belanja hampa gambaq terbaru CP model tudung, hahaha...
aci dok CP hai hai hai ni, maaf sekalian sahabat-sahabat blogger mahupun the silent reader yang singgah di blog ni,
terima kasih pada yang masih sudi singgah, walaupun takde entry terbaru, cak and im here again guys...
entry CP paling last tahun lepas kot....
aci dok kalau CP nak aktif berblogging balik.....aci dok...
CP tatau la ratu syaitan mana yang buat CP malas sangat nak update blog ni, sedangkan dulu sangat addict dengan dunia blogging ni...
sebab bagi CP dunia blogging ni much better than other laman sosial macam FB or Instagram, Blogging give us more.....
and tiap kali CP berhenti blogging mesti time viewer CP tengah naik sebenarnya, hahaha....
so bagi pembaca-pembaca and kawan-kawan blogger sekalian,
CP nak sampaikan the latest about me, kalau ada yang nak tau la, hahaha.....
now CP already turn to 25 this year, tapi bulan tak sampai lagi la, dah konvo from UPSI last year la rasanya..
sekarang CP bekerja di taska kat area KL ni, Ampang Park....
u know Ampang Park?
bukan Ampang okay....ramai yang salah faham....
laptop CP pulak dah 'janam...janam...janam' makin susah la CP nak main game all time favourite, Touch 3 Claws.. ~ngeh3~
susah nak update blog kot, tak susah sebenarnya nak update blog, ada laptop kat company ni, CP boleh guna....
dan CP juga dah menghadiri temuduga guru SPP amd the result CP hanya sebagai calon simpanan, and how is my first reaction, sangat sedih while most of my friends lulus dengan berjayanya dan mendapat penempatan masa tu...
but now i recover, even sekarang kawan-kawan sedang sibuk dengan penempatan, im feeling happy for them...sound pathetic...but no...im really okay...
sebab CP sedar itu rezeki dari ALLAH....ALLAH nak tengok macam mana kita handle bila ALLAH tak bagi apa yang kita nak....rezeki tu ada tapi ALLAH sengaja bagi lewat, ALLAH nak tengok macam mana kita hadapi...be proud sebab im the choosen one to be test by the Greatest ALLAH...
Yeah, im okay, im still happy, cause i know everything is happen because of U
I love U so much.....
apa yang buat CP the most happy now, sebab ada salah seorang kawan CP ni dapat penempatan walaupun kat Miri Sarawak nun, haha...dear friends, im really happy for u, kita dah kawan dari sekolah menengah sampai sekarang, walaupun mulut hang boleh tahan laser tapi hang kawan yang baik, and i admit hang kawan baik aku dunia akhirat...
ure the special one, aku gembira, (maaf penggunaan aku) sampai aku lupa aku ni calon simpanan, tatau macam mana boleh jadi macam tu, mungkin sebab aku dah tau suka duka yang kau hadapi, kesukaran, kesusahan...apa yang kau hadap, dan macam mana kau tabah, memang aku kagum...kalau aku jadi hang, belum tentu aku boleh hadap dugaan yang macam tu, semoga lepas ni, in shaa ALLAH...hidup hang jadi lebih baik dan baik weh...aku terlalu happy tuk hang serius, aku lagi berdebar tunggu result hang dari result aku sendiri hang tau mal...hahaha...terkeluar nama hang kat sini....hahaha...ada masa nanti, aku bagi la hang baca...
please other Calon Simpanan, please thinking like me, jangan sedih-sedih, takde apa sebenarnya kita nak sedih pun.... selagi hidup dan bernyawa, because our real result bukan dapat jadi guru, jadi kaya, jadi cantik ke apa, the real result is, lepas kita mati, dapat ke kita mati dalam khusnul khatimoh tu....kalau mati kelak, apa yang kita cita-citakan di dunia hanya sekadar cita-cita....nothing left guys, wake up and be strong, dugaan ke nikmat ke tu semua ujian....
done, hahaha, akhirnya post comeback 'album' CP ni jadi post pasal calon simpanan lak, padahal CP nak buat satu post khas sebagai calon simpanan...haha...
thats all for now, semoga kita dapat bertemu lagi di lain post pulak, hehehe...and CP kena sambung blog review rasanya...adios...
halooo, selamat pagi, kalau difikirkan semula, jarang CP dapat buat entry di awal pagi di atas beberapa sebab...
pertama, kekeringan idea walaupun pada waktu pagi la otak kita paling fresh
kedua, selalunya duk membuta lagi, bangun nak dekat2 time nak g kelas je, so takde mase la nak hupdate walaupun idea berjela
ketiga, kuat tidur
keempat, kuat tidur
kelima, kuat tidur...
**nampak tak permainannya**
berdasarkan tajuk, apa yang hampir terlajak tuh kan? terlajak tidur la, CP tak tahu lah kenapa baru-baru nih, CP mempunyai masalah untuk kawal tidur, sekarang nih CP terlalu kerap tidur sehingga menjejaskan prestasi kerja, assignment, training silat...
mungkin ker terlalu penat...
badan dan mata rasa berat je, CP ada baca artikel mengatakan kalau badan kita selalu berasa berat, rasa malas 24 jam.....itu adalah gangguan syaitan.....
CP rasa gangguan syaitan la, rasa malas CP nih semacam, buat CP tension lak...
oh yer, pagi tadi (25.10.2013) CP hampir terlajak tidur...secara jujurnya, minggu lepas dah berapa kali CP terlajak Subuh......sedih la, apatah lagi solat Subuh tuh permulaan hari bagi kita, kalau dah tertinggal tuh, rasa tak lengkap hari kita pada hari tuh....
bila terlalu banyak tinggalkan solat, hati pun sentiasa rasa tidak tenteram, walaupun menyesal tiap kali tertinggal tapi CP tetap juga tertinggal Subuh dan hampir tertinggal, pagi tadi pun CP bangun-bangun tengok tingkap kat luar dah cerah kot tapi tengok jam, jam masih menunjukkan 6.48 pagi
ingat jam CP rosak ke apa, kebetulan kawan (roommate) CP pun baru bangun tuh, CP terus tanya jam kat dia....dia jawab 6.50 pagi...
apa lagi, bergegas la CP ke toilet ambil wudu' untuk menunaikan solat Subuh, kus semangat, tak pasal-pasal CP bangun terkejut , kepala pening sampai sekarang nih......tapi CP kuatkan semangat jugak bukak buku study, esok kul9.30 test untuk kelas PERLEMBAGAAN....
kalau tak study sekarang, jap lagi memang takde masa la, kul10 dah gerak ke tempat kerja , full day sampai kul7, then malam nanti kena jadi ajk kejohanan silat kolej..
what a busy day !!!
NOTAKAKI: addicted game FB lagi satu hal ! aiyak !
sebenarnya hari nih (11.10.2013) CP dapat berita yang sangat mendukacitakan bila pada awal-awal pagi, CP dapat mesej dari salah seorang sahabat lelaki CP (Mr. J)...
'ieya, mak aku dah meninggal..'
CP tersentak ! biar betul.........
CP buntu seketika, apa yang patut CP cakap pada Mr. J nih, CP betul-betul tersentak, ujian apakah ini???
sahabat CP nih masih lagi berada dalam keadaan terluka, kini hatinya terluka lagi....mampu ker dia menanggungnya.....
boleh dikatakan, apa yang dilalui oleh Mr. J nih tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga, baru sebulan lepas dia mengadu pada CP, dia baru sahaja ditinggalkan oleh teman wanitanya (si A), teman wanita yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh....yang dia berikan sepenuh kepercayaan dan kasih sayang....
CP ingat lagi, sahabat CP nih sampai tak lalu makan, murung sejurus selepas teman wanitanya meminta untuk dilepaskan, Mr. J hanya merelakan jika itu yang terbaik, sebulan......dalam sebulan jugalah sahabat CP tuh merawat hatinya seorang diri tanpa siapa yang tahu....
tak lama lepas tuh, CP terfikir nak hubungi semula Mr. J nih, entah macam mana, dia terus luahkan apa yang telah jadi....CP terkejut.....terkejut sangat.......apatah lagi Mr. J beritahu CP hal ini selepas sebulan ia berlaku, CP agak ralat dan mempertikaikan kenapa CP lambat diberitahu berkenaan hal ini, Mr. J hanya memberikan alasan bahawa CP yang selama ini yang menghilangkan diri....
timbul beberapa persoalan dalam benak CP...
kenapa??kenapa si A sanggup buat macam nih.....bukan senang Mr. J nak bentuk perasaan sayang dia pada si A, tapi bila dah sayang....macam nih si A buat...CP kesal...sangat kesal.......
andai si A nih tahu, apa yang berlaku untuk merealiasasikan hubungan dia dan Mr. J, pasti dia menyesal meninggalkan sahabat CP nih, seriously......terkadang CP berasa menyesal lak dulu beria-ia nakkan sahabat CP nih terus bersama si A sedangkan perasaan sahabat CP nih pada CP bukan si A.....
CP buat macam tuh supaya si A dapat hilangkan perasaan sedihnya pada masa tuh yang kebetulannya si A baru sahaja dikecewakan oleh teman lelakinya.....
dalam perasaan kecewa tuh, Mr. J hadir dalam hidup si A cuba menjadi penawar kekecewaan si A
CP percaya si A nih setia, pasti dapat bahagiakan sahabat CP nih, terkadang terbit rasa cemburu sebab tak dapat dinafikan, ada rasa sayang untuk sahabat CP nih.....tapi mungkin tak sehebat sayang CP untuk......hm....tak perlu disebut lagi nama tuh......
***
Mr. J dah lama menyimpan perasaan terhadap CP tapi disebabkan CP terlalu tergila-gilakan sahabat baiknya Mr. M **siapa yang pernah baca entry sebelum-sebelum ni mesti ingat dengan nama nih** Mr. J terus memendam perasaan, tidak mahu mengganggu hubungan CP dengan Mr. M, Mr. J mengalihkan perhatiannya pada si A, demi menghilangkan perasaan sayangnya pada CP, dia memujuk hatinya untuk menyayangi si A...
sudah pasti CP antara insan yang sangat menyokong usaha Mr. J, supaya Mr. J berhenti daripada terus menerus menaruh harapan pada CP, akhirnya, hubungan CP dan Mr. M menemui jalan buntu tatkala Mr. M menyatakan CP hanya teman biasa baginya...
Mr. J muncul semula cuba mencari peluang, ya, ada peluang, CP memang terfikir untuk menjadikan Mr. J sebagai pengganti tapi bila memikirkan si A telah mula menyayangi Mr. J, bila memikirkan, si A juga merupakan sahabat CP....CP memendamkan perasaan hati, si A lebih layak, jika Mr. J beralih pada CP, pasti si A kecewa.....yang penting, hati dan perasaan sahabat-sahabat CP
CP bersungguh-sungguh membujuk Mr. J untuk belajar menyayangi si A, lupakan perasaannya pada CP, CP berhenti menghubungi Mr. J supaya semuanya berjalan lancar....supaya CP bukan lagi batu penghalang......
akhirnya, suatu hari, Mr. J mengakui dia dah mula sangat-sangat menyayangi si A, dia tidak mahu kehilangan gadis itu, Mr. J mula bekerja keras mencari rezeki, mengikat perut, cita-citanya hanya satu, untuk menyunting gadis itu untuk menjadi isterinya yang sah...si A kesempitan duit, lelaki itu sentiasa ada untuk membantu...sanggup berhabis demi si A
si A beruntung, sangat beruntung.....
Mr. J meluahkan hasrat hatinya pada CP yang dia akan menyunting gadis itu dalam masa yang terdekat, CP memberi kata-kata semangat supaya Mr. J meneruskan hasratnya namun, pada masa yang sama CP mula menjauhkan diri, tidak dapat dinafikan terdetik rasa cemburu..akhirnya CP mendiamkan diri dari Mr. J....
***
lepas CP dengar pasal si A melepaskan Mr. J, CP terus rapat dengan Mr. J semula, kalau boleh, CP nak buat Mr. J tak lagi rasa sedih, kalau boleh CP nak hilangkan kekosongan dalam hati Mr. J...kalau boleh CP nak Mr. J tidak lagi rasa keseorangan, kekurangan.....CP ada untuk dia....CP ada...
tapi....CP hanya boleh ada untuk dia sebagai sahabat......dia layak yang lebih baik....CP akan terus support dia....
***
aku sayang kau weyh ! serious.......aku nak kau teruskan hidup nih dengan tabah dan kuat....aku dah anggap kau sahabat aku yang paling baik dan aku sayang, aku hope kau terus kuat J.....apa pun yang jadi kau kena kuat......
aku tahu ujian kali nih memang berat, hati siapa yang tak diruntun hiba tika kehilangan seorang insan yang paling kita sayang dalam hidup nih....seorang insan yang bergelar mak....aku ingat lagi, kau sanggup cuti untuk jaga mak kau sakit kat kampung tanpa perlu berharap pada adik beradik lain.....
'J, lewat kau reply mesej aku'
---->'sorry wei, urut mak aku tadi, mak aku saket-saket badan'
'sekarang kau tengah buat apa?'
---->'baru lepas suap mak aku makan....'
bersungguh kau jaga mak kau tapi nih takdir ilahi...akhirnya mak kau tetap jua dijemput ilahi...bawakkan banyak bersabar wei...aku dari jauh mendoakan semoga kau sentiasa tenang menghadapi ujian nih...jangan sakit lagi....aku nak kau tahu....aku sangat ambil berat pasal kau sebab kau sahabat aku.....