelah CP nih desak-desak ...


"cepatlah , cepatlah"
"nak tanda pun lambat ke"


serabut , serabut ... GRrrrr ...


CP ketuk meja , 
CP terus cakap ...

"aku dah kata aku tak boleh buat kerja macam nih tak faham-faham !!"


apa lagi , tergamam la dua orang insan tersebut
CP pun blah larrr dari tempat kejadian , nak menenangkan hati yang bengang , lama sikit CP menjauhkan diri , CP cuba berfikir rasional , tak patut CP menengking macam tuh tadi , CP tarik nafas dalam-dalam , CP pun datang semula kat dua orang insan tersebut untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tadi


CP ingat benda tuh selesai dekat situ , rupanya telahan CP salah sama sekali , malam tuh diadakan dinner di HATTEN HOTEL , DATARAN PAHLAWAN MELAKA sempena majlis penutupan game silat tersebut , salah seorang insan (cik A) yang CP tertengking siang tuh makan semeja dengan CP
atas meja tuh disediakan satu hidangan yang masih tertutup dan satu lagi hidangan gado-gado yang hanya dibalut dengan plastik jernih , disebabkan ketibaan VIP yang terlalu lama , kami-kami yang kelaparan nih membantai gado-gado terlebih dahulu , CP nih terlebih excited , memang nak rasa sangat **sebab 1st time nak makan benda alah tuh** la gado-gado tu.......

sedap !


then tengah CP rancak berbual dengan orang sebelah , kembar kepada cik A meminta CP menghulurkan sikit gado-gado kepada dia , CP tak dengar panggilan si kembar cik A terus berborak tak ingat dunia , tak lama lepas tuh , cik A mula bersuara dengan nada suara yang kasar , 

"tak dengar ker cik K mintak sikit , nak makan sorang jer"


CP terpinga la , 'kenapa lak perempuan nihh ? sawan ker ??'
CP pun renung la cik A nih , 

"sori tak dengar...."

cik A terus nak membebel ...
"bila orang tegur sikit jap lagik mula la nak cakap kuat , ha.... cakap la kuat lagik , cakap kuat ... cakap kuat2"


mase nih CP memang sentap tersantap la , nih macam nak carik gaduh , eee , budak kecik nih **untuk pengetahuan , cik A masih lagi berumur 18 tahun**


tangan CP pun terus cubit pinggang budak kecik tuh sekuat mungkin , GERAM ! then cik A nih nak balas balik la kononnya , CP rentap tangan dia .......

**naseb budak kecik , sabar CP sabar**


hilang selera makan CP , pantang CP orang carik gaduh depan rezeki nih ...
sampai sekarang CP tengok budak tuh nak masam muka lagik dengan CP , CP buat biasa jer , CP dah mintak maaf , bukan mudah nak mintak maaf , pasal benda yang jadik time dinner tuh CP tak rasa CP yang kena mintak maaf ...

think about it ....